HomeBlogRahsia Perkuat DayaTahan Tubuh Anak

Rahsia Perkuat DayaTahan Tubuh Anak

Kanak-kanak memerlukan tunjuk ajar daripada ibu bapa atau penjaga serta penjagaan kesihatan yang baik bagi membolehkan mereka mudah menyerap segala ilmu dan maklumat yang diberikan. Salah satu perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan kanak-kanak ialah pemberian nutrisi yang mencukupi dan seimbang. Nutrisi seimbang amat penting dalam kehidupan harian, bukan sahaja untuk orang dewasa, malah kanak-kanak juga.

Pakar Perunding Kanan Otorinolaringologi- Pembedahan Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Goh Bee See berkata, nutrisi yang seimbang dapat membantu sel dan tisu melindungi tubuh sekali gus meningkatkan sistem daya tahan tubuh atau imunisasi.

“Ibu bapa sentiasa bimbang jika anak-anak mereka jatuh sakit. Setiap ibu apa berharap anak mereka mempunyai sistem pertahanan badan yang kuat dan dapat melawan ancaman faktor-faktor luaran agar dapat menikmati zaman kanak-kanak yang sihat dan ceria,” katanya yang ditemui semasa pelancaran Redoxon® Triple Action Kids Gummies di Petaling Jaya.

 

VITAMIN C
Dr Goh berkata, pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat menggalakkan sistem pertahanan badan yang sihat khususnya di kalangan kanak-kanak.

“Remaja dan kanak-kanak berisiko mengalami kurang vitamin C kerana keperluan nutrisi yang semakin meningkat dan kurang pengambilan daripada yang sepatutnya, contohnya mereka yang cerewet memilih makanan. Malah, kebanyakan mereka yang mengalami masalah kesihatan kronik adalah disebabkan oleh kurangnya pengambilan vitamin C,” katanya sambil memberitahu bahawa setiap orang memerlukan kuantiti pengambilan vitamin yang berbeza mengikut usia dan jantina mereka.

VITAMIN D
Vitamin D adalah nutrien yang penting untuk proses tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Selain membantu melindungi badan daripada jangkitan, vitamin D juga berfungsi untuk menguatkan tulang.

Kata Dr Goh lagi, tahap pengambilan vitamin D yang rendah akan memberi risiko kepada jangkitan pernafasan kepada bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Malah, jangkitan pernafasan yang menyebabkan pneumonia di kalangan kanak-kanak juga sedikit sebanyak berkait dengan kekurangan vitamin D.

ZINK
Bayi, kanak-kanak dan remaja adalah golongan berisiko mengalami kekurangan zink disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak mencukupi, pengambilan makanan bersumberkan haiwan yang terhad dan cirit-birit. Menurut Dr Goh, kekurangan zink boleh menyebabkan tumbesaran terencat, perubahan kulit, tindak balas imun yang lemah dan luka lambat sembuh.

“Pengambilan suplemen yang mengandungi zink dapat mengekalkan kepekatan serum yang normal dan mengurangkan risiko pneumonia serta jangkitan bawah saluran pernafasan yang terjadi di kalangan kanak-kanak.
“Bukan itu sahaja, zink juga dapat membantu menghalang serta merawat kanak-kanak cirit-birit,” katanya.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan