HomeBlogPssttt!! 10 Rahsia Kekal Jelita Semasa Hamil

Pssttt!! 10 Rahsia Kekal Jelita Semasa Hamil

Perubahan hormon yang ‘menggila’ semasa hamil pasti akan memberikan perubahan pada tubuh wanita tidak kira dari segi bentuk badan mahupun perubahan struktur kulit. Ada sesetengah wanita yang kelihatan lebih berseri-seri semasa hamil, tetapi, tidak kurang juga yang mengalami pelbagai masalah luaran. Namun begitu, anda tidak perlu risau lagi! Kami telah sediakan 10 produk yang mampu membantu anda kekal jelita walaupun semasa hamil.

  1. Origin Essence Vitamins

origin-essense-vitamin

Bagi ibu hamil yang mahukan rambut yang segar dan sihat, produk Essense Vitamins keluaran Origin yang mengandungi Serenoa Repens ini mampu mencegah keguguran serta menjadikan rambut anda jauh lebih kuat. Kandungan Menthol di dalamnya juga memberi kesegaran serta-merta yang amat diperlukan oleh kulit kepala anda.

  1. Sabun Claire Organics

claire-organics-soap

Mengandungi Vitamin C yang sememangnya bagus untuk kulit, sabun keluaran Claire Organics ini pasti akan menjadi pembantu setia membaiki serta mengekalkan keremajaan kulit anda. Produk yang 100% bebas bahan kimia ini disahkan selamat untuk digunakan oleh ibu mengandung, bahkan, boleh juga digunakan oleh bayi bagi merawat ekzema, kegatalan dan sebagainya.

  1. Sothys Micellar Cleansing Water

sothys

 

Rasai keajaiban kandungan air mata air yang terdapat di dalam Sothys Micellar Cleansing Water ini yang mampu melambatkan penuaan kulit serta melindungi kulit semasa hamil. Kedengaran menarik, bukan? Produk ini juga sudah terbukti secara klinikal oleh pakar dermatologi sebagai produk yang bebas daripada sebarang wangian dan paraben yang mampu merosakkan kulit anda.

  1. Palmer’s Cocoa Butter Stretch Marks Lotion

palmers-cocoa-butter-stretch-mark-lotion

Mempunyai kesan regangan semasa hamil bukan lagi satu kerisauan dengan adanya Palmer’s Cocoa Butter Stretch Mark Lotion. Kombinasi cocoa butter, vitamin E, shea butter serta Bio C-Elaste boleh membantu menghalang pembentukan kesan regangan yang merimaskan ini. Losyen ini tidak berminyak serta dapat meningkatkan keanjalan kulit anda supaya kekal sihat dan cantik.

  1. Krim Pelindung Matahari Mary Kay Suncare

mary-kay-suncare

Krim pelindung matahari tidak akan bermakna jika tidak mampu menghalang kulit daripada sinaran UVA dan UVB. Kandungan aktif Broad Spectrum SPF 50 dalam produk ini bertindak melindungi kulit muka daripada kedua-dua jenis sinaran yang berbahaya itu. Glycerin pula membantu menjadikan kulit anda lebih lembut dan kelihatan lebih cantik bagi menaikkan seri ibu hamil.

  1. Avene Thermal Spring Water

avene-thermal-spring-water

Telahpun menjalani lebih 150 kajian, produk ini disahkan secara klinikal mampu menenang, melega dan melembutkan kulit anda akibat daripada selaran matahari, kegatalan serta iritasi. Air unik ini dihasilkan dari Avene-les Bains (The Avene Bath), air semula jadi di Pergunungan Cevennes di Perancis yang mengandungi kandungan mineral yang rendah dan kaya dengan silika serta unsur surih. Produk ini juga memberi kesan kesegaran dan kelegaan lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang pastinya mudah berasa rimas dan tidak selesa.

  1. Bio Oil

bio-oil

 

Bio Oil terkenal akan kemampuannya menghilangkan kesan regangan pada kulit seperti yang sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil. Rumusan utamanya iaitu PurCellin Oil bertindak bagi memastikan setiap vitamin serta ekstrak tumbuhan yang terdapat dalam minyak ini dapat diserap oleh kulit serta telah disahkan selamat untuk digunakan oleh ibu mengandung.

  1. Himalaya Anti-Hair Fall Oil

himalaya-anti-hair-fall-oil

Daya tarikan produk keluaran Himalaya ini adalah dua rumusan utamanya iaitu Bhringaraja dan Amalaki yang bertindak menguatkan rambut daripada akar. Masalah keguguran rambut bukanlah sesuatu yang asing bagi wanita hamil. Tindakan dari kedua-dua bahan utama dalam produk ini juga merangsang rambut untuk tumbuh dengan lebih lebat menjadikan mahkota wanita ini semakin menawan.

  1. Topeng Muka Mummy Mud April Skin

mummy-mud-april-skin

 

Rumusan aktif berasaskan lumpur gunung berapi daripada kepulauan Hawai yang terdapat dalam produk keluaran April Skin ini amat berkesan bagi meningkatkan keanjalan kulit. Ekstrak teh hijaunya juga berkesan bagi menghilangkan sel kulit mati serta menyelesaikan permasalahan tona kulit tidak sekata yang dialami oleh wanita hamil akibat perubahan hormon.

  1. Ebene Bio-Ray Foot Massage Socks

ebene-bio-ray-foot-massage-sock

Masalah kekejangan serta bengkak kaki yang sering dialami oleh ibu hamil kini boleh diatasi. Pemakaian sarung kaki keluaran Ebene sepanjang malam boleh membantu melancarkan peredaran darah serta oksigen dalam badan bagi mengelakkan kekejangan kaki. Sarung kaki ini juga mampu membantu mengekalkan suhu badan bagi memastikan tidur yang lebih lena.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan