Bukan semua mainan bersesuaian dengan bayi anda. Sebagai ibu bapa anda perlu arif mengenai jenis mainan yang sesuai mengikut umur bayi. Memang tidak dapat dinafikan, sebagai ibu bapa, anda akan berasa gembira dan rambang mata apabila memasuki kedai alat mainan. Boleh dikatakan apa sahaja yang cantik dan menraik di mata, anda akan belikan buat si kecil yang tersayang.
Tetapi jika anda tersalah membeli mainan ia akan menjadi satu pembaziran kerana bayi tidak tahu bagaimana untuk bermain dan berkemungkinan besar juga mendorong kepada kecelakaan berlaku. Disebabkan itulah, alat permainan ini haruslah bersesuaian mengikut umur supaya kejadian tidak diingini dapat dielakkan. Bayi anda berpotensi untuk memasukkan permainan ke dalam mulut jika ianya terlalu kecil dan mencederakan diri. Sebagai ibu bapa yang mahu merangsang minda bayi, berikut adalah panduan tepat untuk memilih mainan yang bersesuaian:
Table of Contents
Pentingkah membeli mainan mengikut umur bayi?
Ianya amat penting untuk mengelakkan pembaziran. Sering kali ibu bapa berbelanja besar dalam memilih maina yang berkualiti dan selamat untuk digunakna, tetapi mereka lupa adakah permainan itu bersesuaian atau tidak. Bayi tidak mampu untuk berkomunikasi dan memberitahu permainan bagaimanakah yang mereka mahukan, jadi anda harus peka dengan info sebegini.
Sesetengah ibu bapa membeli permainan yang tidak bersesuaian dengan umur dengan alasan mereka mahu menguji tahap minda bayi mereka. Ianya bagus untuk berbuat demikian, tetapi jika permainan itu terlampau sukar buat tahap umurnya, mereka akan berasa cepat marah dan berputus asa. Sebaliknya, jika mainan tersebut terlalu mudah buat tahap minda mereka, ianya akan membuatkan bayi cepat berasa bosan dan hilang minat. Kemudiannya, mainan itu akan dibiarkan sebegitu sahaja tanpa terusik.
Perlu diingatkan juga agar berhati-hati dalam memilih mainan kerana bayi cenderung untuk menggigit dan menghisap. Pastikan maian tersebut mematuhi ciri-ciri keselamatan yang sesuai dan bebas dari sebarang kimia. Sekarang anda sudah memahami panduan asas membeli mainan.
Permainan dan perkembangan minda bayi
Sekarang, mari kita lihat permainan bagaimanakah yang boleh merangsang minda mereka. Perkembangan minda bayi sudah pun berlaku sejak dalam kandungan lagi. Minda bayi ini seperti span yang mana mereka amat mudah untuk menyerap segala perkara baru kerana perkembangan minda mereka meningkat dengan cepat. Rangsangkan minda bayi dengan memilih mainan yang menguji 5 deria ini:
1. Penglihatan
2. Pendengaran
3. Deria rasa
4. Deria sentuhan
5. Deria bau
Kesemua 5 deria ini membantu merangsang minda bayi. Di peringkat awal perkembangan bayi, penglihatan mereka kabur dan ianya penting untuk merangsang penglihatan mereka. Deria sentuhan juga dapat merangsang minda mereka. Sentuhan lembut, kasar, keras semuanya membantu merangsang minda bayi dan mampu mengajar mereka.
1. 0-3 bulan
Pada usia awal kelahiran bayi, mereka tidak mampu lagi untuk bermain dengan permainan yang keras dan kasar. Seeloknya, dedahkan dengan perkara yang merangsang stimulasi deria. Mainan yang bersesuaian dengan umur merka adalah mainan yang mempunyai warna terang serta turut memiliki pelbagai tekstur dan bunyi. Sebagai contoh, anda boleh membeli mainan lembut beserta musik yang boelh digantung di buaian mereka untuk merangsang deria pendengaran mereka.
2. 3-6 bulan
Berbeza sedikit daripada bayi yang baru lahir, bayi pada usia ini mula pandai memiliki kemahiran memegang dan menarik objek. Untuk umur sebegini, anda sudah boleh membeli permaina yang selamat dipegang. Dicadangkan untuk membeli permainan yang lembut, boleh ditarik, diputarkan, mempunyai tekstur berbeza dan mengeluarkan bunyi-bunyian untuk menarik minat mereka. Bayi juga cenderung untuk meminati anak patung tertentu. Anda boleh membelikan itik getah yang mengeluarkan bunyi, patung lembut, baby gym dan permainan yang diperbuat daripada fabrik.
3. 6-9 bulan
Diusia ini, anda sudah boleh membaca buku cerita ringkas pada mereka. Mereka akan berminat pada buku cerita dalam bentuk ‘soft book’. Pada usia ini, mereka sudah bijak dan mula belajar memegang objek dengan cara yang lebih tepat, terutama sekali apabila mereka sudah pandai duduk. Anda boleh juga membeli sudu, senduk kayu atau apa-apa alatan yang selamat untuk dipegang. Usia ini juga menunjukkan pertumbuhan gigi, oleh itu pastikan anda membeli mainan yang selamat untuk digigit dan direka khas untuk melegakan gusi mereka. Contoh permainan yang boleh dibeli ialah teething ring, blok mainan jenis besar dan lembut serta bola berloceng.
4. 9-12 bulan
Bayi akan mula belajar untuk bergerak pada tempoh ini. Mereka akan mula mengengsot, merangkak serta bertatih. Oleh itu mereka akan lebih berminat kepada sesuatu yang bersifat interaktif. Sifat ingin tahu mereka juga amat tinggi. Untuk itu, belikan telefon mainan, blok mainan kayu, buku yang berkulit keras, yang mempunyai pelbagai tekstur dan juga boleh ditarik. Dedahkan mereka dengan permainan yang merangsang minda. Di laman web 100Comments, kami ada menyenaraikan pelbagai jenis mainan buat bayi dan kanak-kanak untuk anda ketahui dengan lebih lanjut dan sebagai panduan sebelum membeli.