HomeBlogAwas! Pelampung Leher Adalah ‘Perangkap Maut’ Buat Bayi Anda!

Awas! Pelampung Leher Adalah ‘Perangkap Maut’ Buat Bayi Anda!

Penglibatan anak kecil dalam aktiviti berenang sejak kecil lagi sememangnya sesuatu yang menarik dan menerujakan kerana ia memberi mereka ruang untuk bergerak bebas dan bereksplorasi. Malah, ada ibu bapa yang membawa bayi berumur lima bulan ke atas untuk mengikuti kelas renang. Kelas renang akan mengajar si kecil bagaimana untuk menahan nafas dalam masa yang singkat dan muncul ke permukaan air.

Namun ada juga ibu bapa yang memilih untuk menggunakan pelampung leher untuk tujuan keselamatan. Pelampung leher buat si manja makin popular di kalangan ibu bapa dan ramai yang mengenakannya kepada si bayi ketika mandi di kolam renang mahupun ketika bermandi-manda di rumah. Tetapi tahukah anda bahawa pelampung leher ini adalah perangkap maut buat si manja?

Bahana memakai pelampung leher pada si manja

STA serta Birthlight, dua badan organisasi di UK yang menyediakan kelas renang buat anak kecil menasihati ibu bapa agar berfikir sebetul-betulnya sebelum mengenakan pelampung leher kepada si manja. Ini adalah kerana pelampung leher berpotensi tinggi untuk mengakibatkan kemalangan yang merbahaya.

Dalam sebuah laporan, mereka turut mengingatkan ibu bapa risiko kesan jangka masa panjang penggunaan pelampung leher keatas fizikal si manja, perkembangan emosi serta saraf. Pelampung leher berisiko tinggi untuk kempis dan seterusnya membuatkan si manja berisiko untuk lemas. Perlu diingatkan juga bahawa kulit si manja amat lembut dan rapuh, jahitan pada pelampung boleh mengasari kulit mereka dan seterusnya membuatkan mereka terluka.

Penggunaan pelampung leher membataskan pergerakan si manja dan ianya boleh mengakibatkan implikasi negatif buat jangka masa panjang ke atas fizikal serta saraf mereka. Keseluruhan berat bayi ditampung oleh pelampung yang dikenakan pada leher si manja. Dengan keadaan kaku sebegitu, ianya boleh menimbulkan ketegangan di ligamen serta otot bayi dan seterusnya mengakibatkan kecederaan. Amat merbahaya sekali buat si manja yang berumur lima bulan ke bawah, kerana mereka masih tidak boleh bergerak.

Perkembangan fizikal si manja bermula dengan gerakan kecil dari kepala ke bawah dan diikuti dengan mereka menggulingkan badan. Gerakan ini akan menjadi terbatas apabila mengenakan pelampung leher. Ia juga boleh menghalang perkembangan fizikal tulang punggung bayi. Ini kerana ianya membataskan pergerakan tulang punggung bayi dan kemudiannya meninggalkan kesan ke atas mereka. Tulang si manja tidak cukup kuat untuk membantu mereka belaajr duduk, berdiri serta berjalan.

Bersantai di dalam air menggunakan pelampung dipercayai boleh membantu menghilangkan tekanan bagi orang dewasa dan ianya bertentangan buat si manja. Mereka seharusnya tidak dibiarkan terasing dan jauh dari pergaulan dengan orang lain. Ini boleh memberi impak negatif ke atas emosi mereka bermula dari peringkat bayi lagi. Mereka akan mempunyai masalah untuk bergaul dan berkomunikasi apabila meningkat besar.

Tips mengawasi anak di kolam renang

1. Awasi gerak-geri si kecil

Ibu bapa jangan sesekali tinggalkan si manja tanpa pemantauan orang dewasa. Walaupun air kolam cetek, ianya tetap merbahaya buat si manja. Jangan sesekali tinggalkan walaupun untuk sebentar sahaja.

2. Di bawah pantauan orang yang bertauliah dan profesional

Amat lah digalakkan buat ibu bapa untuk menggunakna khidmat pelatih renang yang bertauliah dan profesional. Ini untuk mengelak sebarang kemungkinan berlaku. Jika anda tiada sebarang pengalaman dalam membiarkan si manja berenang, minta lah khidmat pelatih bertauliah.

3. Bermula pada umur yang sesuai

Sebelum berdaftar untuk sebarang kelas renang, dinasihatkan untuk meminta nasihat pakar dahulu. Kebiasaannya umur yang dibenarkan ialah enam bulan ke atas. Ianya berisiko untuk mula berenang di peringkat terlampau awal atas faktor kesihatan dan kemampuan fizikal.

4. Menggunakan pelampung yang selamat

Penggunaan pelampung amat membantu si manja tetapi ianya perlu lah pelampung yang selamat dan diluluskan. Jika anda tidak pasti, sebaiknya minta nasihat daripada pakar sebelum membeli.

Kelengkapan sebelum berenang buat si manja

1. Baju renang yang sesuai

Sebelum memasuki kolam renang, pastikan si manja dipakaikan baju renang yang bersesuaian. Ibu bapa perlu ambil kira faktor cuaca untuk mengelakkan si manja daripada kesejukan yang melampau. Jika kelas renang berjalan pada waktu pagi, sudah semestinya suhu kolam sedikit sejuk. Maka, kenakan pakaian renang yang lengkap dan lebih baik jika ianya thermal untuk mengekalkan haba badan.

2. Krim pelindung matahari

Jangan biarkan si manja berjemuran di bawah sinaran matahari yang terik. Jika anda pergi ke kolam renang ‘outdoor’, pastikan krim pelindung matahari sudah dipakaikan dengan lengkap untuk menjaga kulit lembut mereka. Krim pelindung matahari boleh didapati di kesemua farmasi.

3. Lampin khas untuk berenang

Lampin pakai buang yang biasa dikenakan tidak sesuai untuk dibawa berenang. Lampin tersebut akan menyerap air dan menambahkan berat buat si manja. Malah, si manja akan berasa tidak selesa. Pilih lampin khas untuk berenang yang kalis air dan selesa. Ianya boleh didapati di kedai-kedai.

Bawa si manja anda berenang di sini

Kelas renang perlu dikendali oleh tenaga pengajar yang bertauliah dan profesional. Ini untuk mengelak daripada sebarang kemungkinan kemalangan yang boleh terjadi kepada si manja. Jika anda berminat untuk membawa si manja mengikuti kelas renang, berikut adalah senarai lokasi-lokasi yang boleh dipertimbangkan:

1. Putrajaya Effective Swimming Academy
Putrajaya Effective Swimming Academy menyediakan kelas renang untuk bayi bermula umur 6 bulan sehingga 46 bulan. Kelas renang tanpa had selama enam bulan dikenakan dengan bayaran sebanyak RM500 sahaja. Bayaran ini sudah termasuk untuk caj kolam renang. Hari dan waktu untuk kelas renang adalah dua sesi pada hari Sabtu iaitu 10 pagi serta 6 petang dan juga 10 pagi pada hari Ahad.  Lokasi untuk kelas ini adalah di Palm Garden Hotel Resort City, Putrajaya.
Website: http://www.pesa2u.com/aqua-baby-swimming-class

 

2. Splashastik Swim School 

Swim ‘4’ Babies, kelas renang untuk anak kecil yang berumur 6 bulan sehingga 30 bulan. Kelas renang ini dikendali oleh mereka yang terlatih dan Splashtastik Swim School ini mengikuti piawaian tertinggi oleh Swim School International (SSI). Bayaran yuran adalah RM50 untuk pendaftaran serta RM500 untuk lapan kelas sepanjang dua bulan. Kelas renang ini bertempat di Splash Aquatic Centre, Seksyen 7 Shah Alam.

Website: http://www.splashtastik.com/swim4babies

3. Swim Malaysia

Swim Malaysia juga turut menyediakan kelas renang untuk bayi yang secara berkumpulan di Indoor Heated Mineral Pool di Kota Damansara. Yuran untuk kelas ini adalah sebanyak RM600 satu semester. Anda juga boleh memilih kelas peribadi mengikut masa dan hari yang diingini. Kelas individu berharga RM500 serta RM30 untuk yuran pendaftaran.

Website: http://www.swimminglesson.com.my/baby-swimming-lesson/

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan