HomeBlogRawatan Gigi semasa Hamil

Rawatan Gigi semasa Hamil

Penjagaan gigi semasa hamil
Semasa hamil, ibu lazimnya hanya mengambil berat akan perkembangan bayi, perubahan bentuk tubuh dan juga penjagaan fizikal badan. Apa yang ibu terlepas pandang adalah mengenai penjagaan gigi mereka.

Tahukah anda bahawa hormon kehamilan yang dibawa oleh bakal ibu boleh meningkatkan risiko masalah gusi, sekali gus memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan.

Ramai wanita hamil yang mengalami masalah sakit gigi dan sakit gusi. Perubahan dan peningkatan hormon semasa hamil menyebabkan tubuh bertindak balas dengan plak, iaitu lapisan bakteria yang ada pada gigi anda. Penjagaan gigi yang betul dengan bantuan daripada doktor gigi akan menjadikan gigi anda kekal sihat walaupun semasa anda sedang mengandung.

Mungkin anda rasakan tidak logik jika si ibu hanya mengalami sakit gigi tetapi kesannya begitu kuat kepada bayi. Jangan ambil remeh tentang masalah sakit gigi, Mama! Proses jangkitan yang dialami pada badan ibu bukan sahaja akan melemahkan ketahanan tubuhnya, tetapi juga boleh menyebabkan bakteria yang menyerang gigi merebak kepada janin anda.

Risiko Kepada Bayi
Penjagaan mulut yang sihat sepanjang sembilan bulan kehamilan anda adalah penting, bukan sahaja buat tubuh anda sendiri bahkan juga kepada perkembangan bayi dalam kandungan. Antara masalah berbangkit yang boleh dihadapi oleh ibu hamil jika mengalami sakit gigi ialah:

• Keguguran
• Kelahiran bayi pramatang
• Bayi kurang berat badan
• Bayi mati dalam perut

Bagi si ibu yang sihat, sistem ketahanan tubuh mereka adalah di tahap normal dan boleh mencegah bakteria tersebut sampai kepada bayi. Walau bagaimanapun, masalah akan timbul apabila jangkitan di tahap kedua (seperti jangkitan batuk atau demam) memberi kesan kepada kesihatan ibu. Sistem imunisasi badan ibu akan lemah dan menyebabkan bakteria merebak ke seluruh tubuh termasuklah ke bahagian rahim dan plasenta. Justeru, jika anda mengalami masalah sakit gigi atau gusi berdarah, berjumpalah dengan doktor anda segera!

Berjumpa doktor
Sama seperti sebelum kehamilan, penjagaan gigi semasa hamil juga perlu diteruskan. Jika anda perlu berjumpa pakar gigi, pastikan anda memberitahu doktor gigi tentang kehamilan anda terutamanya jika anda berada di trimester pertama. Doktor akan memberi nasihat tentang rawatan yang selamat untuk ibu hamil.

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor obstetrik anda dahulu sebelum bertemu doktor gigi. Doktor akan memberikan nasihat tentang perkara yang perlu dan tidak boleh dibuat oleh ibu hamil- termasuklah dari segi penerimaan ubat-ubatan semasa rawatan gigi.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan