Ada yang berpendapatan menjaga anak perempuan lagi susah daripada menjaga anak lelaki. Ada juga yang beranggapan anak perempuan seeloknya dididik oleh ibu kerana dia lebih memahami dan anak lelaki pula didik oleh bapa. Ini adalah satu pemikiran yang salah, ibu bapa perlu turut sama menggalas tanggungjawab membesarkan anak perempuan dan jangan meletakkan fokus hanya pada anak lelaki sahaja.

Bagaimana kalau si ibu tiada atas urusan kerja dan anak perempuan bertanyakan soal masalah kewanitaan? Apa yang perlu dijawab? Seorang bapa telah berkongsi pengalaman dan cabaran membesarkan dua puteri dan bagaimana anak-anak perempuannya mengubah kehidupan sebagai seorang bapa. Berikut adalah beberapa panduan dan tips buat si bapa dalam membesarkan anak perempuan.

Jaga anak lelaki lebih senang

Menjaga anak lelaki lebih mudah berbanding menjaga anak perempuan. Benar, anak lelaki lebih nakal dan aktif dan luka kecil di badan itu adalah perkara biasa. Jika kelakuan mereka melebihi batas, hukuman adalah salah satu cara untuk mendidik mereka. Budak-budak lelaki bertutur sedikit lambat berbanding budak perempuan dan mereka juga membaca sedikit lambat. Tetapi, apabila sudah besar, mereka akan mudah untuk skor peperiksaan.

Objektif utama dalam mendidik anak lelaki ini adalah untuk menjadikan mereka seorang yang matang, beriman, berdikari dan kuat secara fizikal kerana mereka bakal menjadi ketua keluarga satu hari nanti.

Anak perempuan adalah harta pinjaman

Menjaga anak perempuan ini satu perasan yang berbunga-bunga. Mereka lah teman untuk diajak berbual dan kebiasaan untuk anak lelaki sayang ayah mereka lebih dan bermanja. Bukan itu sahaja, anak perempuan ini pandai belajar dan rajin menjaga adik-adiknya.

Tetapi ketahuilah bahawa anak perempuan ini hanyalah pinjaman sementara sahaja. Mereka bakal berkahwin dan akan berpindah rumah mengikut suami masing-masing. Selepas berkahwin, tanggungjawab seorang bapa akan tamat dan akan berpindah tangan kepada suaminya.

Lain pula bagi anak lelaki, mereka akan tetap menjadi hak ibubapa sampai bila-bila. Oleh itu, anak perempuan ini hanyalah harta pinjaman. Seorang bapa hanyalah penjaga amanah yang menjaga mereka agar cukup ilmunya, agamanya serta terjaga kesihatan tubuh badannya dan amanah itu diberikan kepada suaminya kelak.

Seorang bapa perlu arif mengenai perubahan anak perempuan

Anak perempuan ini lembut dan mudah menangis jika luka. Jadi, jika mereka terjatuh cepat-cepat bantu takut jika ada luka kecil atau patah tangan dan sebagainya. Menjaga anak perempuan ini memerlukan anda untuk berlembut kerana air mata mereka adalah senjata untuk buatkan anda tidak sanggup untuk memarahi mereka.

Semakin mereka meningkat dewasa, personaliti mereka akan makin sukar untuk difahami. Apabila hormon sudah berubah-ubah, mereka senang untuk berubah mood dan emosi. Jika ini terjadi, janganlah pula anda sebagai ayah mudah terasa. Fahamilah perempuan ini sukar untuk difahami jadi cuba sebaiknya untuk membantu mereka menempuhi fasa remaja.

Anak lelaki mudah untuk dibimbing mengenai tubuh badan mereka. Lain pula bagi anak perempuan, anda perlu tahu sedikit-sebanyak mengenai haid, perubahan anggota badan dan sebagainya. Jangan biasakan diri untuk membiarkan ibu menguruskan hal-hal sebegini. Bagaimana jika ibu tiada di rumah sewaktu anak anda datang haid? Jadi, silalah belajar serba-serbi mengenai hal perempuan ini daripada pasangan anda. Tidak lah nanti canggung untuk mengajar anak bagaimana mahu memakai tuala wanita pula.

Lagi besar dugaan, maka lagi besarlah ganjarannya

Tidak dinafikan dalam Al-Quran, cabaran menjaga anak perempuan ini diakui sukar. Kerana itulah banyak hadith yang mengutamakan tanggungjawab menjaga anak perempuan. Oleh itu, kepada bapa yang mempunyai anak perempuan, tahniah! Anda memang hebat kerana mampu untuk mengasuh mereka menjadi seorang manusia yang berguna. Kepada yang tidak mempunyai anak lelaki, jangan pula letakkan diri anda sebagai seornag bapa yang gagal. Kedua-duanya merupakan tanggungjawab yang besar, cumanya tanggungjawab menjaga anak perempuan itu lebih besar.