HomeBlogPentingnya Perlindungan daripada Cahaya Matahari

Pentingnya Perlindungan daripada Cahaya Matahari

Terdedah kepada cahaya matahari adalah bagus untuk semua orang, kerana ia membantu membekalkan vitamin D kepada tubuh kita. Walau bagaimanapun, terlalu banyak ‘berjemur’ juga adalah tidak baik kepada kulit kanak-kanak.

Bermain di luar bagus, tetapi …

Vitamin D diperlukan untuk membantu tubuh menyerap kalsium bagi pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Jadi, cara terbaik untuk mendapatkannya adalah melalui pendedahan kepada cahaya matahari, yang merupakan sumber semula jadi untuk vitamin D. Kanak-kanak amat gemar menghabiskan masa bermain di luar, tetapi mereka tidak tahu akan bahaya pendedahan yang berlebihan terhadap sinaran matahari. Hal ini kerana kulit kanak-kanak adalah halus, dan sesetengahnya mengalami kulit sensitif sehingga boleh membentuk ruam.

Pendedahan kepada sinaran ultraungu (UV) semasa alam kanak-kanak boleh mendatangkan masalah kesihatan yang serius kelak, apabila mereka besar nanti. Antara masalah yang boleh melanda mereka ialah kerosakan kulit, kanser kulit dan pelbagai lagi komplikasi seperti kerosakan mata dan ketidaktahanan sistem imun tubuh. Justeru, setiap ibu bapa perlu mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko terjadinya komplikasi-komplikasi tersebut.

FAKTA MENARIK

  • Cahaya matahari mengandungi tiga jenis sinaran ultraungu; UVA, UVB, UVC. Akan tetapi, hanya dua sinaran sahaja yang boleh melepasi lapisan ozon bumi.
  • UVA boleh menyebabkan masalah penuaan dan kedutan kulit, serta membawa kepada kanser kulit seperti melanoma. Kita amat terdedah kepada sinaran ini kerana ia boleh menembusi lapisan ozon bumi.
  • UVB pula adalah sinaran yang berbahaya dan boleh menyebabkan selaran matahari, katarak mata dan memberi kesan kepada sistem imun badan serta menyebabkan kanser kulit.
  • UVC adalah sinaran UV yang paling bahaya. Namun, sinaran ini tidak dapat menembusi lapisan ozon bumi.

Berjaga-jaga

Bukan sahaja bermain di luar, malah semasa membawa anak bercuti di pantai ataupun berjalan-jalan di taman juga menyebabkan anak terdedah kepada cahaya matahari. Jadi, perlindungan kepada cahaya matahari adalah perlu untuk anda sekeluarga terutama semasa melakukan aktiviti di luar. Bagaimana?

Perlindungan di luar dengan pelindung matahari

Terdapat pelbagai jenis pelindung matahari dijual di pasaran. Akan tetapi, apa yang menjadi masalahnya ialah kesesuaian pelindung matahari kepada kanak-kanak. Harus diingat bahawa, bukan semua pelindung matahari sesuai untuk kulit kanak-kanak yang halus. Berikut merupakan tips untuk membeli pelindung matahari buat kanak-kanak:

  • Lihat jumlah SPF pada label pelindung matahari. Pilih produk yang mengandungi SPF 30 ke atas untuk mengelakkan selaran matahari dan kulit keperangan. Pilihlah pelindung matahari yang mempunyai ciri spektrum meluas, kerana ia mengandungi fungsi perlindungan kepada sinaran UVA dan UVB.
  • Pilih pelindung matahari yang mempunyai formulasi dengan penapis UV yang fisikal untuk perlindungan tinggi daripada UV.
  • Direka khusus untuk kulit kanak-kanak yang halus.
  • Tanpa pewangi, tanpa paraben dan tidak komedogenik (menimbulkan alahan pada kulit kanak-kanak).

PENTING!

  • Pakai pelindung matahari pada bahagian tubuh yang terdedah- pakar dermatologi menyarankan untuk menggunakan 1 auns pelindung matahari untuk disapukan pada tubuh yang berkaitan
  • Pakai dengan kerap setiap dua jam sekali. Pakaikan pada si kecil terutama apabila dia berpeluh ataupun sebelum berenang
  • Pakaikannya 15 hingga 30 minit sebelum keluar rumah atau berada di tempat yang terkena matahari
  • Sapukan pada bahagian telinga, tangan, kaki, bahu dan tengkuk
  • Pakai juga bam bibir yang mengandungi SPF

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan