HomeBlogRangsang Otak Kanan

Rangsang Otak Kanan

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, mereka mempunyai otak yang mengandungi lebih daripada 100 bilion sel neuron. Ketika lahir, semua sel adalah bersambung antara satu sama lain, dan ini dikenali sebagai ‘penyambungan sel otak’. Sel-sel otak akan bersambung apabila pembelajaran berlaku, manakala sel-sel otak yang tidak bersambung akan mati.

Sel-sel otak berhubung

Penyelidikan saintifik membuktikan bahawa perkembangan minda si manja bermula sejak dalam perut ibu lagi dan berterusan selepas itu. Pada 1,365 hari pertama dalam kehidupan kanak-kanak, otak boleh berkembang sehingga 80 peratus. Otak bayi yang baru lahir mempunyai bilangan sel otak atau neuron yang lebih kurang sama dengan otak orang dewasa. Walau bagaimanapun, hanya suku daripada isipadu otak mereka dapat berhubung manakala lebihan sel yang tidak bersambung akan mati.

Perkembangan otak adalah proses mencipta dan menguatkan sambungan antara neuron-neuron dalam otak. Perkembangan sel-sel otak kanak-kanak adalah asas kepada bagaimana kanak-kanak itu berfikir atau menggerakkan otak mereka. Dan, hubungan sel-sel ini akan bertambah kuat apabila kanak-kanak menggunakannya.

Otak kanak atau otak kiri

Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kanan dan otak kiri, dan kedua-duanya memiliki fungsi yang berbeza. Otak kiri ditugaskan dalam pemikiran berbentuk linear, kemahiran analitikal dan pemikiran logik. Bahagian otak ini juga membantu anda mempelajari bahasa, memperkembangkan pemikiran kritikal, mempelajari nombor dan pengiraan.

Sementara itu, otak kanan pula bertanggungjawab dalam tugas-tugas kreatif atau ekspresif seperti menyatakan emosi, pengenalan warna, muzik dan pembelajaran intuitif.

Teknik Rangsang Otak Kanan

Menurut Pakar Kanak-kanak, Glen Doman, kebanyakan kanak-kanak memulakan kehidupan mereka dengan dipengaruhi oleh otak kanan. Namun, apabila mereka mula belajar menggunakan tangan kanan untuk memegang objek, menulis atau makan setiap hari, penggunaan otak mereka akan beralih pada belah kiri.

Jika anda ingin merangsang penggunaan otak kanan si manja, terlebih dahulu anda perlu memerhati dominasi ciri-ciri otak yang digunakan oleh anak anda. Penggunaan otak kanan perlu untuk kanak-kanak kerana ia bersifat lama (long-term memory). Berikut merupakan tips untuk merangsang otak kanan anak.

1. Mendengar muzik– Otak kanan adalah lebih responsif kepada muzik. Jika anda ingin mengajar anak anda, gunakan muzik sebagai medium. Contohnya, ajar anak anda ABC dalam bentuk nyanyian kerana dengan cara ini, anak anda lebih mudah untuk mengingat.

2. Warna-warni– Otak kanan anak anda akan berfungsi apabila melihat bahan bacaan yang berwarna-warni. Semasa mengajar, anda boleh minta si kecil untuk membuat peta minda dan warnakan gambar yang dilukis. Anak anda akan lebih mudah mengingat dan menjadi lebih kreatif dengan cara ini.

3. Bermain- Mama, jangan pandang remeh jika anak ingin bermain. Melalui permainan yang betul, kanak-kanak dapat merangsang perkembangan otak mereka. Antara permainan yang boleh diberikan kepada anak-anak ialah catur, teka silang kata dan sudoku.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan