HomeBlogRawatan di Rumah

Rawatan di Rumah

Setiap kali anak jatuh sakit, andalah orang yang paling risau! Apa tidaknya, masalah kesihatan bukan sahaja membuatkan anak anda kehilangan tenaga, malah selera makan juga berkurangan. Akibatnya, perkara ini turut memberi kesan kepada berat badan mereka.

Doktor di Rumah

Bayangkan, jika tiba-tiba anak anda mengalami demam selesema atau batuk di waktu malam. Ketika itu pula, suami anda tiada di rumah. Malah, pengangkutan untuk membawa anak berjumpa doktor pun tiada. Lebih malang lagi, jika di kawasan tempat tinggal anda tidak terdapat klinik 24 jam. Apa inisiatif yang anda boleh lakukan?

Kebanyakan ibu bapa pasti risau jika tidak dapat menghantar anak yang sakit berjumpa doktor. Ya, sudah tentu anda ingin si manja mendapat rawatan yang sebaiknya. Bertenang! Berikut kami sertakan tips-tips yang boleh anda lakukan di rumah jika anak anda jatuh sakit.

Pergilah Demam Selesema

Tanda-tanda si manja anda mungkin akan diserang demam selesema adalah seperti hidung tersumbat, sakit tekak dan batuk. Perangi simptom-simptom ini dengan rawatan di rumah:

  • Cukup rehat. Pastikan anak anda mendapat rehat yang cukup jika dia jatuh sakit. Rehat dapat membantu tubuhnya untuk mengumpul tenaga.
  • Banyak minum air. Kembalikan cecair yang hilang akibat demam, muntah dan cirit-birit. Pastikan tubuh si manja kekal hidrat. Cecair yang mencukupi dapat membantu melonggarkan mukus.
  • Gunakan penapis udara. Pasang penapis dan pelembap udara di bilik anak anda bagi memastikan udara dalam bilik kekal lembap sekali gus dapat mencegah masalah hidung tersumbat dan sesak dada.
  • Jangan beri sebarangan ubat kepada anak anda. Berjumpa dengan doktor dahulu sebelum berikan anak anda ubat.

Bila perlu jumpa doktor?

Biasanya, demam selesema akan pulih dalam masa tujuh hingga 10 hari. Akan tetapi, hubungi atau berjumpa dengan pakar pediatrik jika anak anda mengalami tanda-tanda seperti berikut:

  • Masalah sukar bernafas
  • Sakit telinga
  • Demam melebihi 38.3°C selama lebih 72 jam
  • Batuk berpanjangan
  • Muntah
  • Bengkak tonsil

Lawan Sakit Kerongkong

Sakit kerongkong boleh jadi disebabkan selesema, alahan atau radang tonsil. Jadi, pastikan si kecil mendapat rawatan yang sebaiknya daripada doktor. Bagi melegakan masalah sakit kerongkong, anda boleh cuba cara di bawah:

  • Beri anak anda kumur-kumur dengan air garam
  • Minum banyak air

Bila perlu jumpa doktor?

Bawa si kecil berjumpa doktor jika dia menunjukkan simptom-simptom berikut:

  • Masalah pernafasan
  • Sukar untuk menelan
  • Tegang pada leher
  • Dehidrasi- mulut kering, kurang tenaga, masalah kencing
  • Sakit kerongkong lebih daripada dua hari

Legakan Demam Anak

Demam bermaksud badan anak anda sedang melawan jangkitan. Walau bagaimanapun, anda boleh cuba tips berikut untuk meredakan demam si manja.

  • Berikan air untuk memastikan si manja kekal hidrat dan mengurangkan panas badan
  • Pakaikan baju nipis untuk mengelakkan panas badan
  • Lapkan tubuh si kecil dengan air suam untuk membantu melegakan ketidakselesaan akibat demam panas

Bila perlu jumpa doktor?

Hubungi doktor jika anak anda menunjukkan tanda-tanda:

  • Ruam
  • Tegang pada leher
  • Anak anda berumur bawah 6 bulan atau tidak pernah mendapat imunisasi
  • Muntah lebih daripada sekali

Sumber: www.webmd.com

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan