HomeBlogRangsang Minda dengan DHA

Rangsang Minda dengan DHA

Seringkali kita dengar produk-produk makanan atau minuman yang berkaitan dengan kanak-kanak mengandungi DHA dalam ramuannya.

Apakah DHA dan kaitannya kepada perkembangan kanak-kanak?

DHA atau nama saintifiknya, asid dokosaheksaenoik merupakan sejenis asid lemak omega-3, iaitu nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak kanak-kanak. DHA boleh didapati di dalam makanan seperti ikan salmon, ikan makerel dan ikan sardin. Telah banyak kajian yang dilakukan mendapati DHA adalah penting dalam perkembangan otak dan mata kanak-kanak. Disebabkan itulah, kebanyakan makanan dan minuman kanak-kanak dilengkapi dengan DHA. Malah, wanita hamil juga disarankan untuk mula mengambil DHA dalam diet mereka atau mengamalkan suplemen ini.

Kebaikan DHA

Menurut pakar, pengambilan DHA oleh ibu hamil dapat meningkatkan perkembangan minda bayi sehingga usianya 4 tahun. Justeru itu, ibu mengandung disarankan untk mengambil sekurang-kurangnya 400mg DHA sehari.

Khasiat DHA bagi bayi baru lahir sehingga usia 6 bulan pula adalah dapat memberi koordinasi tangan dan mata yang lebih baik semasa usia mereka 2 tahun, berbanding dengan bayi yang tidak mendapat cukup DHA. Semasa usia ini, ibu yang menyusukan bayi perlu terus mengambil suplemen sekurang-kurangnya 400mg DHA.

Bagi bayi yang berusia 6 bulan sehingga 2 tahun pula, pengambilan DHA dapat membantu mengeluarkan hormon penting untuk perkembangan minda bayi, kerana inilah masa yang amat genting dalam perkembangan mereka.

Ketika ini, si manja perlu diberikan 100mg DHA sehari melalui pemakanan mereka seperti yogurt atau bijirin. Jika si manja sudah berusia setahun ke atas, anda boleh perkenalkan susu dan telur yang mana kedua-duanya kaya dengan DHA.

Semasa usia si kecil 2 hingga 5 tahun pula, pengambilan 200mg DHA sehari adalah perlu bagi mengelakkan risiko ADHD, masalah penglihatan dan juga kemurungan.

Mengapa DHA?

Otak bayi mula berkembang sejak dalam kandungan lagi. Justeru itu, ibu perlu mula mengambil DHA semasa hamil.

Anak lebih bijak dengan DHA?

Meskipun ada yang mengaitkan pengambilan DHA dapat menjadikan anak lebih bijak, namun masih belum ada kajian yang secara khusus mengiyakannya.

Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang membuktikan bahawa kanak-kanak yang menerima DHA mencukupi dapat membantunya menumpukan perhatian di dalam kelas. Malah, ada juga kajian yang menunjukkan bahawa fungsi otak kanak-kanak meningkat jika dia mendapat DHA yang mencukupi.

Kanak-kanak yang kurang DHA dalam badan dikaitkan dengan masalah perangai, sukar mengingat dan lambat membaca.

Sumber Utama Asid Lemak Penting

  • Kacang walnut
  • Mentega kacang
  • Minyak kacang soya
  • Minyak canola
  • Telur
  • Ikan salmon
  • Susu
  • Yogurt

Sumber: www.parenting.com

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan