HomeBlogPerkahwinan Tradisional vs Perkahwinan Moden

Perkahwinan Tradisional vs Perkahwinan Moden

Adat resam dan istiadat kahwin Melayu adalah antara adat resam yang masih dipegang teguh oleh masyarakat kaum Melayu sehingga kini tidak kira di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Walaubagaimana pun, adat resam dan istiadat bagi majlis kahwin ini memerlukan perbelanjaan yang agak besar sehingga ada pasangan pengantin yang terpaksa berbelanja melebihi pendapatan, menjual harta benda malah ada yang meminjam wang demi melangsungkan majlis kahwin yang diimpikan.

Namun, banyak perubahan berlaku apabila semakin hari, arus kemodenan dan dunia teknologi semakin berkembang di Malaysia menyebabkan pemikiran generasi muda kini ‘lari jauh’ tidak sama seperti pemikiran generasi nenek moyang terdahulu.

Jadi, tidak hairanlah adat resam dan istiadat perkahwinan tradisional juga menerima tempias arus kemodenan ini hingga tampil berbeza jika dibandingkan dengan majlis kahwin masa lalu.

Jom bandingkan perbezaan majlis kahwin tradisional dan majlis kahwin moden

PILIHAN SIAPA

Kahwin tradisional

Peringkat pertama untuk berkahwin adalah merisik. Biasanya tanggungjawab jatuh kepada ibu bapa untuk mencari dan memilih jodoh pasangan yang sesuai bagi anak lelaki mereka.

Kahwin moden

Ibu bapa sekarang ini ramai yang menerima berpendidikan Barat dan open-minded sehingga menyerahkan bulat-bulat keputusan mencari pilihan bakal isteri kepada anak lelaki mereka.

TANDA

Kahwin tradisional

Selepas merisik, pihak lelaki akan menghantar “Tanda” dalam bentuk cincin emas atau berlian dengan nilainya bergantung kepada kehendak hati serta keupayaan kewangan keluarga lelaki. Selain “Tanda”, ia juga diiringi dengan hadiah-hadiah lain sepert kain sarung, kasut, gula-gula, buah-buahan dan sebagainya.

Penghantaran “Tanda biasanya disertai dengan majlis kenduri oleh kedua-dua keluarga. Ada juga yang menyampaikan “Tanda” dengan mengadakan perarakan ke rumah bakal pengantin perempuan.

Kahwin moden

Penghantaran “Tanda” biasanya dilakukan seiring waktu merisik. Namun, ramai yang jarang  membuat adat ini lagi kerana ia melibatkan kos perbelanjaan yang banyak. Majlis merisik juga diadakan secara kecil-kecilan dengan kehadiran ahli keluarga dan saudara-mara yang terdekat. Ada juga yang melakukan serentak majlis merisik bersama majlis tunang.

HANTARAN

Kahwin tradisional

Belanja untuk majlis kahwin diberi sehari atau dua hari sebelum majlis akad nikah. Selain wang hantaran, pengantin lelaki perlu juga menghantar cincin bertatah batu permata, kain sutera, kain sarung sutera, kuih-muih, buah-buahan, kotak sirih dan secerek air mawar yang diperbuat daripada logam Perak atau loyang.

Kahwin moden

Barang-barang hantaran sudah banyak berubah kerana ia mengikut persetujuan kedua-dua bakal pengantin. Kalau dahulu, keluarga pengantin lelaki yang membawa barang-barang hantaran ke rumah pengantin perempuan, kini semuanya dilakukan oleh kawan-kawan kepada pengantin lelaki yang biasanya dipanggil Dulang Boys.

BERANDAM DAN ASAH GIGI

Kahwin tradisional

Upacara berendam dan berasah gigi memang diamalkan sejak dulu lagi. Ia biasanya dilakukan tiga hari sebelum hari akad nikah. Sedikit rambut di dahi pengantin perempuan dipotong, bulu kening dicukur dan gigi pengantin diasah serta dikilap supaya menjadi sama rata dan berkilat. Tugas ini dilakukan oleh tukang andam atau Mak Andam. Selepas beranda, pengantin perempuan akan mandi dengan air limau. Ia dikatakan dapat membuang dan menghilangkan nasib malang pada pengantin. Selesai mandi, sebelum tidur, pengantin perempuan perlu meletakkan inai di jari tangan serta kaki.

Kahwin moden

Amalan ini sudah tidak dipakai lagi pada waktu sekarang kerana ia hanyalah satu adat lama, lapuk dan tidak sesuai lagi dipakai pada era moden ini. Pasangan pengantin sekarang ini lebih memilih untuk mengambil pakej pengantin yang lengkap dengan make-up make over. Ada juga yang memilih untuk bersolek secara DIY untuk menjimatkan kos perbelanjaan.

MAS KAHWIN

Kahwin moden

Mas kahwin, belanja majlis kahwin dan dulang gubahan hantaran diberikan sekali gus sewaktu majlis akad nikah. Ini adalah untuk mengurangkan kos perbelanjaan majlis kahwin. Barang hantaran juga disesuaikan mengikut kadar keperluan dan bajet pengantin.

PELAMIN

Kahwin tradisional

Dahulu, jarang pengantin bersanding di atas pelamin kerana yang lebih penting dalam majlis perkahwinan adalah upacara akad nikah. Selesai majlis nikah, pengantin akan meraikan tetamu yang datang berkunjung.

Kahwin moden

Pelamin adalah antara perkara yang perlu ada pada majlis kahwin meskipun ada yang memilih untuk tidak bersanding. Ini kerana di atas pelaminlah selalunya kaum keluarga, saudara-mara, teman-teman dan tetamu lain mengabadikan kenangan bersama pengantin yang dirai. Pelamin pengantin terkini pula ada bermacam-macam rekaan, gaya, warna, tema malah ada yang sampai mencecah ribuan ringgit.

BUNGA PAHAR

Kahwin tradisional

Bunga pahar juga penting dalam majlis kahwin Melayu kerana ia memberi simbolik “Kehidupan”. Biasanya bunga telur dibuat sendiri mengguna plastik, straw, riben dan sebagainya. Jiran tetangga dan saudara-mara akan bersama membuat bunga telur. Ia kemudiannya dicucuk pada batang pisang atau buah betik.

Kahwin moden

Sekarang semuanya boleh dicari di kedai menjual peralatan kahwin. Pilih sahaja bentuk, warna dan rekaan yang diingini. Harganya juga berpatutan dan jika diambil banyak, maka banyaklah pengurangan harga diberikan. Maka, tidak perlu lagi bersusah payah mengekang mata setiap malam menyiapkan sendiri bunga pahar. Semuanya mudah, pilih sahaja yang berkenan di hati dan bayar!

BUSANA PENGANTIN

Kahwin tradisional

Busana pengantin tradisional lebih nampak ciri-ciri kemelayuan dan tampil lebih klasik. Busana pengantin juga dikenakan mengikut negeri yang didiami. Biasanya songket dengan benang emas menjadi pilihan.

Kahwin moden

Busana pengantin sekarang lebih menawan dengan adanya kilauan labuci, renda, manik, penggunaan material bermutu tinggi, warna kain yang lebih menyerlah dan pelbagai gaya rekaan moden seperti gaun, jubah labuh untuk fesyen muslimah dan banyak lagi. Apatah lagi, butik pengantin yang semakin banyak memudahkan pasangan mempelai memilih pereka busana pengantin yang menepati dengan cita rasa dan konsep yang ingin digunakan.

LOKASI

Kahwin tradisional

Rata-rata lebih suka membuat majlis kahwin di rumah sendiri. Makanan untuk kenduri disediakan dan dimasak secara bergotong-royong bersama jiran tetangga. Memang meriah dan riuh-rendah kenduri kahwin dulu-dulu apabila beramai-ramai saling bantu-membantu dalam memastikan semua hidangan dan keperluan untuk majlis dapat disiapkan agar semuanya berjalan dengan lancar. Anak-anak muda pula biasanya membantu membawa hidangan untuk tetamu dan mencuci pinggan mangkuk beramai-ramai.

Kahwin moden

Generasi lama semakin berusia dan tidak larat lagi menyediakan hidangan untuk majlis kahwin secara banyak. Jadi, generasi muda beralih kepada perkhidmatan katering perkahwinan yang lebih mudah dan pantas. Jika dulu, perkhidmatan katering perkahwinan digunakan apabila majlis yang diadakan di dewan dan di hotel. Namun, kini perkhidmatan katering perkahwinan digunakan juga walaupun majlis kahwin diadakan di rumah sendiri kerana lebih mudah dan tidak banyak remeh. Yang penting, sediakan sahaja wang belanja untuk penggunaan perkhidmatan katering perkahwinan ini.

JURUGAMBAR & FOTOGRAFI

Kahwin tradisional

Dulu, kawan-kawan terdekat diupah untuk merakam gambar-gambar kahwin. Yang penting, ada gambar kenangan majlis kahwin untuk tatapan anak-anak. Jadi, kos fotografi tidak terlalu mahal. Gambar disimpan dalam album khas untuk majlis persandingan.

Kahwin moden

Majlis tunang pun sudah mengupah perkhidmatan fotografi, kemudian diikuti dengan majlis akad, bersanding dan trend sekarang, fotografi outdoor. Gambar-gambar yang diambil pula dengan pelbagai gaya unik, kreatif dan rare. Album gambar juga punya pelbagai pilihan sama ada hard cover, sticky dan bermacam-macam lagi. Yang berkemampuan, boleh juga memilih untuk mengambil perkhidmatan video.

Diikutkan, memang banyak lagi perbezaan majlis kahwin zaman dahulu dengan zaman sekarang disebabkan wujudnya pelbagai trend baru yang diadaptasikan dari pengaruh Barat dan budaya bangsa lain.

Namun, yang pasti persamaan antara dua-dua zaman ini adalah kos perbelanjaan untuk malis kahwin yang sangat besar diperlukan agar majlis berlangsung dengan lancar dan mudah.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan