HomeBlogPilih Buku untuk Anak Prasekolah

Pilih Buku untuk Anak Prasekolah

Peringkat prasekolah adalah tempoh penting untuk perkembangan bahasa, jadi inilah masa yang terbaik untuk anda perkenalkan koleksi buku-buku khusus untuk kanak-kanak seperti buku bergambar, buku aktiviti ataupun buku bercerita yang menampilkan perkataan-perkataan baru dan yang menepati minatnya.

Buku jambatan ilmu

Buku merupakan hadiah terbaik untuk kanak-kanak bagi membantu perkembangan mindanya. Akan tetapi, amat penting untuk mendapatkan material pembacaan yang sesuai dengan minat, umur dan tahap pembacaan kanak-kanak. Di sekitar usia 3 atau 4 tahun, kanak-kanak mula seronok untuk mendapatkan buku cerita. Ketika itu, kemampuan pemerhatian mereka meningkat untuk mula memahami buku yang mempunyai perkataan dan gambar dengan plot cerita. Cerita dengan elemen fantasi seperti binatang yang boleh berkata-kata ataupun cerita dongeng akan meningkatkan imaginasi mereka. Justeru itu, ibu bapa perlu mengetahui pilihan buku yang tepat dan sesuai dengan peringkat umur anak mereka supaya minat membaca buku dapat dipupuk di kalangan kanak-kanak.

Sebelum anda mengunjungi kedai buku atau perpustakaan, berikut merupakan enam tips untuk memilih buku terbaik buat anak anda yang berada di prasekolah.

Buku bergambar

Bagi lingkungan umur kanak-kanak prasekolah, mereka memerlukan buku bergambar supaya anak kecil anda mempunyai gambaran tentang cerita yang dibaca. Selain itu, buku bergambar juga membuka peluang untuk anak anda bertanyakan soalan tentang gambar dan cerita yang dilihat dalam setiap halaman. Carilah buku yang mempunyai gambar besar dan berwarna-warni untuk menarik minat si kecil.

Tahukah anda? Elemen penting dalam memilih buku kanak-kanak ialah ilustrasi dalam setiap halaman. Ilustrasi yang menarik dapat merangsang minda kanak-kanak untuk berfikir lebih mendalam dan di luar kotak.

Karakter kegemaran

Apakah kegemaran si manja? Jika anak anda penggemar kartun seperti Upin Ipin, Tom & Jerry atau Dora the Explorer, hadiahkan buku yang mengandungi gambar kartun kegemarannya. Atau juga, jika anak anda menggemari kereta, belikan buku yang berkisarkan kereta.

Puisi/ Sajak

Berikan buku bacaan yang mempunyai teks menarik untuk hiburan si manja seperti Hickory Dickory Dock, Humpty Dumpty Sat On A Wall, Lompat Si Katak Lompat dan Burung Kakak Tua. Buku puisi dan sajak kanak-kanak lebih mudah diingat kerana gaya bacaannya yang berima dan berlagu.

Cerita klasik

Masih ingat lagikah anda akan cerita Bawang Putih Bawang Merah, Aladdin dan Lampu Ajaib, Hansel and Gretel, The Ugly Duckling, Little Red Riding Hood, Snow White dan Cinderella? Warnai dunia kanak-kanak si manja dengan cerita-cerita klasik dan dongeng yang pastinya dapat menarik minat anak anda.

Buku aktiviti

Buku aktiviti menyediakan kemahiran pembelajaran penting untuk kanak-kanak selain dapat memberi hiburan kepada mereka. Buku aktiviti seperti buku pelekat dan buku padanan menjadikan anak-anak seronok dengan buku terutama apabila mereka berjaya melekat atau memadan dengan betul.

Kepelbagaian topik

Pelbagaikan bahan bacaan anak anda dengan memberikannya buku fiksyen dan bukan fiksyen untuk dibaca. Jangan anggap bahawa budak seusia prasekolah tidak sesuai untuk diberikan buku berunsur fiksyen. Buku fiksyen bukanlah bermaksud buku yang mengandungi banyak teks. Sebaliknya, cuba cari buku bergenre sains seperti buku yang memperkenalkan anggota badan manusia atau buku tentang tumbuh-tumbuhan.


Sumber: www.scholastic.com

 

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan