HomeBlogPersiapan Penyusuan Ibu Bekerjaya

Persiapan Penyusuan Ibu Bekerjaya

penyusuan-ibu

Setiap ibu baru pasti mengimpikan untuk menyusukan bayi mereka secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan pertama kelahiran bayi. Walau bagaimanapun, bukan semua ibu berjaya menangani cabaran dalam menyusukan anak terutama buat mereka yang bekerjaya. Ramai ibu bekerjaya yang meluahkan rasa kesal kerana tidak mampu untuk terus memberikan susu badan kepada bayi mereka sebaik sahaja mereka mula bekerja.

Antara punca yang menyebabkan hasrat murni mereka ini terbantut adalah kerana pengeluaran susu badan mereka semakin menurun, tiada pengetahuan dalam teknik pemerahan dan penyimpanan susu, kurang sokongan daripada orang terdekat, anak keliru puting, kekangan masa ketika di pejabat dan sikap majikan yang tidak menyokong penyusuan susu ibu.

Disebabkan alasan-alasan di atas menyebabkan ramai ibu baru berputus asa untuk menawarkan susu badan mereka kepada si manja. Akibatnya, si manja terlepas khasiat susu ibu yang merupakan antibodi dan makanan terbaik untuk bayi. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, ibu baru disarankan untuk melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan dan bersedia bergelar ibu semasa hamil lagi. Kurangnya pengetahuan tentang persediaan penyusuan bagi ibu bekerjaya menyebabkan masalah ini terjadi. Beberapa faktor seperti tiada masa, renyah untuk berulang-alik menyusukan bayi dan pengeluaran susu semakin sedikit menjadi penyebab ibu baru untuk menukar susu ibu kepada susu formula.

Persiapan Sebelum Mula Bekerja

  1. Memilih dan membeli pam susu – Pelbagai variasi pam susu dijual di pasaran seperti pam susu manual, pam susu elektrik dan pam susu berganda. Memilih pam susu yang betul akan memudahkan anda untuk mengeluarkan susu badan dengan lancar.
  2. Bercakap dengan majikan anda– Berjumpa majikan untuk memperkatakan mengenai penyusuan bayi mungkin kelihatan janggal. Jika anda malu, hantarkan email atau surat kepada majikan tentang perancangan anda untuk menyusukan bayi. Nyatakan mengenai kekerapan yang anda perlukan dalam sehari (di tempat kerja) untuk mengepam susu.
  3. Pelajari asas mengepam susu – Ketahui cara bagaimana untuk meletakkan pam susu pada payudara, cara menggunakan pam susu dan bertenang semasa proses mengepam.
  4. Simpanan susu – Susu yang sudah dipam/ perah perlu disimpan di dalam botol dan beg penyusuan. Tanda masa dan tarikh susu anda dipam. Kemudian, ambil tahu di mana tempat yang sesuai untuk anda simpan botol susu. Ketahui juga bagaimana cara untuk mengetahui adakah susu tersebut masih elok ataupun tidak.
  5. Pemberian botol susu – Pelajari cara memilih botol terbaik untuk diberikan kepada si manja, bila dan bagaimana cara untuk memperkenalkan bayi kepada botol dan tips supaya bayi tidak keliru puting.
  6. Minggu pertama bekerja – Minggu pertama anda mula bekerja mungkin akan menjadi haru-biru dengan keadaan anda tertinggal barang yang diperlukan untuk mengepam susu ataupun mencari masa mengepam dan menyesuaikan diri dengan jadual mengepam. Sediakan senarai semak peralatan yang perlu anda bawa ke tempat kerja setiap hari supaya tiada barang yang tertinggal.
  7. Rancang jadual pemerahan susu anda di tempat kerja – Sewaktu di tempat kerja, anda perlu memerah susu sebanyak dua atau tiga kali, iaitu selang tiga atau empat jam sekali. Gunakan peluang di waktu rehat anda untuk memerah susu dan sebaik-baiknya pam susu anda di tempat yang sesuai dan bersih.

*PRODUK YANG DISYORKAN!

Malish Mango Single PumpMalish Mango Single Pump bukan sekadar pam susu biasa kerana pam susu elektronik ini menyediakan pengalaman pemerahan susu yang selesa buat para ibu. Pam tunggal ini tampil dengan peranti hisapan yang menyediakan hisapan lembut seperti dari mulut bayi anda. Jadi, anda tidak akan rasa sakit atau mengalami masalah bengkak puting semasa proses memerah susu. Bukan itu sahaja, Malish Mango Single Pump juga berbentuk kompak, memudahkan para ibu untuk membawa pam ini ke mana sahaja termasuklah ke pejabat. Kini, anda tiada lagi masalah untuk melakukan pemerahan susu semasa waktu kerja ataupun di mana-mana sahaja!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan