HomeBlogRawatan bagi Penyakit HFMD

Rawatan bagi Penyakit HFMD

Tahukah anda, penyakit tangan kaki dan mulut atau hand, foot and mouth disease (HFMD) berpunca disebabkan jangkitan virus? Penyakit ini tidak asing lagi di kalangan kanak-kanak terutamanya yang berusia 10 tahun ke bawah. Malah, penyakit ini kebanyakannya merebak dengan cepat di nurseri, taska dan pusat penjagaan harian kanak-kanak.

Bahayakah HFMD?

Ramai ibu bapa yang bimbang anak mereka mendapat jangkitan penyakit HFMD. Mana tidaknya, melihat tubuh anak khususnya tangan, kaki dan mulut ditumbuhi ruam dan bintik-bintik merah serta ada kalanya melepuh menimbulkan rasa kesian pada si kecil.

Penyakit yang amat mudah melanda kanak-kanak ini adalah berpunca daripada sekumpulan virus yang dipanggil enterovirus 71 (EV71). Malah, di Malaysia, sebanyak 80 peratus kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pernah mengalami jangkitan HFMD.

Bagaimana HFMD menular?

HFMD adalah penyakit virus akut yang cepat menular di kawasan tumpuan kanak-kanak seperti di nurseri, penjagaan harian kanak-kanak, taska/ tadika dan juga rumah. Ia berjangkit melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung, tekak atau najis yang telah dijangkiti kuman ini.

Simptom-simptom HFMD

Penyakit HFMD boleh dikenal pasti melalui tanda-tanda klinikal dan simptom seperti gejala lepuh pada tangan dan kaki serta ulser di dalam mulut. Penyakit ini juga boleh didiagnosis di dalam makmal dengan mengesan antibodi Immunoglobulin M dalam darah atau dengan mengesan virus asid ribonukleik (RNA) pada tekak, najis atau lepuh.

Tanda-tanda:

  • Demam
  • Sakit tekak
  • Ruam dan bintik-bintik merah pada tangan dan kaki
  • Ulser pada tekak
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Rawatan

Tiada rawatan khusus buat kanak-kanak yang dijangkiti HFMD. Lazimnya, doktor akan berikan ubat-ubat tertentu bagi mengurangkan gejala penyakit ini seperti ubat paracetamol untuk membantu mengurangkan sakit kepala dan demam. Antara rawatan lain yang boleh mengurang dan melegakan simptom ialah:

  • Mengambil ubat untuk melegakan demam dan sakit. Walau bagaimanapun, elakkan daripada mengambil aspirin untuk diberikan kepada kanak-kanak.
  • Ada juga cara semula jadi yang dikatakan dapat mengurangkan ketidakselesaan akibat penyakit HFMD. Namun, masih belum dapat disahkan keberkesanannya. Antaranya ialah makan ais atau aiskrim batang, minum minuman sejuk, elakkan makan atau minum buah limau dan soda serta elakkan daripada makan makanan bergaram dan pedas.
  • Gunakan ubat kumur-kumur untuk mengurangkan kesakitan pada mulut.
  • Pastikan anak minum air secukupnya.
  • Letakkan gel pada ulser mulut untuk mengurangkan rasa sakit.

Mencegah lebih baik

Penyakit HFMD boleh dicegah. Ibu bapa disarankan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan iaitu:

  • Kerap basuh tangan dengan sabun dan air, terutama selepas menukar lampin anak.
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak berbasuh.
  • Elakkan daripada bersentuhan dengan orang yang dijangkiti virus tersebut seperti tidak mencium, memeluk, berkongsi cawan atau peralatan makan dan minum.
  • Membersihkan atau membasmi kuman di tempat yang sering disentuh seperti permainan anak, tombol pintu dan dinding.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan