Memilih lampin yang sesuai dan terbaik untuk anak tersayang bukanlah satu perkara yang mudah bagi semua ibu bapa. Mereka perlu membuat pilihan dengan memandang dari pelbagai sudut seperti keselesaan dan kesihatan kulit si manja.
Sekiranya ibu bapa tersilap memilih lampin, hal ini mungkin boleh mengakibatkan ruam pada kulit bayi yang sensitif. Justeru itu, ibu bapa perlulah peka dan teliti semasa memilih lampin yang sesuai untuk anak mereka. Jenama lampin terkemuka Drypers dapat membantu dengan lampin pakai buang Drypers Wee Wee Dry. Ia bukan sekadar lampin pakai buang yang memberi kesenangan kepada ibu bapa malah teknologi rekaannya memastikan perlindungan dan keserasian sempurna bagi bayi baru lahir melalui ciri-ciri uniknya yang tersendiri.
Drypers Wee Wee Dry Newborn mempunyai Navel Care berbentuk ‘U’ di bahagian depan untuk melindungi tunggul tali pusat bayi baru lahir yang sedang sembuh, manakala Stool Lock System™ mengunci najis bayi dengan pantas agar kulit sensitif bayi kekal bersih dan sihat. Ciri TummyFIT Guide lampin ini amat berguna terutamanya bagi ibu bapa kali pertama sebab ia memcirikan FlexiFIT Tape™ yang boleh dilekatkan berkali-kali. Selain itu, ciri Best Fit/Good Fit memastikan muat yang sempurna untuk Si Manja dan sudah pasti dapat mengelakkan kebocoran semasa si manja sedang aktif atau ketika waktu mereka tidur.
Sebaik sahaja mencapai ‘Next Size”, tahulah ibu bapa bahawa sudah tiba masanya untuk menukar saiz lampin mengikut umur dan berat si manja . Lampin pakai buang Drypers yang sentiasa ingin memenuhi keperluan ibu bapa mengeluarkan lampin pakai buang Drypers Wee Wee Dry untuk usia yang bermula daripada bayi yang baru lahir, hingga kanak-kanak yang mencapai beraat badan 15kg dan ke atas.
Drypers Wee Wee Dry memastikan bahawa kulit bayi sentiasa kering dengan Penunjuk Kebasahan yang bertukar dari kuning menjadi biru dan 6 AbsorbDry Layers yang pantas menyerap urin dengan sekata serta kekal kering selama 10 jam. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu lagi berasa bimbang atau terburu-buru bahkan terpaksa berjaga di tengah malam untuk menukar lampin si comel. Untuk perlindungan selanjutnya, Drypers Wee Wee Dry ditambah baik dengan Pro-Skin pH Balanced Layer™ yang berfungsi untuk melindungi kulit bayi daripada kerengsaan melalui permukaan yang kurang berasid.
Lapisan berliang udara selembut kain pada setiap lampin Drypers Wee Wee Dry mampu memastikan kulit bayi sentiasa nyaman dan segar. Dengan tuntutan Eco Green, Drypers adalah jenama lampin bayi PERTAMA di Asia yang diperakui oleh USDA sebab lampinnya diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan yang boleh dibiodegradasi. Lampin pemenang anugerah ini juga diperbuat tanpa bahan kimia yang berbahaya serta bebas daripada alergen. Ia didapati selamat dan lembut pada kulit bayi baru lahir yang halus.
Bertukar kepada Drypers Wee Wee Dry yang sudah pasti pilihan yang tiada tandingan untuk anak tersayang anda.
Drypers telah memenangi Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk dalam kategori Lampin Pakai Buang Untuk Bayi Baru Lahir.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web, Facebook dan Instagram mereka.