HomeBlogRangsang Pengeluaran Susu Ibu

Rangsang Pengeluaran Susu Ibu

Kebanyakan ibu baru tidak lari daripada berhadapan dengan masalah susu badan tiada, susu tidak keluar atau susu sedikit. Masalah-masalah ini merunsingkan ibu kerana bimbang jika tidak dapat meneruskan penyusuan susu secara eksklusif kepada si manja. Bagaimana untuk mengatasi masalah kurang susu? Ketahui 12 cara mudah untuk merangsang pengeluaran susu ibu.

1. Teruskan penyusuan
Sebaik sahaja anda melahirkan bayi, berikan susu badan kepada bayi anda dalam tempoh setengah jam selepas melahirkan. Semakin kerap bayi anda menyusu, semakin banyak susu anda terhasil. Teruskan penyusuan jika bayi anda lapar, selama atau sekerap mana yang dia inginkan, terutama semasa minggu-minggu terawal kelahirannya. Sebaik-baiknya, susukan si manja antara 8 hingga 12 kali sehari dengan tempoh minimum 10 minit sehingga 30 minit bagi melancarkan pengeluaran susu ibu.

2. Ketepikan kebimbangan
Ada juga situasi di mana rata-rata ibu baru menganggap pengeluaran susu mereka sedikit, walhal tiada masalah pada pengeluaran susu mereka. Asalkan bayi anda aktif, masih hendak menyusu dan tiada masalah kencing, ini bermakna tiada masalah pada pengeluaran susu anda. Jika semasa hari-hari awal kelahiran anda mengalami masalah kurang susu, usah bimbang kerana selepas kolostrum keluar pada susu ibu, penghasilan susu anda mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum ianya lancar.

3. Relaks, tenangkan diri
Masalah kurang tidur akan memberi kesan kepada pengeluaran susu anda. Tidak salah jika anda meluangkan masa untuk ‘bercuti’ di tempat-tempat berdekatan bagi membantu anda lebih tenang dan relaks, sekali gus membantu melancarkan pengeluaran susu anda. Lupakan seketika tentang kerja dan luangkan masa beberapa hari untuk berehat, menjamu selera dan menyusukan si manja. Ingatlah bahawa emosi ibu akan mempengaruhi pengeluaran susu badan!

4. Dapatkan sokongan
Sokongan daripada pasangan, keluarga dan orang sekeliling amat penting buat ibu baru menjayakan penyusuan susu ibu. Sekiranya anda dapati ada masalah semasa laktasi, jangan takut untuk berkongsi masalah dan mendapatkan nasihat daripada orang-orang berpengalaman seperti ibu anda, ibu mertua, akak atau rakan-rakan yang bergelar ibu. Dapatkan juga nasihat daripada pakar laktasi dan doktor anda.

5. Minum banyak air
Minum banyak air kosong enam hingga lapan gelas sehari supaya tubuh anda sentiasa terhidrat. Jika anda nyahhidrat, badan anda akan kurang menghasilkan susu.

6. Ambil makanan yang sihat
Ada pendapat yang mengatakan sesetengah jenis makanan dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Sebaik-baiknya, anda ikuti pola pemakanan yang betul. Antara makanan yang disarankan ialah lobak putih dan sawi. Selain itu, banyakkan juga makan makanan yang kaya dengan air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

7. Ibu makan, bayi pun makan
Bagi mengekalkan pengeluaran susu ibu dan juga kesihatan anda, anda memerlukan sebanyak 300 hingga 500 kalori sehari. Pemakanan yang terbaik semasa menyusukan anak mudah sahaja iaitu mengamalkan pemakanan yang sihat
dan seimbang.

8. Urut payudara
Urutan lembut pada payudara dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Lakukan urutan pada payudara anda berhampiran dengan dada dan tolak lembut menghala ke puting. Buat di kedua-dua belah payudara.

9. Pam susu
Biasakan diri untuk mengepam susu semasa waktu senggang atau ketika bayi anda tidur. Lakukannya selang tiga jam sekali. Hal ini adalah supaya dapat merangsang pengeluaran susu dan melancarkan pengeluaran susu badan. Malah, pam susu juga dapat membantu ibu bekerjaya untuk menyediakan stok susu lebih awal sebelum mula bekerja.

10. Mandi air panas
Air panas dapat membantu meningkatkan penghasilan susu badan. Selepas mandi, lakukan urutan lembut pada payudara anda dan lihatlah hasilnya!

11. Vitamin membantu?
Terdapat makanan tambahan yang boleh meningkatkan pengeluaran susu badan. Walau bagaimanapun, berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengamalkan pengambilan makanan tambahan bagi mengelakkan kesan sampingan kepada bayi anda.

12. Gunakan kedua-dua belah
Jangan biarkan bayi anda hanya menyusu di sebelah payudara sahaja. Jika bayi anda selesai menyusu di sebelah bahagian payudara, tawarkannya di sebelah bahagian payudara lagi supaya dia terbiasa dengan kedua-dua belah payudara anda.

INFO
Jika anda sakit atau ingin mengambil sebarang ubat, dapatkan nasihat daripada doktor anda dahulu. Hal ini kerana, sesetengah ubat boleh memberi kesan kepada pengeluaran susu anda.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan