HomeBlogSenaman Kegel Selepas Bersalin

Senaman Kegel Selepas Bersalin

Senaman kegel atau senaman kemutan amat bermanfaat kepada wanita. Senaman ini dapat membantu anda untuk menghalang atau mengawal masalah lemah pundi kencing dan masalah pelvis. Senaman kegel dapat menguatkan otot pelvis, dalam menyokong uterus, pundi kencing, usus kecil dan rektum.

Mengapa lakukan senaman kegel?

Banyak faktor boleh melemahkan otot pelvis anda, termasuklah kehamilan, kelahiran, pembedahan, penuaan, sembelit atau batuk yang kronik dan mempunyai berat badan berlebihan.

Anda akan mendapat manfaat daripada senaman kegel jika anda mengalami masalah ‘terkencing’ semasa bersin, batuk atau ketawa, lemah pundi kencing dan masalah buang air besar tidak terkawal.

Antara manfaat senaman kegel adalah dapat mengetatkan faraj selepas melahirkan, membantu mengurangkan masalah buasir, mengurangkan risiko masalah rahim jatuh, meningkatkan aliran darah pada rahim, membantu mempercepatkan pemulihan luka episiotomi dan menguatkan otot pelvis serta mengatasi masalah lemah pundi kencing.

INFO
Senaman kegel boleh dilakukan semasa hamil atau selepas bersalin untuk mengelakkan anda mengalami masalah lemah pundi kencing.


Cara melakukan senaman kegel

1. Kenal pasti otot yang betul. Untuk mengenal pasti otot pelvis, hentikan aliran kencing semasa anda sedang membuang air kecil. Anda perlu membuat kemutan secara tiba-tiba semasa membuang air. Jika berjaya, anda dapat mengenal pasti otot yang betul. Selepas itu, anda boleh melakukan senaman kegel pada bila-bila masa mengikut keselesaan anda.

2. Tumpukan perhatian. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, tumpukan pada mengetatkan otot pelvis selama 10 saat sebelum melepaskan kembali otot anda. Elakkan daripada menahan nafas semasa melakukan senaman ini, sebaliknya bernafaslah seperti biasa ketika senaman kegel. Anda tidak digalakkan untuk kerap melakukan senaman ini semasa membuang air kecil kerana amalan menahan kencing boleh menyebabkan penyakit batu karang.

3. Ulang senaman ini selama tiga kali sehari dengan menahan 10 saat pada setiap kemutan. Cuba lakukannya setiap hari dan anda akan lihat hasilnya.

Anda boleh melakukan senaman kegel semasa berbaring atau semasa duduk di atas kerusi ketika melakukan kerja.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan