HomeBlogPilih Katil Terbaik untuk Bayi

Pilih Katil Terbaik untuk Bayi

Memilih katil bayi bukanlah seperti membeli barang keperluan bayi yang lain. Hal ini kerana harga untuk satu katil bayi tidak sama seperti membeli pakaian bayi, lampin atau produk penjagaan kulit bayi.

Mengapa perlu pilih yang terbaik?
Si manja anda akan menghabiskan banyak masa untuk tidur. Jadi, katil bayi yang dipilih perlulah selamat, terjamin dan mesra bayi.

1 Utamakan keselamatan!
Inilah perkara yang paling penting sebelum memilih katil bayi! Katil bayi adalah tempat yang paling kerap si manja meluangkan masanya kerana kebanyakan masa bayi baru lahir dihabiskan dengan tidur. Sudah tentu anda tidak akan dapat memerhatikan bayi sepanjang masa sewaktu tidurnya. Jadi, ketika memilih katil bayi, perhatikan pada bahagian bucu katil. Jika katil yang anda pilih mempunyai dinding atau pintu sekitar ruang katil yang jarang, keluasan bahagian tepi katil bayi tidak boleh melebihi 2 inci, untuk mengelakkan kaki, tangan atau kepala si manja tersepit di antara pintu katil.

2 Ukuran penting
Adakah ruang bilik anda atau bayi cukup luas untuk meletakkan katil? Semasa membeli katil, jangan hanya melihat kepada kecantikan reka bentuknya sahaja. Bawa pita pengukur untuk mengetahui sama ada katil bayi anda cukup luas dan muat untuk menembusi pintu bilik anda atau bayi.

Ramai ibu bapa yang terlepas pandang tentang aspek ukuran katil bayi dan akibatnya, katil yang dibeli tidak dapat memuaskan hati mereka. Meskipun ada katil bayi pasang siap yang banyak dijual di pasaran, namun jangan abaikan tentang keluasan katil tersebut dengan bilik.

3 Ada pintu tarik atau tidak?
Terdapat pelbagai rekaan katil bayi yang ada di pasaran. Antara rekaan yang menjadi tumpuan ialah katil yang mempunyai pintu tarik di dinding katil. Sesetengah ibu bapa gemar memilih katil yang mempunyai pintu tarik kerana mudah untuk mengangkat atau meletakkan bayi ke dalam katil.

Walau bagaimanapun, terdapat keburukan pada ciri ini. Semakin bayi anda besar, dikhuatiri dia akan menarik atau menolak bahagian pintu katil sehingga terbuka, sekali gus merisikokan bayi untuk terjatuh dari katil. Pilihlah pintu katil yang mempunyai sistem kunci yang kukuh ataupun carilah katil yang berpintu statik.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan