HomeBlogPenjagaan Gigi Kanak-kanak

Penjagaan Gigi Kanak-kanak

Pernahkah anda lihat anak kecil mengalami masalah gigi hitam? Tentunya ia mencacatkan penampilan si manja! Senyuman kanak-kanak kurang serinya jika mempamerkan gigi hadapan yang sudah rosak dan berwarna hitam. Kerosakan atau karies gigi bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, sebaliknya kanak-kanak juga menghadapi masalah gigi rosak. Mengapakah hal ini berlaku?

Gigi pertama

Gigi pertama si manja akan mula tumbuh semasa usianya 6 bulan dan kesemua 20 batang gigi akan tumbuh sehingga usianya 3 tahun. Dalam memastikan anak-anak mendapat gigi yang baik dan sihat, ibu bapa memainkan peranan penting dengan menitikberatkan keperluan penjagaan oral mereka.

Walaupun gigi pertama anak anda masih belum tumbuh, anda masih perlu membersihkan mulut anak anda menggunakan kain bersih. Pastikan gigi dan gusi dibersihkan secara rutin bagi mengelakkan kerosakan pada gigi. Jika gigi anak anda sudah tumbuh, perkenalkan kepadanya berus gigi bayi.

Jumpa doktor gigi

Bilakah kali pertama anda perlu membawa anak berjumpa doktor gigi? Rata-rata ibu bapa membawa anak berjumpa doktor gigi semasa gigi anak sudah rosak. Sepatutnya, anda tidak perlu menunggu sehingga gigi anak rosak untuk membawanya ke klinik gigi. Sekiranya anak anda tidak mengalami masalah gigi, anda juga boleh membawanya ke klinik gigi bagi mendapatkan pemeriksaan. Doktor akan memeriksa giginya dan memberitahu status kesihatan gigi dan mulut.

Lawatan ke klinik gigi secara berkala adalah sangat penting supaya penjagaan dan pencegahan awal dapat dilakukan. Sebaik-baiknya, bawalah anak anda berjumpa doktor gigi setiap enam bulan sekali bagi mengetahui status gigi dan mengatasi masalah gigi rosak.

TAHUKAH ANDA?

Kerosakan atau karies gigi bayi boleh bermula sejak gigi pertama tumbuh.

Cara lindungi gigi kanak-kanak

Anda boleh menghalang kerosakan gigi anak dengan memulakan penjagaan giginya sejak awal. Ikuti langkah-langkah di bawah bagi mengelakkan kerosakan kaviti dan memastikan giginya sihat.

Ajar berus gigi

Memberus gigi penting dan perlu dimulakan sejak awal. Sebelum bayi anda tumbuh gigi, anda boleh mula membersihkan kawasan gusinya dengan menggunakan air atau kain lembut. Apabila gigi sudah tumbuh, berus giginya dua kali sehari dengan menggunakan berus gigi khas untuk bayi dan ubat gigi berflorida.

Elakkan hisap botol sebelum tidur

Penggunaan botol yang mengandungi jus atau susu secara berterusan akan menyebabkan kerosakan pada gigi kanak-kanak. Minuman manis akan melekat pada giginya sekali gus menyebabkan pengumpulan bakteria dan mengundang kerosakan gigi.

Kurangkan jus

Ramai ibu bapa yang menganggap jus adalah pilihan minuman yang sihat untuk anak-anak. Namun, sebenarnya pengambilan jus yang berlebihan boleh membawa kepada kerosakan gigi. Hadkan pengambilan jus untuk anak anda terutama yang mengandungi gula.

Kawal pemakanan anak anda

Kanak-kanak memang gemarkan makanan yang manis. Namun begitu, anda perlu kawal pengambilan makanan yang mengandungi gula terhadap kanak-kanak. Jika anak anda makan atau minum yang manis, latih anak anda untuk terus memberus gigi atau sekurang-kurangnya berkumur-kumur dengan air kosong selepas makan atau minum.


Sumber: www.webmd.com

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan