Bayangkan anda sekeluarga sedang bersantai menonton televisyen di ruang tamu pada waktu petang.
Tiba-tiba anak anda mengadu, “Papa, panaslah duduk sini. Tak rasa angin kipas pun.” Sudah tentu ketika itu mood anda sekeluarga untuk bersantai telah berubah dek kerana kipas siling tidak menjalankan fungsinya dengan baik. Jadi, kami kongsikan kepada anda tips memilih kipas siling untuk ruang tamu kediaman anda.
Table of Contents
Kipas keperluan wajib ada
Sejak dahulu lagi, kipas menjadi salah satu keperluan wajib yang perlu dimiliki di setiap rumah. Fungsi kipas adalah dalam menyejukkan ruang dalaman rumah dan memberi keselesaan kepada si penghuni. Berikut merupakan ciri-ciri yang dicari sebelum membeli sesebuah kipas.
Ciri-ciri:
A) Reka bentuk yang cantik
B) Bilah kipas
C) Fungsi tambahan
D) Jenama
E) Harga
F) Tahan lasak
Kipas mana yang sesuai?
Dengan lambakan jenama kipas yang menawarkan pelbagai jenis reka bentuk dan fungsi, kipas pada hari ini bukan sahaja digunakan untuk menyejukkan ruang tetapi juga kegunaannya adalah lebih daripada itu.
Sebelum membeli kipas yang tepat untuk kediaman, anda perlu menitik beratkan beberapa elemen dalam memilih kipas siling. Perkara paling penting yang perlu anda tekankan ialah, “Di manakah kipas siling itu akan diletakkan?” Adakah di ruang tamu, di bilik anda atau mungkin di bilik anak-anak? Adakah anda perlukan kipas yang bersaiz besar? Atau kipas siling dengan lampu? Adakah sesuai kipas siling bersaiz besar diletakkan di ruang tamu anda yang kecil, ataupun struktur siling rumah anda terlalu tinggi untuk diletakkan kipas siling? Bagaimana pula dengan alat kawalan pada kipas siling, adakah perkara itu penting untuk anda sekeluarga? Terlalu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kipas siling supaya pilihan anda nanti tidak dikesali.
Kipas untuk ruang tamu
Kipas siling di ruang tamu adalah peralatan yang sering diutamakan kerana di situlah tempat berkumpulnya ahli keluarga.
Sejukkan ruang tamu kediaman anda semasa cuaca panas dengan membeli kipas yang tepat dan berbaloi untuk jangka masa panjang. Biar apapun reka bentuk kipas anda, pastikan pilihan anda tepat. Baca tips yang kami sediakan di bawah untuk membantu anda mendapatkan kipas yang tepat untuk ruang tamu.
1. Jika anda inginkan kipas yang pelbagai fungsi, lihat dahulu fungsi utamanya iaitu menyejukkan kediaman. Ingatlah, tujuan anda membeli kipas adalah bagi menyejukkan ruang tamu rumah anda. Jangan hanya mementingkan fungsi lain sehingga anda mengabaikan fungsi utama kipas siling.
2. Jika anda inginkan kesenangan, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk membeli kipas siling yang disertakan dengan alat kawalan jauh. Fungsinya yang boleh dibuka dan ditutup dengan hanya menekan butang alat kawalan jauh sudah tentu menjadi pilihan ramai pada masa kini. Menariknya, sesetengah alat kawalan jauh bukan hanya mempunyai butang buka dan tutup sahaja, sebaliknya turut menyediakan butang kelajuan kipas dan penentu masa. Jadi, anda tidak perlu berjalan lagi ke suis kipas untuk buka dan tutup atau melaraskan kelajuan kipas. Mudah bukan?
3. Dalam mencari kipas, pasti anda inginkan reka bentuknya mengikut gaya terkini memandangkan kipas siling itu akan diletakkan di ruang tamu. Seperti tips pertama tadi, anda perlu tekankan fungsi utamanya sebelum mengambil kira reka bentuk. Bagaimanapun, terdapat pelbagai model kipas siling kini turut mengambil kira akan reka bentuk bagi menarik pembeli.
4. Kebanyakan orang sekarang memilih kipas yang mempunyai lampu. Jika berkemampuan, belilah kipas yang mempunyai lampu LED bagi menjimatkan tenaga.
5. Ambil kira faktor saiz kipas anda. Kipas besar adalah untuk siling yang rendah.