HomeBlogPerkataan Pertama Si Manja

Perkataan Pertama Si Manja

Bayi sudah mula belajar tentang komunikasi sejak lahir lagi. Namun, dia masih belum dapat mengungkapkan melalui perkataan. Sebaliknya, dia menggunakan kaedah menangis, ketawa atau tersenyum bagi menunjukkan perasaannya. Maklum balas daripada anda boleh menjadi
asas kepada perkembangan
tutur bahasanya.

Lazimnya, si manja akan mula mengucapkan perkataan pertama semasa usianya 11 hingga 14 bulan. Namun, usah bimbang jika si manja anda masih belum mengungkapkan perkataan kerana perkembangan setiap bayi adalah berbeza. Perkara paling penting adalah anda, sebagai ibu bapa perlu menggalakkan atau merangsang anak untuk bercakap. Berjumpalah dengan pakar pediatrik jika anda menyedari perkembangan pertuturan si manja terbantut.

Carta Perkembangan Pertuturan Bayi

Tips mengajar anak bercakap

1. Beritahu nama barang di sekelilingnya. Contohnya, apabila anda hendak memberinya makan ayam, sebutkan ayam, susu atau pisang. Ini dapat membantunya menambah
kosa kata.

2. Baca buku bersama terutama sebelum tidur. Anda akan dapat membantunya mencintai buku dan memperbaiki sebutan perkataannya.

3. Nyanyian dapat membantu
si manja mengenali bunyi dan mengingat perkataan.

INFO
Sesetengah ibu bapa menganggap apabila anak mengucapkan da-da (merujuk kepada daddy), itu adalah perkataan pertama yang disebut oleh si manja. Namun, sebenarnya itu adalah proses si anak belajar untuk bertutur perkataan pertamanya.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan