HomeBlogPerkongsian Bagaimana Untuk Membantu Si Kecil Yang Memilih Makanan

Perkongsian Bagaimana Untuk Membantu Si Kecil Yang Memilih Makanan

Sukarnya untuk mendidik si kecil makan apa sahaja yang dihidangkan. Apabila diletakkan sayur, ikan dan nasi di atas pinggan, mereka sanggup ketepikan kesemuanya dan hanya makan nasi sahaja. “Picky eater” ini membuatkan ibu susah hati memikirkan zat-zat dan nutrisi yang tidak cukup dalam badan si kecil untuk membantu mereka membesar dengan sihat dan penuh tenaga. Mereka lebih rela untuk mogok tidak makan daripada memakan makanan yang mereka tidak gemari.

Pelbagai usaha sudah dilakukan oleh ibu seperti memberi vitamin penambah selera, mencuba resepi baru yang dijumpai dalam internet dan semuanya menemui jalan buntu. Mereka masih lagi memilih makanan dan hanya makan apa yang diminati sahaja. Susahnya!

Di sini kami kongsikan cara bagaimana untuk mengubah si kecil yang memilih makanan. Apa kata anda cuba dahulu dan lihat jika ianya berkesan pada si kecil.

1. Berhenti membeli processed food!

Langka pertama dan yang paling penting sekali anda perlu lakukan ialah berhenti membeli processed food, minuman berperisa, snek yang tidak berkhasiat dan lain-lain. Jika anda mahu mengubah si kecil, ianya perlu bermula dari rumah. Mulakan membeli makanan yang berkhasiat dan penuhi dapur anda dengan “real food” seperti ayam, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan daging. Apabila si kecil sudah tidak nampak lagi snek dan makanan ringan, mereka akan cuba mengubah selera makannya.

2. Makan atau tidak, anda pilih

Jangan gunakan kekerasan seperti marah-marah dan mengamuk pada si kecil. Ianya akan membuatkan mereka lebih tidak gemar makanan yang dihidangkan kerana tanda protes. Cuba bersabar dalam mendidik mereka dan jika mereka meminta makanan, anda hidangkan makanan yang telah dimasak dan cuba untuk letakkan dalam kuantiti yang sedikit. Jika mereka tidak mahu makan, jangan paksa dan biarkan sahaja. Jangan sesekali cuba tawarkan makanan ringan atau processed food kegemaran mereka. Ini akan mengajar mereka untuk melakukan perangai yang sama dengan balasan untuk mendapat makanan kegemarannya. Percayalah, lama kelamaan mereka akan memahami tindakan anda dan mengubah selera makan.

3. Masak bersama-sama

Libatkan anak-anak dalam proses memasak. Beri mereka peluang untuk membantu memotong sayur, pegang ayam, basuh ikan dan sebagainya tetapi semestinya di bawah pemerhatian anda. Sambil anda memasak, ceritakan kebaikan memakan sayur, atau betapa sedapnya ikan untuk menarik minat mereka. Ini akan membuatkan mereka tertarik untuk makan. Sering libatkan si kecil di dapur agar dia lebih memahami mengenai makanan dan aktiviti ini juga boleh merapatkan lagi hubungan antara ibu dan si kecil malah mengasah kemahiran mereka.

4. Bermain dengan makanan

Bermain dengan makanan tidak bermakna anda perlu bermain baling-baling makanan dengan si kecil. Gunakan kreativiti anda untuk menarik minat mereka. Anda boleh salurkan kreativiti dalam bentuk persediaan makanan sebagai contoh potong sayur-sayuran dalam apa-apa bentuk. Bersepah itu adalah perkara yang biasa dan berikan mereka peluang untuk terokai.

Jika si kecil tidaka gemar untuk duduk diam di meja makan, anda boleh cuba teknik lain. Benarkan mereka pergi bermain sebentar selepas setiap suapan makanan dan lama-kelamaan satu pinggan nasi akan habis! Perlahan-lahan anda boleh cuba untuk ajar mereka belajar duduk diam setiap kali waktu makan.

Bagaimana mahu mulakan teknik ini?

Perubahan yang mendadak akan menyebabkan si kecil terkejut. Sesuatu perubahan yang baik tidak boleh dicapai dengan perubahan yang terlalu mendadak. Anda perlu lakukan langkah demi langkah dan fahami bahawa perubahan ini adalah untuk kebaikan bersama. Anda boleh set goals sama-sama sebagai contoh, habiskan sepinggan nasi, makan semua yang dihidangkan atas pinggan, makan sampai habis dan baru boleh pergi main dan lain-lain. Mungkin kesemua goals ini mengambil masa untuk dipenuhi tetapi lakukan dengan perlahan-lahan.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan