HomeBlogResepi Mudah Air Jagung Lemak Berkrim Seperti Dibeli Di Bazar!

Resepi Mudah Air Jagung Lemak Berkrim Seperti Dibeli Di Bazar!

Apabila ke bazar Ramadhan, mata pasti melilau melihat air-air yang dijual di bazar amat menyelerakan dengan warna-warni yang sungguh memukau. Tahun ini, air minuman yang menjadi pilihan ramai adalah air jagung manis yang lemak berkrim. Warna kuning pekatnya sahaja sudah memukau mata untuk membeli. Tetapi sanggupkah anda ke bazar setiap hari smeta-mata mahu membeli air jagung sahaja? Kalau anda mahu menjimatkan duit poket dan juga masa, Hasmira Ismail telah berkongsi resepi air jagung viral buat anda semua. Jom cuba resepi air jagung pekat manis ini sebagai minuman berbuka nanti. Pasti sedap!

Bahan-bahan:

  • Krimer manis
  • Krimer cair
  • Sweet corn dalam tin
  • Pekatan perisa jagung
  • Pewarna sirap rose

Cara-caranya:

Pembuatan air jagung lemak, manis berkrim ini amat mudah untuk dilakukan. Anda tidak perlu membeli di bazar Ramadhan lagi dan boleh sahaja buat di rumah sendiri. Berikut adalah langkah-langkah ringkas pembuatan air jagung viral ini.

1. Pertama sekali, anda perlu masukkan susu pekat tin dalam air yang dididih di dalam periuk. Kuantiti air tersebut jangan terlalu banyak dan sederhana sahaja.

2. Kacau buat seketika dan tambahkan satu tin susu cair dalam air yang didih itu. Susu cair menambahkan rasa lemak berkrim pada air jagung.

3. Kemudian, tambahkan jagung dalam tin mengikut citarasa sendiri. Jika anda mahu lebih isi jagung, boleh tambah lebih daripada satu tin.

4. Langkah seterusnya adalah dengan menambah perasa jagung. Jangan lupa untuk masukkan juga pewarna sirap rose untuk menjadikan warna air lebih terang. Anda boleh tambah gula mengikut citarasa sendiri. Air jagung lemak berkrim sudah sedia untuk dihidang!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan