HomeBlogSaya Suka Matematik!

Saya Suka Matematik!

Subjek Matematik seringkali menjadi igauan ngeri kepada pelajar. Mungkin sudah menjadi stigma kebanyakan pelajar bahawa belajar Matematik itu sukar. Disebabkan persepsi sebeginilah, ramai pelajar yang terkandas dan tidak dapat menguasai subjek penting ini.

Matematik bukan sekadar suatu mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar, sebaliknya aspek penguasaan angka ini amat diperlukan dalam kehidupan kita sehari-harian seperti semasa berbelanja, merancang perbelanjaan dan juga dalam pelaburan. Matematik menyediakan kemahiran yang memerlukan anda untuk memahami konsep dan berfikir. Disebabkan itulah, ramai pelajar yang tidak menggemari subjek ini.

Didik dari awal

Salah satu punca kebanyakan pelajar tidak menyukai Matematik adalah kerana sikap ibu bapa sendiri yang tidak menggemari Matematik, malah turut menyatakan subjek ini sebagai subjek sukar. Selain itu, segelintir ibu bapa tidak berusaha untuk memupuk anak menggemari Matematik dan menggunakan teknik buku semata-mata untuk mengajar anak. Kaedah pembelajaran yang salah turut mengundang faktor mengapa ramai pelajar tidak meminati subjek ini. Subjek Matematik diketahui banyak konsep dan formula yang perlu diingati, justeru itu, ibu bapa perlu mencari kaedah terbaik untuk menjadikan si manja seronok belajar Matematik.

Bagi mendidik anak meminati subjek Matematik, ibu bapa perlu memberi pendedahan tentang angka sejak anak kecil lagi. Anda boleh mulakan dengan memupuk minat si kecil terhadap angka melalui aktiviti harian mereka dan tanpa menggunakan buku. Selitkan waktu terluang anda bersama anak dengan bercerita tentang angka. Contohnya, minta anak anda ambil lima biji epal merah dan dua biji epal hijau untuk dipotong dan dihidangkan kepada tetamu.

Bermain bersama

Permainan keluarga seperti Monopoly atau dam ular dapat mengajar anak mencongak. Dengan mengira buah dadu atau mengira berapa tapak yang perlu diambil dan mengira keuntungan atau kerugian boleh membantu kanak-kanak belajar Math dengan cara yang seronok. Selain itu, anda juga boleh memuat naik aplikasi Matematik untuk kanak-kanak yang terdapat dalam telefon pintar atau tablet.

La la la

Muzik merupakan salah satu kaedah berkesan untuk memudahkan pembelajaran anak. Melalui muzik, kanak-kanak lebih mudah untuk menghafal perkataan. Adakah anda ingat program Along yang memaparkan slot Siti Sifir? Anda boleh gunakan kaedah tersebut untuk mengajar anak menghafal sifir.

Luar rumah

Tidak semestinya anda perlu mengajar Matematik di dalam rumah sahaja. Di kala anda berjalan-jalan di taman dengan si kecil, anda boleh uji anak anda dengan soalan-soalan Math berpandukan keadaan sekeliling di sana seperti berapa banyak buaian yang ada di taman permainan atau berapa bangku yang masih kosong di taman tersebut.

Jom membeli-belah

Perkara paling disukai kanak-kanak adalah semasa mengikut Mama keluar membeli-belah kerana mereka akan dapat mengambil coklat kegemaran ataupun snek yang disukai ketika ini. Mungkin ketika ini anda boleh ajar anak anda tentang harga seperti antara jenama A dengan jenama B yang mana lagi murah dan lagi mahal.

Sebagai rumusan, jika anak anda berjaya melepasi satu-satu tahap pembelajaran Math, berikan dia ganjaran sebagai motivasi untuknya terus menguasai Matematik.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan