HomeBlogRumah Bersih, Keluarga Sihat

Rumah Bersih, Keluarga Sihat

Harta paling bernilai dalam diri setiap insan ialah kesihatan. Apalah ertinya jika mempunyai banyak wang tetapi tidak dikurniakan kesihatan yang baik. Justeru itu, aspek kesihatan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan dan tidak boleh dikompromi! Mulakannya dari rumah…

Mulakan dari rumah

Kediaman adalah satu keperluan yang perlu ada bagi setiap keluarga. Memiliki kediaman yang cantik adalah impian setiap orang. Walau bagaimanapun, di sebalik keghairahan untuk mencantikkan rumah, jangan pula memandang enteng akan faktor kesihatan. Penjagaan rumah adalah perkara utama dalam mendapatkan kesihatan yang baik. Hal ini kerana masa paling banyak akan dihabiskan di rumah. Di samping itu, rumah juga menjadi tempat teduhan untuk seisi keluarga termasuklah anak-anak kecil.

Sedangkan orang dewasa pun terdedah kepada virus dan bakteria, inikan pula anak-anak kecil. Apatah lagi jika setiap hari berdepan dengan virus atau bakteria, sudah tentulah akan memberi kesan kepada kesihatan. Justeru itu, persekitaran tempat tinggal perlu dititik beratkan supaya kesihatan tidak terganggu sekali gus memelihara kesihatan seisi keluarga.

Elakkan pencemaran di rumah

Pencemaran bukan hanya berlaku di luar rumah sahaja, tetapi di dalam rumah juga boleh tercemar. Perkara utama untuk memastikan kawasan persekitaran tempat tinggal sihat dan segar adalah dengan memastikan bahagian dalam rumah terpelihara. Anda sudah tentu tidak mahu anak membesar di kawasan persekitaran yang tidak sihat. Ketahui beberapa bahagian dalam rumah yang perlu diberi perhatian:

Udara

Udara yang kita hidu hari-hari adalah sesuatu yang tidak boleh kita kompromi kerana udara inilah yang akan masuk ke dalam saluran pernafasan kita. Jika udara yang kita sedut kotor, sudah tentu tubuh kita akan cepat sakit. Udara yang tercemar di dalam rumah adalah lebih buruk kesannya kerana kita akan menyedut udara ini setiap hari.

Bagi mendapatkan udara yang sihat dan segar di dalam rumah, pertimbangkan untuk memiliki barang-barang ini di kediaman anda:

• Penapis udara adalah satu pelaburan bijak kerana fungsinya untuk membersihkan udara yang kita hidu, membantu mengurangkan virus, bakteria, bau dan kulat di samping menyegarkan udara. Jika anda memiliki penapis udara, pastikan penapis dibersihkan mengikut jadual supaya fungsinya lebih berkesan.

• Pilihlah lantai jubin atau marmar berbanding karpet bgi mengelakkan pengumpulan habuk dan debu.

• Gunakan pembersih vakum yang mengandungi penapis HEPA yang berfungsi untuk memerangkap habuk sekali gus mengurangkan alergen di dalam rumah.

• Bersihkan penyaman udara anda secara berkala. Sebaik-baiknya, selenggara penyaman udara anda sekurang-kurangnya dua kali setahun.

• Pastikan bilah kipas siling dan kipas meja dibersihkan selalu kerana kawasan ini mudah untuk menarik habuk.

TAHUKAH ANDA?

Udara di rumah tercemar kerana berpunca daripada permaidani, barang yang berbulu seperti kusyen atau pakaian, bulu haiwan peliharaan dan rambut.

Air

Air adalah sumber penting yang kita gunakan setiap hari. Jadi, menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan air yang digunakan setiap hari adalah bersih dan selamat untuk diminum atau untuk kegunaan harian. Cara paling mudah untuk mendapatkan air yang selamat adalah dengan memasak air sebelum minum. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda memasang penapis air untuk mendapatkan kualiti air bersih di kediaman anda. Alat penapis air berfungsi untuk menyingkirkan rasa payau pada air dan menyahwarna serta bendasing yang ada pada air.

Ventilasi

Ventilasi penting kerana fungsinya bukan sahaja mengoptimakan tahap kelembapan di dalam rumah malah untuk memastikan bau-bauan yang tidak menyenangkan tidak terkurung di dalam rumah.

Cubalah cara ini untuk memastikan peredaran udara di rumah anda baik:

A. Buka tingkap setiap hari untuk memastikan udara di dalam rumah berpindah ke luar.

B. Pasang kipas pengalih udara bagi menghilangkan lembapan yang tidak elok dan menyahbau.

C. Baiki kerosakan yang disebabkan oleh kulapok atau kebocoran.

Bebas nyamuk

Bukan sekadar serangga biasa, nyamuk berbahaya kerana boleh menyebabkan penyakit seperti demam denggi yang mana boleh membawa maut. Jauhkan nyamuk daripada kawasan tempat tinggal anda dengan mematuhi langkah di bawah:

• Periksa bekas yang boleh menakung air

• Buang atau tutup bekas yang bertakung air

• Pastikan longkang diselenggara dengan baik dan tidak tersumbat

• Gunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

• Elakkan gigitan nyamuk dengan menyapu krim atau ubat penghalau nyamuk

• Tukar air dalam pasu bunga dengan kerap

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan