HomeBlogPenjagaan Rambut Si Manja

Penjagaan Rambut Si Manja

Berapa kali anak anda syampu rambut dalam seminggu? Syampu jenis apa yang si manja gunakan? Tahukah anda bahawa soalan-soalan ini penting untuk memastikan anak anda mendapat penjagaan rambut yang betul.

Berbanding dengan rambut orang dewasa, rambut bayi dan kanak-kanak adalah lebih lembut dan mudah kusut serta rapuh. Jadi, ibu bapa tidak boleh memandang enteng tentang hal penjagaan rambut si manja agar mereka juga dapat memiliki rambut yang sihat dan bersinar.

Penjagaan rambut kanak-kanak bukan hanya tertumpu kepada pemilihan syampu atau berapa kerap si manja bersyampu sahaja. Akan tetapi, ia juga turut melibatkan tentang penjagaan kulit kepala, aspek memotong dan menyikat rambut. Oleh itu, adalah amat penting untuk setiap ibu bapa mengetahui cara penjagaan rambut yang betul untuk kanak-kanak, tidak kiralah anak lelaki mahupun perempuan.

Patuhi jadual

Berapa kerapkah si manja mencuci rambut? Bagi anak kecil, rambut mereka perlu dicuci tiga kali seminggu kecuali jika mereka terlampau aktif dan mudah berpeluh, maka anda perlu mencuci rambut mereka lebih kerap. Jika rambut si kecil semakin panjang, anda boleh mencuci rambutnya selang sehari.

Alih perhatian

Anak kecil anda mungkin tidak suka jika rambutnya disyampu. Jadi, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan mengalih perhatian si manja semasa menyampu kepalanya. Anda boleh bermain buih bersama si manja ataupun menyanyi bersama sambil meletakkan syampu dan mengurut-urut kulit kepalanya. Semasa anda sedang menyampu rambutnya, anda boleh menyuruh si manja bermain buih atau bermain itik mainan yang ada di dalam besen mandian.

INFO: Bagi anda yang mempunyai anak berambut kerinting atau jenis kering, kurangkan kekerapan mencuci rambut si manja.

Pilih syampu

Anak anda mungkin tidak gemar mandi kerana dia pernah melalui peristiwa ‘hitam’ semasa bersyampu. Segelintir kanak-kanak tidak suka bersyampu kerana takut syampu tersebut memedihkan matanya. Jadi, anda perlu cari syampu khas untuk kanak-kanak yang mengandungi formulasi tidak memedihkan mata. Selain itu, semasa menyampukan si manja, lakukan urutan lembut di kulit kepalanya bagi memberikan keselesaan.

Awas! Pastikan rambut si manja dibilas bersih selepas bersyampu kerana sisa syampu yang tidak dibersihkan akan menyebabkan kelemumur.

Keringkan rambut

Bagi mengeringkan rambut, lapkan rambut anak anda dengan menggunakan tuala lembut, secara perlahan-lahan supaya dapat mengelakkan rambut kusut dan rosak. Selain itu, jangan ‘memerah’ rambut secara keras kerana perbuatan itu akan hanya menyebabkan kerosakan pada rambutnya.

Pilihan sikat

Semasa rambut si manja basah, gunakan sikat yang bergigi jarang. Elakkan daripada menggunakan sikat bergigi rapat pada rambut yang basah kerana rambut basah terdedah kepada kerosakan.

Berus rambut

Memberus rambut dapat membantu merangsang kapilari darah dan meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala si manja. Selain itu, dengan memberus rambut juga dapat membantu dalam merangsang kelenjar minyak dan hormon bagi mengekalkan minyak semula jadi pada rambut. Namun awas! Hanya gunakan berus rambut semasa rambut si manja kering!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan