Artikel ini adalah anjuran daripada kahwin.FeedMyGuest.com – laman pakej perkahwinan terbesar di Malaysia, serta mempunyai lebih daripada 500 pilihan pakej perkahwinan daripada 80 katerer perkahwinan yang terulung.
Kos perbelanjaan mendirikan rumah tangga yang banyak menjadi faktor mengapa anak-anak muda masa kini kerap menangguhkan masa melayari alam perkahwinan. Meskipun kerjaya sudah stabil, namun dek kekangan bajet, maka hasrat murni untuk bersama terpaksa ditangguhkan.
Jadi, ada tak cara untuk atasi situasi ini agar tidak rasa terbeban?
Sebenarnya anda boleh merancang majlis kahwin dengan mengurangkan sedikit bajet. Dalam erti kata lain, berjimat daripada mengeluarkan belanja perkahwinan agar sesuai dengan kemampuan anda.
Untuk itu, anda perlu:
Table of Contents
Tip 1 – Merancang dari awal
Persediaan untuk mengadakan majlis kahwin perlu dirancang awal kerana ia ia bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Anda perlu simpan duit sebanyak mungkin, sebaiknya kira-kira setahun daripada majlis kahwin. Elak daripada berbelanja benda-benda yang kurang penting demi menjimatkan duit untuk majlis kahwin.
Tip 2 – Berbincang dengan bakal pasangan
Bincang dengan pasangan anda mengenai kos kahwin dan bajet yang anda perlu sediakan serta sejauh mana kemampuan kewangan anda. Pasangan yang sensitif dan memahami bebanan anda, pasti akan memahami situasi yang anda hadapi. Bagi pasangan yang sama-sama bekerja, pasti ada yang sanggup berkongsi sedikit sebanyak kos perbelanjaan perkahwinan.
Tip 3 – Bincang dengan ahli keluarga kedua-dua pihak
Lebih baik bersemuka dengan ibu bapa pasangan anda agar mereka mengetahui akan kedudukan serta situasi kewangan besar. Dengan ini mereka akan tahu kemampuan anda dalam menyediakan perbelanjaan majlis kahwin yang dirancang.
Tip 4 – Tetapkan perbelanjaan yang penting dulu
Senaraikan perbelanjaan-perbelanjaan yang penting terlebih dahulu misalnya lokasi perkahwinan, kos menu kenduri kahwin untuk jumlah jemputan, tempahan pakaian pengantin, pakej nikah, pakej pelamin majet murah, pakej khemah, katering kahwin dan sebagainya.
Tip 5 – Cuba elakkan pembaziran
Belanja untuk barang hantaran misalnya dengan mengurangkan jumlah hantaran. Sebaiknya beli barang yang dirasakan perlu sahaja dan boleh digunapakai selepas majlis kahwin. Cari pakej fotografi yang tidak terlalu tinggi harganya manakala anda boleh menolak untuk membuat sewaan sistem audio.
Tip 6 – Dapatkan pakej perkahwinan lengkap
Anda juga boleh mencari pakej perkahwinan lengkap yang melingkupi semua benda perkahwinan yang penting, jadi anda boleh berjimat dan tidak payah mencari barangan secara asing. Terdapat banyak katerer perkahwinan yang menawarkan pakej perkahwinan lengkap seperti Bismilla Catering, Felda D Saji dan Nirwana Catering.
Tip 7 – Tanya orang berpengalaman
Ini kerana mereka pernah menghadapi situasi yang sama, maka nasihat serta pandangan daripada mereka ini pastinya sedikit sebanyak dapat membantu anda menguruskan majlis kahwin anda terutamanya dalam hal menghantar jemputan untuk tetamu dan memilih menu makanan kenduri kahwin. Perancang perkahwinan dari katering perkahwinan seperti Seri Keningau, Segi Seri dan Melati Katering juga boleh memberi pandangan mereka untuk membuat pilihan perkahwinan bajet rendah.
Tip 8 – Buat rangka bajet
Perkara yang sangat penting. Buat senarai perkahwinan lengkap dengan kos perbelanjaan. Pastikan anda patuhi bajet yang ditetapkan untuk setiap senarai. Apabila membuat perbelanjaan, rekod semuanya agar anda dapat melihat perjalanan perbelanjaan yang sudah dibuat. Dengan ini anda dapat merancang dan mengawal kos. Elak membeli daripada kemampuan bajet yang ditetapkan.
Tip 9 – Beli-belah sewaktu jualan potongan harga
Setiap tiga bulan, kebanyakan pusat beli-belah menawarkan jualan dengan potongan harga yang menarik. Pada waktu itu, harga barang biasanya akan menjadi lebih murah dengan diskaun yang hebat. Kadang-kala jika anda membeli dalam kuantiti yang banyak, maka lebih banyak potongan harga yang diberikan. Jadi beli barang majlis kahwin dan hantaran yang anda perlukan pada waktu ini.
Tip 10 – Rajin hadiri ekspo perkahwinan
Setiap tahun pasti diadakan ekspo perkahwinan. Yang menarik mengenai ekspo perkahwinan ini adalah semua barang dan maklumat berkaitan dengan majlis kahwin dikumpulkan di bawah satu bumbung. Anda boleh mencari semua barang yang diingini dan memilih pakej perkahwinan lengkap, pakej perkahwinan murah, pakej nikah, rekaan pelamin terkini, pelamin bajet murah, katering perkahwinan, pakej khemah dan sebagainya di sini. Anda juga boleh berbincang dengan perancang perkahwinan, membuat survey untuk pakej pengantin yang ditawarkan, mencari busana pengantin yang menetapi dengan konsep dan tema impian anda dan banyak lagi. Biasanya di ekspo seperti ini, banyak tawaran pakej perkahwinan menarik dengan harga berpatutan diberikan kepada mereka yang ingin berkahwin.
Tip 11 – Elak berhutang dengan kad kredit
Sebaiknya guna wang tunai sewaktu berbelanja. Dengan ini anda mudah membuat rekod perbelanjaan pada senarai yang sudah disediakan. Berbelanja dengan ‘swipe’ kad kredit menggalakkan anda untuk berbelanja berlebihan. Akibatnya semakin banyak anda guna kad kredit, semakin anda terbeban dengan hutang-piutang.
Tip 12 – Lakukan sendiri
Masa inilah skill kemahiran dan idea kreatif anda boleh dipraktikkan terutamanya dalam membuat gubahan hantaran, bunga pahar, dekorasi pelamin dan goodies bag untuk tetamu jemputan. Sebenarnya lebih jimat jika membuatnya sendiri daripada mengupah orang lain untuk melakukannya.
Tip 13 – Minta bantuan rakan dan saudara-mara
Anda juga boleh meminta bantuan idea dan kreativiti daripada rakan-rakan dan saudara-mara yang mahir mengubah hantaran, membuat dekorasi pelamin dan membuat bunga pahar. Ini juga salah satu cara berjimat daripada mengupah orang lain.
Tip 14 – Gabung majlis kahwin
Ini lebih praktikal jika anda dan pasangan tinggal berdekatan, maka majlis kahwin boleh digabungkan serentak dalam satu hari yang sama. Ia juga praktikal diadakan jika ada adik-beradik anda yang kebetulan melangsungkan perkahwinan dalam tahun sama, maka untuk jimat belanja, digabungkan dalam satu majlis. Dengan ini anda dapat berkongsi perbelanjaan perkahwinan dengan adik-beradik.
Tip 15 – Sertai majlis kahwin beramai-ramai
Majlis agama sesetengah negeri biasanya ada menganjurkan majlis kahwin secara beramai-ramai. Anda tidak perlu keluarkan belanja yang besar untuk menyertainya kerana rata-rata perbelanjaan untuk majlis kahwin sebegini telah disediakan oleh Penganjur. Jika ada perbelanjaan yang perlu dibayar, ia tidaklah banyak sehingga membebankan pasangan pengantin. Menariknya, pasangan yang menyertai majlis kahwin beramai-ramai juga menerima cenderamata daripada pihak penganjur.
Tip 16 – Adakan majlis gotong-royong
Lebih dikenali sebagai majlis rewang, ia sudah semakin dilupakan kerana sekarang ini ramai yang selesa membuat tempahan katering kerana lebih mudah dan senang mengguna pakej perkahwinan yang disediakan.
Sebenarnya majlis gotong-royong sebegini lebih menjimatkan kerana kos perbelanjaan hanyalah pada pembelian bahan-bahan mentah dan kos mengupah tukang masak. Sepanjang tempoh majlis kahwin pula, tidak perlu mengupah penanggah untuk mencuci pinggan-mangkuk dan menyediakan lauk-pauk kerana ia dilakukan oleh jiran-jiran tetangga secara sukarela.
Dalam masa sama, ia dapat mengeratkan lagi hubungan mesra antara sesama jiran perumahan atau kampung yang sukar berjumpa disebabkan komitmen masing-masing.
Itu adalah antara tip-tip panduan yang boleh dilakukan oleh pasangan yang tidak mampu menyediakan perbelanjaan yang besar untuk majlis perkahwinan.
Apa yang penting, elakkan berhutang dengan mana-mana individu, pemberi hutang haram atau pun membuat pinjaman daripada institusi perbankan dengan jumlah yang tak masuk dek akal hanya kerana mendambakan majlis perkahwinan yang gah gemilang. Ini juga untuk mengelakkan anda dari hidup dengan hutang keliling pinggang selepas berkahwin.
Yang pasti, majlis perkahwinan adalah satu majlis yang berkat. Sebaiknya elak pembaziran dan berbelanja hebat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain. Niatkan dalam hati untuk merai dan berkongsi rezeki dengan menjamu tetamu yang hadir.
Ingin mencari pakej perkahwinan lengkap mengikuti keperluan bajet anda? Layari kahwin.FeedMyGuest.com untuk pakej idaman anda dan promosi hebat hari ini!