HomeBlogSeorang Bapa Kongsi Tips Kawal Anak Yang Aktif Apabila Menziarahi Rumah Saudara

Seorang Bapa Kongsi Tips Kawal Anak Yang Aktif Apabila Menziarahi Rumah Saudara

Berikutan perayaan hari raya yang bakal menjelma, pasti anda merancang untuk melawat sanak-saudara bukan? Bagaimana dengan si kecil? Mesti akan dibawa sekali bukan? Macam mana mahu kawal mereka agar duduk diam dan tidak membuat bising? Bayangkan jika mereka mula menunjukkan taring di depan tuan rumah, pasti anda dan pasangan tebal muka dan malu untuk datang lagi.

Jika anda tidak tahu cara terbaik untuk kawal situasi sebegini, seorang bapa penyayang kepada empat orang anak lelaki bernama Salahuddin Sharif berkongsi di Facebook miliknya kaedah dan tips tentang bagaimana cara yang betul untuk mengawal anak.

Tips mengawal anak kecil di rumah orang

1. Pilih rumah untuk dikunjungi yang sesuai dan tepat

Pilih rumah yang betul-betul sesuai, bukannya mahu berlagak sombong tetapi ianya penting. Korbankan keinginan anda untuk melawat kawan yang mempunyai rumah besar dan mewah dan penuh dengan perhiasan kaca. Elakkan melawat rumah saudara dan kawan-kawan yang dirasakan tidak sesuai berdasarkan layout rumah, banyak anak tangga, perhiasan mahal dan kaca dan lain-lain perkara. Jika anda berkunjung ke rumah sebegini, ianya akan menyukarkan anda serta pasangan untuk mengawal anak. Apabila sudah berjumpa dengan kenalan lama, pasti akan berbual lama dengan mereka bukan?

2. Sediakan permainan baru buat si kecil

Keluarkan sedikit duit untuk membeli mainan baru buat anak anda. Anda boleh beli mainan murah di pasar raya Econsave atau mana-mana. Tidak perlu belikan yang mahal-mahal dan berjenama. Nampak mudah tetapi sebenarnya tip ini amat membantu apabila berada di rumah orang. Apabila anda berikan mainan, mereka akan tumpukan perhatian pada permainan dan duduk diam untuk bermain sehingga puas. Jika anda membeli beberapa jenis mainan, jangan keluarkan kesemua sekali gus. Keluarkan satu persatu kerana jika dikeluarkan sekaligus, mereka akan cepat bosan dan mula untuk berkeliaran dan mencari ‘permainan’ baru.

3. Bawa tisu atau kain kemana-mana sahaja

Pastikan anda sentiasa ada tisu atau kain yang dibawa ke mana-mana. Lagi selamat jika anda sentiasa bawa beg kelengkapan barangan si kecil yang berisi kain, tisu, tisu lembap dan bermacam lagi untuk situasi kecemasan seperti tertumpah air atau makanan. Perhatikan jika mereka menjamu makanan yang berkuah, ianya lagi berpotensi tinggi untuk tumpah dan mengotorkan rumah yang dikunjungi. Elakkan makan di atas sofa atau juga karpet.

4. Apabila bergaduh, cepat berdamai

Kanak-kanak memang cepat bergaduh manja sesama sendiri. Jika mereka bergaduh dengan anak kepada tuan rumah atau sesiapa sekali pun, sogok mereka dengan gula-gula. Katakan jika mereka bergaduh, tawarkan gula-gula agar anak anda berdamai dan suruh mereka berikan gula-gula itu sendiri pada kanak-kanak lain. Lihat lah betapa sekejap sahaja mereka bergaduh dan akan terus berdamai semula. Jangan ajar anak anda untuk membuli atau dibuli oleh orang lain.

5. Perhatikan susun perabut

Sebelum biarkan anak anda bermain, perhatikan dahulu susunan perabut dan sebagainya. Jika kawasan itu sempit dan penuh dengan perabut, ianya tidak sesuai untuk dibiarkan mereka bermain. Jika kawasan rumah itu seperti muzium yang penuh dengan pameran dan barangan antik dan bernilai, anda atau pasangan anda perlu mengalah dan bawakan si kecil bermain di luar rumah sahaja. Jangan sesekali biarkan mereka masuk dan berlari tanpa kawalan.

6. Tegur mereka

Jika anak anda sudah melampaui batas, ianya tidak salah untuk menegur mereka dengan perlahan. Jangan biarkan mereka terleka dan terus berlari-lari di keliling rumah. Tegur dan nasihatkan apa kesalahan mereka. Ada ibu bapa yang cubit si kecil dengan perlahan tanpa sedar. Cubit kecil sahaja tetapi terus terdiam si kecil dan tidak berani untuk membuat bising lagi.

7. Sediakan video-video kesukaan mereka

Ibubapa sekarang gemar sogokkan anak mereka dengan telefon pintar. Beri sahaja telefon, mereka boleh duduk diam berjam lamanya bermain permainan atau melihat kartun. Jika anda tahu bagaimana dan ragam anak anda, sediakan awal-awal lagi video-video kesukaan mereka dalam telefon dan mainkan apabila tiba di rumah saudara mara. Jika ramai kanak-kanak di rumah tersebut, minta izin tuan rumah untuk mainkan video tersebut pada tv. Tetapi anda perlu berhati-hati. Akibat terlalu didedahkan dengan gajet setiap hari, si kecil boleh mengalami speech delay kerana kurang berinteraksi dengan orang sekitar.

Tujuan utama kita menziarahi sanak-saudara dan sahabat handai adalah untuk mendekatkan silaturahim yang jarang sekali berjumpa. Setahun sekali, iaitu sewaktu hari raya sahaja. Jadi, jangan bebankan tuan rumah dengan karenah anak anda yang terlalu aktif. Mereka sudah penat seharian suntuk melayan pelbagai jenis tetamu dan menyiapkan hidangan semua. Apa-apa pun, kanak-kanak perlukan sokongan dari ibubapa sendiri dan pastikan anda awasi mereka sentiasa.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan