Pasti Kering, Melindungi Daripada Kerengsaan, Serasi Sentiasa
Pasti Kering, Melindungi Daripada Kerengsaan, Serasi Sentiasa
HomeBlogPasti Kering, Melindungi Daripada Kerengsaan, Serasi Sentiasa

Pasti Kering, Melindungi Daripada Kerengsaan, Serasi Sentiasa

Terlalu banyak jenama lampin di pasaran, bukankah begitu? Kadang-kadang perkara ini merumitkan para ibu bapa yang sedang cuba memilih lampin yang paling sesuai untuk bayi mereka.

Lazimnya, disebabkan tidak tahu cara membuat pilihan yang tepat, sesetengah ibu bapa  membeli lampin pakai buang tanpa mengkaji terlebih dahulu samada ia sesuai ataupun tidak untuk kegunaan bayi mereka. Sesetengah ibu bapa, disebabkan kekurangan informasi, menganggap bahawa semua lampin pakai buang adalah sama sahaja. Adalah tidak digalakkan untuk bersikap sewenang-wenangnya semasa membeli lampin pakai buang bayi tanpa membuat penilaian terlebih dahulu sama ada ia terbaik untuk anak anda atau sebaliknya.

Jika dilihat dari sudut pembungkusan dan harga, mungkin sesetengah produk kelihatan seakan akan sama, namun tahukah anda ia berbeza dari segi bahan rumusan, kajian yang dijalankan dan sebagainya. Harus diketahui, sekiranya, anda tersalah membuat pemilihan, kesannya akan terkena pada bayi anda. Justeru itu, adakah anda pasti jenama lampin yang anda pakaikan pada si manja sekarang adalah pilihan lampin pakai buang terbaik?

Tepuk dada tanya selera. Jika anda tidak begitu puas hati dengan produk tersebut, segeralah bertukar kepada produk keperluan semasa bayi yang terkemuka, iaitu Drypers DryPantz!

Drypers merupakan jenama produk keperluan bayi yang terkenal di Asia. Lampin pakai buang Drypers DryPantz pasti akan memberi kepuasan kepada para ibu bapa. Direka khas untuk setiap peringkat tumbesaran bayi, Drypers DryPantz membolehkan Si Manja menerokai dan membesar dengan bebas serta mencapai potensi sepenuhnya sebab ia sesuai (FIT) untuk keperluan bayi, ibu bapa dan alam persekitaran.

Tidak kira bayi berada di peringkat berbaring, merangkak atau aktif bergerak,  Drypers DryPantz sangat digalakkan untuk ibu bapa baru kerana ia akan memberikan keselesaan dan melindungi Si Manja daripada kebocoran serta kekal kering selama 10 jam dengan penyerapan berkesan 6 Absorb Dry Layer. Penunjuk Kebasahan memudahkan ibu bapa kerana mereka hanya perlu tukar lampin apabila penunjuk kuning tukar menjadi biru. Keselesan bayi pun dijamin kerana lampin ini cepat menyerap urin dan hanya perlu ditukar apabila tiba masanya. Ibu bapa tidak perlu lagi bangun berulang kali di waktu malam untuk menukar lampin ynag basah kuyup. Yang agak istimewa juga adalah, lampin pakai buang Drypers Drypantz ini tidak mudah berbau.

Lampin seluar pemenang anugerah ini mempunyai Pro-Skin pH Balanced Layer untuk melindungi bayi daripada kerengsaan dengan permukaan yang kurang berasid agar kulit bayi sentiasa sihat. Yang paling penting sekali, Drypers DryPantz juga bergelar Eco Green dan mesra alam! Drypers adalah jenama lampin bayi PERTAMA di Asia yang diperakui oleh USDA sebab lampinnya diperbuat dengan bahan berasaskan tumbuhan yang boleh dibiodegradasi. Lampin seluar ini juga diperbuat tanpa bahan kimia yang berbahaya serta bebas daripada alergen, pasti selamat dan lembut pada kulit bayi yang halus.

Drypers DryPantz mudah disarungkan seperti seluar dan untuk menanggalkannya, hanya koyak, gulung, lekat dengan Easy Disposal Tape yang sedia ada, dan terus buang. Mudah, bukan? Dapatkan segera produk Drypers Drypantz di cawangan kedai terpilih hari ini! Hasilnya pasti membuatkan ibu bapa berpuas hati.

Drypers DryPantz telah memenangi Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk dalam kategori Lampin Seluar Pakai Buang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Facebook dan  Instagram mereka.

Leave a comment