Jepun adalah satu negara maju yang dikagumi oleh semua orang. Rakyatnya amat tertib, bersopan-santun dan juga maju kehadapan dari pelbagai segi termasuklah pendidikan dan juga daya pemikiran yang kreatif. Rakyat Jepun ini boleh dikatakan berada dalam kelas pertama jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Apa rahsia mereka dalam mendidik rakyat untuk menjadi bijak-bijak belaka?

Disini kami kongsikan 5 rahsia ibubapa gunakan dalam teknik pembelajaran agar mereka bergerak maju kehadapan. Pentingnya disini adalah untuk membiarkan anak anda mencuba bermacam jenis perkara baru. Tahukah anda lebih kurang 80% orang melakukan perkara dan rutin yang sama kerana tidak didedahkan dengan perkara baru sejak kecil.

1. Berikan kata-kata positif

Otak kita terbahagi kepada dua bahagian dan bahagian kanan otak adalah lebih kepada kreativiti, manakala kiri lebih cenderung kepada kira-kira dan fakta. Jika anak anda dalam proses untuk tidur, gunakan waktu itu untuk membri nasihat positif dan berguna pada mereka. Katakan seperti “adik seorang yang hebat dan pandai.” Kata-kata ini akan tersemat dalam kepala mereka dan disimpan sebagai memori imaginasi. Teknik ini berguna untuk merangsang otak kanan si kecil.

2. Biasakan mereka bermain dengan kertas dan pensel warna

Biarkan sahaja jika mereka gemar menconteng di atas kertas walaupun ianya tidak membawa sebarang maksud atau lukisan. Ini kerana aktiviti menconteng mampu merangsang otak kanan. Kajian menunjukkan dimana penggunaan penyepit ketika makan membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan. Ini kerana penyepit makan sebenarnya mengaktifkan tangan sekaligus merangsang otak kanan.

3. Jangan tengking anak

Jika mereka melakukan kesilapan sekalipun, jangan biasakan diri untuk menjerit dan menengkin mereka. Kebiasaan ini menyebabkan mereka untuk menyimpan pada otak bahagian kanan. Jika anda sering kali menghalang dan memarahi mereka, lama-kelamaan merea akan takut untuk cuba perkara baru. Anak-anak yang sering ditengking berpotensi besar untuk mengalami masalah keyakinan diri untuk bercakap di khayalak ramai.

4. Gunakan teknik imaginasi

Tahap imaginasi kanak-kanak amat tinggi sekali dan disebabkan itulah merka gemar bercerita perihal imaginasi mereka pada ibu bapa. Kadang-kadang ibu bapa tidak ambil tahu kerana ianya tidak benar. Jangan sesekali buat sebegitu, layankan cerita mereka kerana secara tidak sedar, anda sedang melatih mereka untuk menyambung cerita agar menjadi satu cerita yang lengkap. Satu latihan sihat untuk melatih otak kanan mereka.

5. Bermain teka-teki

Teka-teki amat membantu kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif. Latihan ini akan membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan. Anda boleh lakukan satu aktiviti mudah dengan meletakkan barang ke dalam kotak dan minta mereka untuk teka.