HomeBlogPositif VS Negatif: Kanak-kanak dan teknologi

Positif VS Negatif: Kanak-kanak dan teknologi

Tiada siapa dapat nafikan kanak-kanak masa kini jauh lebih maju daripada kaak-kanak dahulu. Mana tidaknya, kanak-kanak sekarang sudah didedahkan kepada dunia teknologi. Sebutlah apa sahaja; komputer, telefon pintar, tablet atau ipad pasti kanak-kanak akan mengetahuinya. Di sebalik keghairahan ibu bapa memberikan peranti teknologi kepada anak-anak, namun tahukah anda akan kesannya kepada pembelajaran mereka?

Alat bantu belajar

Pendedahan dunia teknologi kepada kanak-kanak membantu mereka untuk belajar. Banyak aplikasi pembelajaran yang boleh dimuat turun secara percuma dan berbayar menerusi komputer, tablet atau telefon pintar.

Bagaimanapun, fungsi komputer dan gadget ini tidak boleh menggantikan proses pembelajaran sebaliknya alat-alat ini hanya sebagai bahan bantu dalam pembelajaran. Aplikasi ini boleh digunakan sesekali sebagai variasi kepada alat pembelajaran anak.

Pelbagai aplikasi yang merangkumi subjek Matematik, Sains, bahasa, Geografi dan banyak lagi boleh didapati untuk semua lingkungan usia. Aplikasi-aplikasi ini juga ada yang dilakukan secara santai seperti pembelajaran melalui permainan. Kesan bunyi dan grafik yang ada pada aplikasi dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Jadi, kanak-kanak tidak akan bosan belajar hanya melalui satu medium sahaja.

Lebih maju

Pengetahuan kanak-kanak terhadap komputer dan gadget menjadikan mereka lebih cekap dalam mengendalikan teknologi. Memandangkan dunia masa depan banyak bergantung kepada teknologi, justeru ini adalah langkah awal untuk kanak-kanak terdedah kepada dunia teknologi. Apabila kanak-kanak aktif menggunakan teknologi, mereka secara tidak langsung akan turut berminat untuk mempelajari perkara lain yang berkaitan dengan teknologi. Sikap mereka yang gemar meneroka ini membantu perkembangan minda mereka dalam mengetahui kecanggihan dunia tekno.

Kurang sosial

Jika kanak-kanak selalu didedahkan dengan teknologi, pergaulan mereka akan terbatas kerana ‘asyik’ tertumpu kepada komputer atau gadget. Kelak mereka ini akan menjadi terasing dan seperti kera sumbang kerana berdepan dengan benda mati. Padahal aspek sosial dan komunikasi ini amat penting di usia kanak-kanak untuk membentuk kemahiran sosial mereka seperti mendengar, memerhati dan berbual.

Kurang kreatif

Penggunaan alat teknologi yang berlebihan akan membuatkan daya kreativiti kanak-kanak terbatas. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang menggunakan perisian secara latih tubi akan mengalami penurunan dari segi kreativiti sebanyak 50 peratus. Hal ini kerana kemahiran motor mereka tidak digunakan dengan baik. Bagaimanapun, jika kanak-kanak menggunakan bahan perisian secara terbuka, kreativiti mereka tidak akan terjejas.

Baik dan buruk

Setiap ibu bapa perlu memastikan perisian yang sesuai digunakan mengikut tahap umur dan perkembangan anak-anak. Ibu bapa dinasihatkan untuk membaca kandungan perisian terlebih dahulu sebelum membeli dan memuat turun ke dalam peranti. Sikap ibu bapa yang sambil lewa dalam memuat turun perisian dikhuatiri akan mendedahkan kanak-kanak kepada unsur negatif seperti keganasan atau seks.

Fizikal terbantut

Penggunaan gadget yang berlebihan akan mengurangkan pergerakan kanak-kanak sehingga menyebabkan perkembangan mereka terbantut. Kanak-kanak yang mengalami limitasi perkembangan fizikal akan turut memberi impak negatif terhadap pencapaian akademik dan literasinya.

Obesiti

Kanak-kanak yang hanya duduk bermain gadget menyebabkan mereka ini mengalami masalah lebihan berat badan kerana kurang bergerak. Malah kanak-kanak obesiti ini juga berkemungkinan untuk mendapat penyakit berbahaya seperti kencing manis dan jantung pada awal usia.

Kurang tidur

Disebabkan terlalu ketagih dengan gadget, kanak-kanak sanggup menahan mata untuk bermain gadget dan tidak cukup tidur. Justeru, hal ini turut memberi impak kepada pencapaian akademik mereka.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan