Peralatan keselamatan yang perlu ada
Semakin hampir anda dengan tarikh bersalin, anda perlu menyediakan persediaan untuk menyambut bayi baru. Persediaan ini bukan sahaja tentang menyiapkan kelengkapan anda dan bayi, tetapi juga tentang menyiapkan rumah menjadi mesra kanak-kanak. Kunci utama dalam menyediakan rumah mesra bayi atau mesra kanak-kanak ialah pemantauan dan juga persekitaran yang selamat. Berikut merupakan beberapa cadangan untuk anda memastikan kediaman selamat dan mesra kanak-kanak.

Pintu dan pagar keselamatan bayi
Masukkan diri anda seperti kanak-kanak dengan memandang kawasan-kawasan yang berbahaya untuk anak datang dekat. Cuba anda merangkak dan melihat di sekeliling kawasan dalam rumah anda bagi mencari kawasan yang berisiko kepada si manja. Mungkin anda tidak boleh menjadikan setiap kawasan rumah mesra kanak-kanak, tetapi anda boleh meletakkan kawasan-kawasan tertentu untuk anak anda bebas meneroka. Letakkan pintu keselamatan di tangga atau kunci kawasan yang bukan untuk kanak-kanak seperti di bilik air, laci di kabinet dapur, bilik membasuh dan juga dapur basah.

Penyendal tingkap
Alat penyendal atau penyelak tingkap adalah untuk mengelakkan tingkap daripada terbuka luas, seterusnya menghalang kanak-kanak terjatuh daripada tingkap. Anda perlu pastikan bahawa kunci tingkap mudah diakses oleh orang dewasa kerana dikhuatiri jika berlaku sebarang kecemasan. Walau bagaimanapun, pengunci tingkap juga perlulah jauh daripada dicapai oleh kanak-kanak.

Pelindung bucu/ kusyen penjuru
Peralatan ini boleh membantu bayi atau anak kecil daripada terhantuk pada bucu perabot yang tajam. Terdapat pelbagai jenis dan rekaan pelindung bucu atau kusyen penjuru yang boleh diletakkan pada
perabot anda.

Kesegaran udara
Rumah adalah tempat di mana anda sekeluarga paling banyak meluangkan masa. Jadi, anda perlu menitikberatkan pengudaraan di dalam rumah. Bagi memastikan udara di dalam rumah anda sihat dan segar, pasanglah penapis udara yang berfungsi untuk membersihkan udara yang kita hidu, mengurangkan virus, bakteria, bau dan kulat serta memastikan udara segar di dalam rumah.

Selain itu, pemilihan kipas angin dan penyaman udara yang betul juga dapat membantu untuk menyejukkan ruang dalaman dan memastikan peredaran udara yang bagus di dalam rumah serta tahap kelembapan udara sentiasa di tahap normal.


Pilihan Editor: Dyson Pure Cool Link 2-dalam-1 (Kipas dan alat penapis udara)

Adakah anda sedang mencari penapis udara dan kipas? Dengan Dyson Pure Cool Link anda boleh dapat kedua-duanya. Rekaan futuristiknya menjadikan produk ini bukan sahaja berguna untuk menyejukkan kediaman, malahan juga menggayakan ruang kediaman moden anda. Bukan sahaja bertindak sebagai kipas angin, Dyson Pure Cool Link juga berfungsi menapis udara kotor dalam ruang bilik anda dan mengalirkan udara segar dalam bilik.

Teknologi penapisan inovatif di dalamnya menggunakan penutup vakum unik 360° dengan penapis Gelas HEPA yang dapat memerangkap 99.95% bendasing dan bahan pencemar yang bersaiz sekecil-kecil 0.1 mikron. Bukan itu sahaja, penapis ini juga berfungsi untuk memerangkap zarah berbahaya yang ada di udara termasuklah debunga, bakteria dan bulu haiwan peliharaan. Selain itu, lapisan karbon aktif yang ada pada produk ini merupakan teknologi tambahan yang menyediakan penyelesaian untuk menghilangkan bau-bauan dan toksin yang berbahaya seperti bauan cat. Jadi, sebaik sahaja udara di bilik anda sudah dipertingkatkan, Dyson Pure CoolTM Link akan membantu untuk menghilangkan bau.

Jangan risau tentang cara penggunaannya! Dengan hanya menekan butang pada produk yang berbentuk menara kipas ini, ia sudah boleh terus berfungsi. Walau bagaimanapun, jika anda ingin melaras kekuatan kipas, anda memerlukan alat kawalan jauh yang turut disertakan bersama produk.

Dyson Pure Cool Link bukan sahaja mempunyai rekaan yang bergaya, bahkan juga amat mudah untuk dibersihkan. Anda boleh meletakkan produk ini di mana-mana sahaja di ruang bilik anda. Dyson Pure CoolTM Link juga diiktiraf oleh Quiet Mark by the Noise Abatement Society dan mendapat pengiktirafan sebagai produk mesra alergi dan asma oleh Allergy Standards Limited.