HomeBlogPanduan Elak Anak Kencing Malam

Panduan Elak Anak Kencing Malam

Setiap ibu bapa pasti pernah berhadapan dengan masalah untuk mengajar anak bercerai lampin. Kanak-kanak yang bercerai lampin bukanlah boleh diajar sekali gus sebaliknya ia perlu dijalankan peringkat demi peringkat. Dalam proses anak bercerai lampin pula, anda pasti tidak terlepas daripada mengalami masalah anak kencing malam.

Setiap ibu bapa pasti pernah berhadapan dengan masalah untuk mengajar anak bercerai lampin. Kanak-kanak yang bercerai lampin bukanlah boleh diajar sekali gus sebaliknya ia perlu dijalankan peringkat demi peringkat. Dalam proses anak bercerai lampin pula, anda pasti tidak terlepas daripada mengalami masalah anak kencing malam.

Masalah kencing malam

Apa perasaan anda apabila sedang mengemas bilik anak dan anda dapati bau kurang menyenangkan daripada tilam anak anda?

Buat kesekian kalinya anak anda terkencing semasa tidur. Pasti anda akan geram apabila perlu memikirkan untuk menukar cadar dan menjemur tilam di luar setiap hari. Itu belum lagi dengan masalah menghidu bau hancing di dalam bilik.

Kadangkala kanak-kanak akan takut menceritakan kepada ibu bapa mengenai tabiatnya itu kerana bimbang dimarahi. Reaksi spontan ibu bapa sudah pasti akan memarahi anak tersebut. Lebih-lebih lagi, jika anak anda sudah memasuki sekolah rendah, pastilah perasaan malunya bertambah-tambah apabila dimarahi.

Kencing malam atau bedwetting adalah masalah yang biasanya berlaku pada kebanyakan kanak-kanak. Selalunya, masalah kencing malam atau istilah perubatannya, enuresis akan terhenti sendiri apabila kanak-kanak semakin membesar. Bagaimanapun, jika kanak-kanak sudah berusia lima atau enam tahun, tetapi masih lagi kencing malam, itu adalah keadaan yang tidak normal dan perlu dirawat.

Sesetengah ibu bapa mungkin berpendapat anak mereka kencing malam kerana malas atau takut untuk pergi ke bilik air pada tengah malam.

Sebelum membuat sebarang konklusi, anda perlu kenal pasti faktor yang berkait rapat dengan punca kanak-kanak kencing malam.

Antaranya ialah faktor keturunan, tidak dapat mengawal pundi kencing dan saiz ruang pundi kencing kecil serta kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.

Rawatan

Selain itu, kurangnya penghasilan hormon vasopressin semasa tidur juga menyebabkan kanak-kanak kencing malam. Vasopressin adalah hormon penting yang dapat mengurangkan penghasilan kencing pada waktu malam.

Justeru, sebagai ibu bapa, apakah yang boleh anda usahakan bagi merawat masalah kencing malam yang dihadapi anak anda? Ketahui panduan untuk mengelakkan masalah kencing malam.

Tips tangani anak kencing malam

  • Jangan berikan anak anda susu botol atau air dua hingga tiga jam sebelum tidur
  • Ajar anak anda membuang air kecil sebelum masuk tidur
  • Pasang lampu bilik air bagi memudahkan anak anda ke tandas jika terjaga daripada tidur
  • Buat permulaan, kejutkan anak anda untuk membuang air di tandas selepas beberapa jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan biasa dengan rutin tersebut
  • Jika anak anda tidak kencing malam, berikan pujian padanya semasa dia bangun daripada tidur
  • Jangan menghukum atau memarahi mereka jika mereka masih kencing malam
  • Ajar anak anda tentang kebersihan dengan memberitahu mereka mengapa tidak boleh kencing malam
  • Alas tilam dengan plastik atau pad lebar bagi menjaga kebersihan tilam daripada terkena air kencing
  • Luangkan masa bersama anak sebelum tidur. Berikan mereka pelukan dan ciuman sebelum tidur agar mereka rasa tenang
  • Gunakan kaedah hypnosis. Menurut pakar, itu adalah rawatan berkesan menangani masalah kencing malam kronik
  • Sebagai ibu bapa, anda perlu banyak bersabar. Sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi masalah ini. Anggap ia sebagai satu peluang untuk anda merapatkan diri dengan anak anda
  • Tiup semangat kepada anak anda untuk berhenti daripada kencing malam. Beritahu anak anda masalah kencing malam turut dihadapi oleh kanak-kanak lain. Terangkan kepadanya bagaimana masalah itu berlaku dan cara mencegahnya
  • Tetapkan jadual tidur untuk anak anda. Ajar anak anda untuk masuk tidur pada waktu yang sama setiap malam
  • Elakkan memberi anak anda minuman berkafein atau berkarbonat pada waktu malam. Kafein hanya akan membuatkan anak anda untuk kencing lebih kerap
  • Buat jadual tentang kencing malam anak anda. Ingat! Jadual yang dibuat bukan untuk memalukannya tetapi untuk memberi semangat kepadanya. Sebagai contoh, anda boleh tandakan bintang pada hari yang dia tidak kencing malam. Hal ini akan membantunya bersemangat untuk tidak kencing malam
  • Jika semua usaha tidak berhasil, mintalah bantuan doktor. Doktor akan memberikan ubat bagi menangani masalah kencing malam

Petua tradisional atasi masalah kencing malam

  • Cari sarang semut. Ambil sedikit tanah daripada sarang itu dan campurkannya dengan sedikit air. Kemudian, palitkan sedikit campuran tanah dan air tadi di bahagian peut dan belakang badan kanak-kanak yang kencing malam.
  • Sediakan madu lebah. Perahkan sedikit air limau nipis di atas satu sudu kecil madu lebah dan berikan kepada kanak-kanak yang kencing malam. Amalkannya setiap pagi dan sebelum tidur.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan