HomeBlogPerlukah Ajar Bayi Bertutur?

Perlukah Ajar Bayi Bertutur?

Bayi mula memahami perkataan yang diucapkan pada mereka sebelum mereka boleh berkata-kata lagi. Semakin membesar si manja anda, dia akan mengetahui banyak kosa kata dan tahu menggunakan perkataan yang tepat bagi menggambarkan emosi dan kemahuannya. Dengan cara berborak bersama si manja dapat membantu menggalakkan kemahiran komunikasi bayi anda.
Dengan hanya mendengar anda berborak, si manja akan bersedia untuk mengungkapkan perkataan pertama mereka apabila tiba masanya. Kemahiran awal bahasa dan pertuturan adalah berkaitan dengan kejayaan mereka untuk membaca dan menulis di alam kanak-kanak nanti.

Senyumlah dan tumpu perhatian
Sebelum si manja anda boleh bercakap dengan lancar, mereka akan belajar untuk memahami makna perkataan yang anda ucapkan di samping mengetahui nada emosi anda. Berikut merupakan tips untuk merangsang bayi baru lahir belajar bercakap.

1) Senyum pada si manja, terutama semasa dia berdekut atau mengagah.

2) Pandanglah bayi anda semasa dia membebel dan ketawa.

3) Fahami bahasa bayi anda melalui ekspresi mukanya, semasa dia berdekut atau mengagah untuk mengetahui petanda emosi yang ditunjukkan.

4) Luangkan masa dengan memberikan sepenuh perhatian kepada si manja.

Ajuk si manja
Bahasa bayi perlu bermula dengan proses dua hala. Dengan cara mengajuk si manja, anda akan memberikannya mesej tentang cara berkomunikasi. Ajuklah apa yang bayi anda ucapkan seperti ba-ba atau goo-goo, dan anda akan lihat si manja mengulang ajukan yang diucapkan ataupun mencari bunyi baru untuk anda ajuk. Selain perkataan, anda juga boleh mengajuk si manja melalui bahasa tubuhnya.

Selalu berborak
Setiap kali anda bersama bayi; tidak kiralah semasa memandikan, makan atau sebelum tidur, biasakan mulut anda untuk berborak-borak dan bercerita dengan si manja. Tahukah anda bahawa bayi mula belajar bercakap dengan cara meniru atau meniru bunyi yang ada di sekeliling mereka. Jadi, semakin banyak anda berbual dengan si manja, semakin cepat bayi anda menguasai kemahiran bahasa dan pertuturan. Dengan mengulang perkataan-perkataan mudah yang anda ingin si comel kuasai seperti mama, susu atau makan akan mengajarnya untuk memahami maksud perkataan tersebut.

Bagaimana bayi belajar bercakap?
Ramai ibu bapa yang tertanya-tanya bilakah usia bayi boleh bercakap. Sesetengah bayi hanya boleh bercakap beberapa perkataan semasa usianya 12 bulan, akan tetapi ada juga yang hanya boleh bercakap semasa usia mereka 18 bulan. Sebagai panduan ibu bapa, kami kongsikan carta percakapan bayi dari usia 1 bulan hingga 12 bulan.

 

 

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan