HomeBlogSeronoknya Bermain di Luar!

Seronoknya Bermain di Luar!

Ingatkah anda kenangan anda bermain tingting, konda-kondi, sorok-sorok di luar rumah? Pastinya kenangan zaman kanak-kanak ini tidak dapat dibeli dengan wang. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan semakin kurang kanak-kanak zaman kini yang tidak berpeluang untuk menikmati alam kanak-kanak mereka di luar rumah!

Indoor atau outdoor?

Tahun demi tahun, semakin ramai kanak-kanak yang menikmati alam bermain mereka di dalam kawasan rumah berbanding di luar rumah. Malah, jika bermain di luar rumah pun, lebih ramai kanak-kanak yang akan mengikuti indoor games berbanding outdoor games. Dianggarkan, kanak-kanak zaman sekarang hanya meluangkan masa 30 minit sahaja di taman permainan rumah mereka. Malah, di sebaliknya, lebih tujuh jam daripada waktu mereka setiap hari dilebihkan kepada bermain gadget elektronik dan televisyen.

Justeru, tidak hairanlah lagi jika kajian demi kajian menunjukkan peningkatan bilangan kanak-kanak yang mengalami obesiti dan mendapatkan rawatan ADHD. Tanpa berpeluh, berlari, memanjat, melompat dan aktiviti-aktiviti lain yang sinonim untuk perkembangan mereka, kanak-kanak ini akan berubah bentuk tubuh dan mudah rasa tertekan kerana tidak berhubung dengan dunia luar.

Pentingnya matahari

Antara alasan ibu bapa yang ‘mengurung’ anak mereka di dalam rumah adalah untuk mengelakkan anak terdedah kepada masalah sosial dan mengelakkan anak-anak ‘berpanas’ di luar. Namun, tahukah ibu bapa bahawa dengan membiarkan anak terdedah kepada dunia teknologi juga dapat menyebabkan minda mereka terkurung malah tanpa tapisan, teknologi adalah lebih berbahaya kepada si kecil yang sedang membesar.

Tahukah anda?

Vitamin D daripada sumber matahari dapat membantu melindungi kanak-kanak daripada mengalami masalah tulang di masa hadapan, mengelakkan masalah rabun dekat, sakit jantung, diabetes dan beberapa lagi masalah kesihatan.

Dalam perangkaan statistik, kanak-kanak yang mengalami obesiti yang sering meluangkan masa bermain outdoor akan mempunyai 33% peluang untuk menyihatkan tubuh mereka. Dengan aktiviti outdoor dan terdedah kepada matahari juga dapat menambahkan tahap vitamin D dalam tubuh.

Baik untuk otak

Pendedahan kepada alam semula jadi dipercayai dapat membantu kanak-kanak untuk melawan simptom-simptom ADHD. Hal ini sekaligus dapat membantu anak anda untuk lebih cemerlang dalam akademik seperti ujian matematik, membaca, mendengar dan menulis. Malah, kanak-kanak yang sering meluangkan masa di luar rumah lazimnya mempunyai kemahiran pemikiran kritikal yang tinggi.

Mulakan aktiviti outdoor bersama anak

Berjalan-jalan

Selepas makan bersama di rumah, ajak sekeluarga anda berjalan-jalan di luar bagi menikmati alam semula jadi seperti melihat matahari terbenam, melihat bintang di langit atau berkelah di tasik.

Bermain

Badminton adalah salah satu permainan yang sesuai untuk dimainkan bersama keluarga. Paling tidak pun, anda boleh mengajak anak anda bermain bola di padang atau berbasikal mengelilingi taman.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan