HomeBlogPelihara Kelembutan Kulit Si Manja

Pelihara Kelembutan Kulit Si Manja

Penjagaan bayi bukan sahaja merangkumi tentang penjagaan kesihatan, bahkan juga termasuk soal penjagaan kulit si manja. Kita sedia maklum bahawa kulit bayi baru lahir adalah bersifat sensitif. Jika tidak dipelihara dengan baik, tidak mustahil kulit si manja yang halus dan lembut akan berdepan dengan masalah seperti kekeringan, ruam ataupun mengalami iritasi kulit.

Kulit bayi baru lahir dilindungi oleh lapisan yang dipanggil verniks, yang lazimnya akan menggelupas secara semula jadi pada minggu pertama selepas kelahirannya. Anda tidak perlu menggosok atau merawat kulit si manja dengan menggunakan krim atau losen kerana ia akan menghilang secara semula jadi. Berikut kami sediakan tips untuk melindungi kulit bayi baru lahir daripada mengalami ruam dan alergik:

1. Elakkan daripada memandikan bayi anda terlalu kerap. Bayi baru lahir yang kerap dimandikan (iaitu lebih daripada tiga kali seminggu) akan menyebabkan kulit mereka kehilangan minyak semula jadi yang berfungsi untuk melindungi kulit si manja. Hal ini sekali gus memungkinkan kulit bayi menjadi kering dan mendapat ekzema.

2. Jangan gunakan produk yang mengandungi pewangi, bahan kimia dan peluntur pada kulit bayi. Anda disarankan untuk mencari produk mesra bayi bagi memelihara kesihatan dan kehalusan kulit si manja.

3. Gunakan sabun basuh mesra bayi yang bebas pewangi dan peluntur untuk mencuci pakaian, cadar dan selimut bayi. Pastikan juga cucian yang anda lakukan berasingan dengan pakaian anda seisi keluarga.


INFO
Bagi bulan pertama kelahiran si manja, gunakan span mandian atau kain dan lap di badan si manja untuk membersihkan badannya.


Bagi mengelakkan kulit si manja kering, iritasi, kegatalan atau ekzema, cuba tips di bawah:

• Mandikan si manja hanya sekali seminggu

• Hadkan penggunaan produk yang mengandungi wangian. Jika kulit bayi anda kering, gunakan minyak urut atau losen pada bahagian kulit yang kering

• Pakaikan si manja pakaian yang nipis, atau diperbuat daripada kain kapas

• Jika bayi mengalami ekzema, berjumpalah dengan pakar pediatrik untuk mendapatkan krim atau losen bagi merawat masalah ekzema

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan