HomeBlogPakej Katering Dan Checklist Lain Untuk Persediaan Perkahwinan Anda

Pakej Katering Dan Checklist Lain Untuk Persediaan Perkahwinan Anda

Perkahwinan adalah salah satu hari bersejarah dalam kehidupan dan sudah pasti anda mahukan ianya berjalan lancer dan tersusun. Perkahwinan hanya berlaku sekali sahaja seumur hidup dan tidak hairan ramai yang sanggup melaburkan lebih masa dan wang ringgit untuk memastikan ianya berjalan lancar. Jika anda masih buntu dimana mahu dimulakan, ikutilah senarai checklist seperti yang tersedia di bawah ini. Anda perlu mencari pakej perkahwinan, pakej katering, bajet, persalinan baju, kad jemputan dan banyak lagi.

Tentukan Bajet Perkahwinan

Sebelum anda memikirkan tentang tema, baju pengantin, lokasi majlis dan sebagainya – tentukan dahulu berapa bajet yang anda mahu laburkan untuk majlis perkahwinan. Ianya penting agar kewangan anda tidak melampau dan melebihi had. Pastikan bajet tersebut bersesuaian untuk kedua-dua pihak dan mengikut kemampuan masing-masing.

Jangan lah membiasakan diri untuk bergadai emas atau memohon pinjaman kewangan yang melebihi had anda. Biarkan majlis ringkas tetapi meriah. Untuk mengelak perkara ini berlaku, mulakan menabung dari sekarang dan berjimat-cermat.

Pilih Tarikh dan Tempat Nikah

Perkara yang paling mustahak sekali perlu dilakukan adalah menentukan tarikh dan tempat nikah. Ini merupakan perkara paling utama sekali dalam checklist perkahwinan anda.

Kebiasaannya pasangan pengantin akan memilih cuti sekolah sebagai hari majlis kerana ia memudahkan tetamu untuk datang. Cuti umum juga sering menjadi tumpuan ramai dan hujung tahun adalah masa yang paling popular sekali.

Tempat nikah bergantung pada anda sendiri. Adakah anda mahu melangsungkan perkahwinan di rumah? Dewan? Hotel? Masjid? Ianya terpulang pada pasangan masing-masing dan kemudahan bagi kedua-dua pihak. Pastikan ianya dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan yang paling penting tidak melampaui bajet perkahwinan.

Tetapkan Konsep dan Tema Warna Majlis Perkahwinan

Ini merupakan masalah utama bagi pihak wanita. Banyak yang perlu difikirkan dari konsep dan tema pelamin, dulang hantaran, baju pengantin, tema warna untuk keluarga, tema khemah dan lain-lain lagi. Bagi memastikan semuanya berjalan lancar, anda perlu menetapkan dahulu tema dan konsep perkahwinan anda. Selepas itu, baru lah anda boleh memilih baju pengantin dan sebagainya. Checklist ini perlu ditetapkan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum majis agar anda tidak terlalu sibuk di hujung-hujung waktu menjelang hari bahagia anda.

Tempah Kad Kahwin

Kad kahwin kini ada bermacam jenis dan rekaan. Bukan hanya sekeping kertas biasa sahaja, terdapat banyak rekaan menarik dan unik yang boleh anda pilih. Luangkan masa bersama pasangan anda untuk membincangkan rekaan kad, kos Percetakan, harga pakej dan dimana mahu menempah. Jika anda kreatif, anda sendiri boleh membuat kad DIY dan ianya menjimatkan wang.

Tempah Persalinan Baju Raja Sehari

Pilih butik pengantin yang menjadi kesukaan anda dan tempah lah persalinan baju raja sehari mengikut citarasa sendiri. Jika anda sudah mempunyai butik pengantin kesukaan hati, pastikan anda cepat-cepat tempah hari dan waktu untuk berbincang bersama pemilik butik. Ini adalah untuk mengelak daripada pemilik butik tidak dapat memenuhi permintaan anda disebabkan oleh terlampau banyak pesanan. Anda boleh pilih samada persalinan tradisional, moden, gaun dan bermacam lagi.

Tentukan Menu Majlis dan Katering Pilihan

Selain daripada cantik dan gahnya majlis perkahwinan anda, antara perkara lain yang diingati oleh para tetamu adalah makanan yang dihidangkan. Makanan yang sedap dan terbaik akan menjadi perbualan tetamu-tetamu anda. Oleh itu, pastikan anda memilih khidmat katering dengan teliti dan berhati-hati.

Masih tercari-cari katering yang terbaik? Anda boleh layari lawan web ini yang menghidangkan senarai penuh pakej katering untuk ada pilih dari pakej katering di Kuala Lumpur, Johor, Penang, Ipoh dan banyak lagi lokasi lain. Ianya amat memudahkan kerja anda daripada mencari caterer satu per satu. Hanya perlu klik pada laman web kahwin.feedmyguest dan masukkan maklumat-maklumat yang berkaitan dan pilih lah mana-mana caterer mengikut bajet, kesukaan dan pilihan anda. Selamat melayari bahtera perkahwinan!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan