HomeBlogSerangan Asma Pada Bayi Boleh Membawa Maut! Perhatikan Tanda-Tandanya

Serangan Asma Pada Bayi Boleh Membawa Maut! Perhatikan Tanda-Tandanya

Asma adalah satu reaksi alahan pada sistem pernafasan disebabkan oleh udara sejuk, tekanan, debunga dan bulu-bulu halus yang terdapat pada haiwan seperti kucing. Ianya sering kali menyerang orang dewasa dan jarang sekali kita mendengar khabar asma menyerang kanak-kanak apatah lagi bayi. Bolehkah asma menyerang pada bayi? Mendengarnya sahaja sudah cukup menakutkan dengan memikirkan keadaan bayi yang masih kecil dan tidak tahu bagaimana untuk mengadu.

Asma boleh menyerang bayi dan antara faktor penyebabnya adalah genetik. Ibu mengandung yang mengalami asma berpotensi tinggi untuk memberi asma pada kandungannya. Ianya sukar untuk dikenalpasti oleh ibubapa kerana tanda-tandanya tidak jelas. Kanak-kanak yang sudah bertutur boleh mengadu penyakitnya pada ibubapa tetapi tidak bagi bayi. Disebabkan itulah penting buat anda perlu melihat dan meneliti dengan mata kasar tanda-tanda yang menunjukkan serangan awal asma.

Seorang ibu Sophie Cachia telah berkongsi video durasi pendek menunjukkan anaknya yang diserang asma pada Instagram miliknya. Ini adalah sebagai info kepada ibubapa diluar sana untuk tahu mengenai tanda-tanda asma pada bayi agar anda tidak terlambat untuk membawa si kecil ke hospital.

Tanda-tanda asma pada bayi 

Asma ini mempunyai kesan yang lebih bahaya jika menimpa bayi berbanding orang dewasa. Hal ini kerana bayi belum mempunyai sistem imun tubuh yang belum sempurna seperti orang dewasa. Tanda-tandanya hampir serupa pada orang dewasa tetapi ianya lebih parah.

Tanda pertama ialah bayi akan bernafas dengan cepat dan tercungap-cungap yang membuatkan mereka sukar ketika meminum susu. Bahagian perut bayi akan kelihatan kembang kempis seperti sukar untuk menarik nafas. Pernafasan yang normal, hanya bahagian dada yang akan kembang-kempis ketika menarik nafas dan bukannya perut. Selain itu, wajah mereka juga akan kelihatan pucat kerana kesukaran untuk bernafas dan kekurangan oksigen.

Secara mudahnya, anda boleh mengenalpasti tanda-tanda asma dengan melihat pada perubahan otot-otot di leher, dada dan bahagian belakang ketika bayi bernafas. Perhatikan bunyi pernafasan mereka juga, jika ianya berbunyi pelik mungkin itu adalah serangan asma.

Tindakan yang perlu dilakukan

Rawatan yang segera adalah tindakan pertama sekali yang perlu dilakukan oleh ibubapa. Jangan sesekali melengah-lengahkan bayi yang diserang asma. Jika anda atau pasangan anda mahupun keluarga ada yang mempunyai asma, maka pemantauan lebih teliti perlu dilakukan kerana si kecil berisiko mengalami keadaan yang sama.

Anda juga perlu fahami penyebab utama asma pada si kecil. Adakah ianya disebabkan oleh cuaca dingin? Alahan pada makanan, debunga atau bulu haiwan? Apabila anda sudah mengenalpasti, barulah anda boleh cuba jauhkan si kecil dari perkara yang boleh menimbulkan reaksi asma. Kekal tenang dan terus bawa si kecil ke hospital atau klinik terdekat untuk rawatan lanjut. Rakamkan sebarang tanda-tanda dan tunjukkan pada doktor untuk lebih memudahkan proses rawatan.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan