HomeBlogPakej Perkahwinan Lengkap-Lengkap

Pakej Perkahwinan Lengkap-Lengkap

Lambakan butik-butik perkahwinan dan katerer perkahwinan yang menyediakan pelbagai pakej perkahwinan lengkap memudahkan bakal pengantin mencari dan memilih pakej yang dikehendaki sesuai dengan bajet yang ada.

Dengan perkembangan dunia internet, memudahkan lagi pencarian pakej perkahwinan lengkap ini.

Untuk memudahkan lagi pencarian pakej perkahwinan lengkap ini, disertakan beberapa syarikat sekitar Kuala Lumpur yang menawarkan pakej menarik.

Bizmilla Wedding Centre

Menawarkan pakej-pakej perkahwinan lengkap sekitar Kuala Lumpur dan Selangor seperti di Subang, Cheras dan Kajang.

Rata-rata pakej perkahwinan yang ditawarkan adalah untuk 1,000 tetamu jemputan, lengkap dengan dewan kahwin berhawa dingin, pakej katering perkahwinan, pelbagaian juadah dari menu utama, menu makan beradap, buah-buahan hingga ke pencuci mulut, kek pengantin, pakej pelamin lengkap dengan dekorasi, busana pengantin lengkap dengan Andaman.

Hidangan yang menjadi signature dish bagi Bizmilla Wedding Centre ini adalah Nasi Arab Bizmilla, Nasi Beriyani Bizmilla dan Daging Masak Rempah Bizmilla yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Bizmilla juga menyediakan sistem audio percuma lengkap dengan DJ, sistem Karaoke, pengacara majlis, fotograpi percuma, viedograpi percuma dan Album Photobook.

Untuk melihat pakej, sila layari > https://kahwin.feedmyguest.com/katerer/bizmillacatering

Felda D’ Saji

Memiliki lebih daripada sepuluh lokasi perkahwinan indoor dan outdoor sekitar Kuala Lumpur dan Selangor seperti di Gombak, Petaling Jaya, Bangi, Kota Damansara, Kelana Jaya, Kajang, Putrajaya dan Shah Alam, Felda D Saji adalah antara penyedia pakej perkahwinan lengkap yang popular di Lembah Klang.

Lokasi perkahwinan yang disediakan biasanya boleh memuatkan lebih daripada 700 jemputan dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan tetamu seperti bilik VVIP, bilik untuk majlis akad nikah, bilik persalinan, tempat letak kereta, surau dan banyak lagi. Menariknya, setiap lokasi perkahwinan ini mempunyai konsep dan keunikannya yang tersendiri.

Pakej perkahwinan lengkap yang ditawarkan oleh Felda D’ Saji meliputi dewan kahwin, pakej pelamin, hiasan, katering perkahwinan dan banyak lagi. Dewan yang disediakan berkonsepkan mewah dan elegan manakala pencahayaan lampu LED digunakan bagi menaikkan lagi majlis kahwin.

Bukan itu sahaja, Felda D’Saji juga memiliki pakar –pakar yang berpengalaman dalam mengendalikan majlis perkahwinan.

Selain itu, keenakan juadah kenduri kahwin yang disediakan oleh Felda D’ Saji memang enak dan menyelerakan. Berbekalkan pengalaman selama 25 tahun dalam perkhidmatan katering perkahwinan, tidak hairanlah perkhidmatan katering Felda D’ Saji menjadi pilihan ramai pasangan pengantin.

Untuk melihat pakej, sila layari > https://kahwin.feedmyguest.com/katerer/dulangselerafeldadsaji

Segi Seri

Menyediakan pakej tunang, pakej nikah, pakej perkahwinan lengkap, pakej dewan dan pakej khemah di enam lokasi eksklusif di sekitar Shah Alam dan Klang. Dengan pakej serendah RM35 hingga RM99 seorang untuk jumlah jemputan minima 500 hingga 1,000 orang, ia menyediakan hidangan utama dan makanan beradap serta sudut kopi yang menyelerakan, set Dome, sistem audio, bunting, hadiah ekslusif untuk tetamu, penginapan di rumah inap desa untuk pengantin dan keluarga, kereta mewah, kad kahwin Hard Cover, busana pengantin lengkap dengan Andaman serta aksesori dan hiasan dekor untuk pelamin.

Turut disertakan dalam pakej adalah Live Band, pakej DVD, skrin projector, videograpi, fotograpi, album gambar, sesi outdoor, kompang, kek pengantin dan pakej bulan madu beserta Spa.

Segi Seri juga menyediakan sesi Food Tasting untuk mereka yang menempah pakej perkahwinan

Untuk melihat pakej, sila layari > https://kahwin.feedmyguest.com/katerer/segiseri

Planet Khemah

Berpengalaman dalam industri perkhidmatan dan sewaan peralatan majlis kahwin dan majlis keramaian khususnya di sekitar kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, ia berfungsi sebagai pusat sehenti untuk keperluan sewa acara.

Dalam bidang pengurusan majlis kahwin pula tidak kira dalam jumlah kecil mahupun lebih daripada 1,000 tetamu jemputan, Planet Khemah memastikan segala keperluan pelanggan merangkumi Andaman dan Solekan, Busana Pengantin, Koleksi Pelamin terkini, Koleksi Dekorasi terkini, Katering Kahwin, Khemah dan Fotograpi dapat dilaksanakan dan menjadikan majlis yang dirancang berjalan dengan lancar.

Pakej dalam Dewan disediakan untuk jemputan antara 800 hingga 1,000 orang manakala Pakej Khemah pula ditawarkan untuk anggaran tetamu 500 hingga 800 orang atau 800 hingga 1,000 orang manakala Pakej Khemah Arabian Lutsinar sesuai untuk majlis kahwin yang diadakan pada waktu malam.

Untuk melihat pakej, sila layari > https://kahwin.feedmyguest.com/dewan/planetpengantinkajang

Astana Dewan Pengantin

Memiliki beberapa rangkaian dewan perkahwinan Astana, Astana Dewan Pengantin ini menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan lengkap yang menarik.

Selain menyediakan makanan yang menyelerakan, ia juga memberi kemudahan dewan selesa lagi eksklusif, perkhidmatan rumah rehat untuk tetamu, kereta berhias, penjaga tempat letak kereta, juru hebah majlis, pelayan terlatih dan Event Coordinator yang membantu sebelum dan sepanjang majlis kahwin

Dengan tema “Now everyone can afford to get married”, ia menyediakan pakej dan pelbagai kemudahan yang dapat memenuhi permintaan dan merealisasikan impian perkahwinan setiap bakal pengantin.

Untuk melihat pakej, sila layari > https://kahwin.feedmyguest.com/dewan/dewanpengantinastanaeramewah

Nurul Izzah Catering Sdn Bhd (NIC)

Mengapa anda perlu memilih pakej perkahwinan daripada katerer perkahwinan ini?

Ramai pasangan pengantin memilih Nurul Izzah Catering kerana menawarkan pakej-pakej perkahwinan menarik disamping berpeluang menikmati Pakej Bulan Madu 3 hari 2 malam di dalam dan luar negara bernilai sehingga RM1,800!

Menawarkan lapan pakej perkahwinan bermula serendah RM16.90 seorang hingga kepada RM69 seorang, ia juga menawarkan pakej yang lengkap dengan pakej khemah, pakej dewan, kek pengantin, perkhidmatan sistem audio dan goodies bag.

Selain pakej perkahwinan, ia juga menawarkan pelbagai pakej lain seperti Pakej Pernikahan, Pakej Tunang dan Doa Selamat untuk 100 pax bermula pada harga RM45 seorang. Manakala Pakej Aqiqah Penuh bermula pada harga RM49.90 seorang.

Untuk melihat pakej, sila layari > https://kahwin.feedmyguest.com/katerer/nurulizzahcatering

Nirwana Caterer Deco

Bermula dengan teratak Cinta Nirwana yang berkonsepkan perkahwinan di rumah, kini syarikat katering perkahwinan terbuka itu boleh berbangga dengan terbinanya satu mahligai indah khusus untuk pasangan pengantin mengadakan majlis kahwin  idaman di situ.

Dewan besar itu dibina di kawasan perumahan elit di Taman Tasik Ampang Hilir mampu memberi impak perkahwinan eksklusif yang diidamkan oleh pasangan yang mendambakan majlis kahwin yang gilang-gemilang memandangkan ia boleh menempatkan antara 500 hingga 1,000 orang jemputan.

Menariknya, Nirwana Caterer ini sering mengadakan promosi bagi pakej dewan serta pakej kanopi dan harga istimewa akan diberikan kepada mereka yang ingin menempah bersama katerer perkahwinan
Untuk melihat pakej, sila layari > https://kahwin.feedmyguest.com/katerer/nirwanacatererdeco

Seri Keningau Sdn Bhd

Selain menawarkan pakej-pakej perkahwinan kepada pasangan mempelai, Seri Keningau Sdn Bhd juga menawarkan perkhidmatan Perunding Perkahwinan ata Wedding Planner serta pakej katering perkahwinan bagi menyempurnakan majlis kahwin yang bakal diadakan.

Seri Keningau Wedding menyediakan tiga pilihan pakej perkahwinan bermula dari Pakej Asas yang menyediakan menu, kelengkapan dan leperluan asas majlis sahaja hingga Pakej Keseluruhan yang merangkumi semua keperluan majlis termasuk sewaan lokasi majlis kahwin, kelengkapan majlis kahwin, menu makanan, pelamin terkini beserta dekorasi, busana pengantin, persembahan majlis, makanan beradap dan bermacam-macam lagi mengikut kos perbelanjaan dan permintaan pasangan pengantin.

Pakej perkahwinan Seri Keningau bermula serendah RM8,997 untuk 1,000 jemputan sehingga RM25,997 bagi pakej khemah manakala harga serendah RM18,997 hinggalah RM28,997 bagi pakej dewan.

Untuk melihat pakej, sila layari > https://kahwin.feedmyguest.com/katerer/serikeningau

Anjung Catering

Menawarkan dua jenis pakej perkahwinan iaitu Pakej Perkahwinan Dewan dan Pakej Perkahwinan Rumah (Indoor) serta Outdoor.

Bagi pakej perkahwinan dewan, terdapat lima pakej yang ditawarkan iaitu Pakej Ekonomi, Pakej Barakah, Pakej Halaqah, Pakej Raudhah dan Pakej Najjah. Harga pakej-pakej ini bermula pada harga serendah RM6.90 hingga RM17 seorang.

Begitu juga bagi pakej perkahwinan rumah/outdoor/kanopi, lima pakej ditawarkan bermula pad harga serendah RM6.90 hingga RM18 seorang.

Untuk melihat pakej, sila layari > https://kahwin.feedmyguest.com/katerer/anjungcatering

Diharapkan saranan pakej perkahwinan di atas dapat membantu bakal-bakal pengantin di luar sana merealisasikan impian majlis kahwin yang diingini.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan