HomeBlogPasangan Muda Ini Berkongsi Tips Menguruskan 3 Anak Kecil

Pasangan Muda Ini Berkongsi Tips Menguruskan 3 Anak Kecil

Kesemua ibu bapa akan berlumba-lumba mengejar nasihat atau tips menguruskan anak yang terbaik untuk dicontohi. Ibu bapa mana yang tidak gemarkan nasihat yang berguna bukan? Sering kali kita lihat pasangan yang mempunyai anak kecil ini sering dikaitkan dengan rumah berselerak, ibu tidak terurus tidak cukup tiudr dan lebih hebat jika kesemua anak kecil adalah lelaki. Mereka sangat aktif sehingga tidak terjagakan.

Basyirah Ahmad berkongsi di laman facebook miliknya mengenai perkongsian oleh sepasang pasangan muda bagaimana mereka menguruskan anak kecil tiga orang. Ikuti tips yang diberikan dan selamat mencuba!

Pasangan muda, suami isteri bekerja tetapi anak teratur dan tidak banyak karenah

Rumah dalam keadaan teratur dan kemas seperti tiada anak kecil

Apa petua pasangan muda ini?

Menguruskan anak dengan tip-top adalah satu petua yang memang dicari-cari oleh semua ibu bapa. Walaupun sudah banyak membaca buku dan meminta nasihat dari kenalan, kadang-kadang bukan semua petua atau nasihat boleh diterimapakai pada anak-anak. Jom lihat 4 petua menarik dan berkesan dari pasangan muda ini:

1. Ibu jangan turut sama mengamuk apabila anak kecil menangis

Sering kali apabila anak kecil mula merengek ibu lah yang akan paling cemas dan kelam-kabut sekali. Waktu si kecil sudah mula berguling dan menghempaskan diri ke lantai dengan menangis sekuat-kuatnya, emosi ibu pun akan turut sama naik.

Nasihat di sini ialah, jika anak mula “tantrum”, biarkan sahaja dan tidak perlu untuk menjerit-jerit. Bila mereka sudah penat menangis, maka mereka sendiri akan diam. Bila semuanya kian reda, waktu itulah peranan ibu untuk peluk anak seerat-eratnya dan berikan nasihat. Jangan pujuk kerana itu akan melemahkan si kecil dan mereka akan mula merengek lagi.

2. Pastikan anak mendapat masa tidur yang secukupnya

Waktu tidur si kecil memang perlu dijaga. Biasakan untuk biarkan anak melakukan dengan sendiri iaitu mandi dan pakai baju tidur apabila sudah senja. Jika anak keluar bermain, pastikan mereka sudah balik ke rumah sebelum waktu Maghrib agar jadual mereka tidak terganggu. Jika ibu arahkan anak untuk masuk tidur, ibu juga perlu lakukan perkara yang sama. Berikan contoh yang baik buat mereka. Jangan pula suuh anak masuk tidur, tetapi si ibu dan ayah masih lagi menonton televisyen lewat malam.

Paling bagus jika ibu boleh temankan anak-anak tidur sekejap. Bacakan buku cerita dan cium pipi mereka sebelum tidur. Ini lah masa terbaik untuk tunjukkan kasih sayang seorang ibu pada anak.

3. Berikan mereka ruang dan masa untuk bermain

Anakanak jatuh dan luka kecil itu adalah perkara biasa yang tidak perlu dipandnag serius. Biarkan jika rumah bersepah sewaktu mereka bermain, ini lah masa untuk mereka belajar dan ibu jangan marah-marah. Tetapi pantau kebebasan mereka bermain dengan berikan masa. Lepas tamat waktu bermain, didik mereka untuk kemaskan semula mainan masing-masing. Lama kelamaan mereka akan terbiasa sehingga besar.

Untuk nak tarik minat mereka mengemas mainan, lakukan cabaran seperti siapa yang siap kemas dahulu menang. Kanak-kanak amat sukakan permainan lumba ini. Apabila sudah siap kemas, berikan mereka pujian. Jangan pula menyindir mainan tidak disusun dengan betul dan sebagainya pula.

4. Jangan biasakan diri untuk sering pukul anak

Ini adalah satu kesalahan yang paling biasa dilakukan oleh ibu bapa. Jika anak melakukan kesalahan, jangan biasakan diri untuk memukul mereka berulang-kali. Kalau mahu rotan, rotan sekali sudah mencukupi tetapi rotan itu mesti kena sakit sampai menangis. Dengar seperti kejam, oleh itu hati memang perlu betul-betul kuat untuk didik anak.

Lepas rotan, biarkan anak sendirian dahulu. Ambil segelas air dan bacakan Al-Fatihah atau sebarang surah untuk mereka tenang. Kemudian, ibu boleh lah berbincang atau ‘slow talk’ dan bagi mereka makan. Waktu ini, beritahu apa kesalahan mereka dan jangan ulangi. Anak akan ingat sampai bila-bila dan tidak akan ulang. Jangan sikit-sikit mahu pukul, anak akan jadi kebal dan sudah tidak gerun lagi.

5. Ketahuilah tiada ibu bapa yang sempurna dari semua segi

Ibu muda ini juga berikan nasihat bahawa mereka juga masih belajar banyak perkara mengenai keibubapaan dan masih lagi bereksperimen mengikut cara-cara orang dulu. Pada nasihat yang baik jadikan ikutan, dan pada yang buruk jangan diikut.

Sebagai ibu bapa, tiada siapa yang sempurna dan tiada cara yang benar-benar betul. Jika anda pergi ke rumah saudara-mara atau kenalan yang mempunyai anak kecil jangan pula cepat menghukum. Rumahnya bersepah seperti tidak tahu menguruskan keluarga. Anda tidak tahu, mungkin dia berhempas-pulas menjadi seorang ibu bapa yang terbaik buat anak-anaknya.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan