HomeBlogPenjagaan Rambut Si Kecil

Penjagaan Rambut Si Kecil

Cuci rambut? Jangan terlalu kerap
Kulit kepala bayi yang berusia di bawah enam bulan kurang menghasilkan minyak, jadi anda tidak digalakkan untuk menyampu rambut bayi lebih daripada dua kali seminggu. Walau bagaimanapun, apabila bayi semakin membesar dan semakin lasak, anda boleh meningkatkan kekerapan mencuci kepala kanak-kanak sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, mengikut kepada keperluan. Semasa mencuci kulit kepala dan rambut bayi, lakukannya perlahan-lahan dan lemah-lembut. Jika anak anda berambut lebat, pastikan rambutnya tidak bergumpal sebelum anda mencucinya. Berapa kerap pun anda mencuci rambut si manja, pastikan anda menggunakan syampu yang bebas wangian, hypoallergenic (tidak menimbulkan alahan) dan mesra bayi serta kanak-kanak.

Elakkan rambut kusut
Bagi mengelakkan kekusutan rambut atau masalah rambut bergumpal (terutama jika anak anda berambut lebat dan keriting), gunakan perapi rambut yang mesra bayi selepas bersyampu. Ada juga produk syampu yang digabungkan dengan perapi bagi memudahkan ibu bapa mencuci kepala bayi. Bagi mengatasi masalah rambut bergumpal, semburkan rambut si manja dengan perapi bayi tanpa bilas dan kemudian sikatkannya dengan lembut.

Keringkan rambut
Keringkan rambut anak anda dengan cara lap rambutnya menggunakan tuala lembut, secara perlahan-lahan supaya dapat mengelakkan rambut kusut dan rosak. Selain itu, jangan ‘memerah’ rambut secara kasar kerana perbuatan itu akan hanya menyebabkan kerosakan pada rambut si kecil.

Sikat apabila kering
Jika anda ingin menyikat rambut si kecil selepas mencuci rambutnya, elakkan daripada menggunakan sikat bergigi rapat kerana rambut yang basah terdedah kepada kerosakan. Justeru, anda digalakkan menggunakan sikat bergigi jarang apabila menyikat rambut basah. Jika rambut si kecil sudah kering, anda boleh menggunakan berus rambut atau sikat bergigi rapat. Memberus rambut dapat membantu merangsang kapilari darah dan meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala si manja. Selain itu, dengan memberus rambut juga dapat membantu dalam merangsang kelenjar minyak dan hormon bagi mengekalkan minyak semula jadi pada rambut.

Gayakan rambut si kecil!
Jika anda ingin menggayakan si kecil dengan aksesori kepala, pastikan aksesori tersebut selamat untuk si manja anda. Contohnya, klip rambut bayi tersemat rapi pada rambutnya tanpa mengundang risiko klip tersebut tercabut dan memungkinkan si kecil tercekik. Selain itu, jika anda bercadang untuk menggayakan rambut anak seperti membuat tocang, ponytail atau sanggul, elakkan daripada menarik rambut anak anda terlalu ketat kerana tekstur rambutnya yang masih rapuh.

Stail rambut yang tepat
Tahukah anda, stail rambut si manja juga penting dalam membantu penjagaan rambutnya? Dengan potongan rambut yang betul dapat memudahkan anda dan si kecil menjaga rambutnya. Sekiranya anak anda jenis lebat atau ikal, potongan layer mungkin dapat membantu mengurangkan gumpalan rambut. Bagi mendapatkan gaya rambut yang sesuai, anda boleh meminta pendapat pendandan rambut anak anda.

7 tips penjagaan kulit kepala dan rambut bayi

>Pilihlah syampu bayi yang tidak memberikan kesan iritasi pada kulit kepala dan tidak memedihkan mata bayi. Kebanyakan syampu bayi direka khusus untuk membersih dengan lembut dan melembap, serta melindungi kulit kepala dan rambut bayi untuk lebih lembut.

>Carilah syampu bayi yang tidak mengandungi alkohol dan bebas sabun.

>Selain itu, cari syampu bayi yang mengandungi fungsi tidak menimbulkan alahan serta diuji secara dermatologi.

>Kadangkala, syampu yang mengandungi wangian boleh menyebabkan anak anda mengalami kulit sensitif dan kulit kering.

>Syampu yang diperbuat berasaskan bahan semula jadi dan organik adalah yang terbaik.

>Bagi menarik minat si manja menyukai air dan bersyampu, carilah syampu yang mempunyai formula tidak memedihkan mata.

>Formula khusus – Jika anak anda mengalami masalah ekzema atau kulit sensitif, cari syampu yang dirumus khas untuk masalah tersebut

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan