HomeBlogNutrisi Semasa Hamil

Nutrisi Semasa Hamil

VITAMIN SEMASA HAMIL

Orang tua-tua kata, ibu mengandung perlu makan untuk dua orang. Maksud ‘makan untuk dua orang’ ini bukanlah bermakna anda perlu gandakan setiap makanan yang anda makan. Meskipun orang hamil dikatakan perlu makan banyak untuk keperluan tubuh dan bayi dalam kandungan, namun pemilihan makanan yang diambil sehari-harian perlulah diberi perhatian. Makan pelbagai jenis makanan yang sihat semasa hamil dapat membantu anda untuk mendapat kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan semasa anda hamil.

TAHUKAH ANDA?

Vitamin dan mineral boleh didapati daripada makanan. Namun, semasa hamil, anda memerlukan suplemen tertentu atau vitamin pranatal untuk memastikan anda dan kandungan mendapat nutrien yang sepatutnya sepanjang kehamilan anda.

Asid folik

Asid folik merupakan vitamin paling penting yang perlu diambil oleh bakal ibu bagi mengurangkan risiko kecacatan tiub neural termasuklah spina bifida pada bayi. Justeru, wanita yang sedang merancang untuk hamil perlu mendapat 400mcg asid folik setiap hari. Begitu juga jika wanita tersebut telah disahkan hamil, pengambilan asid folik perlu diteruskan sehingga usia kandungan 12 minggu.
Selain itu, anda juga perlu makan makanan yang mengandungi folat (iaitu sumber semula jadi asid folik) seperti sayur-sayuran hijau dan beras perang. Sesetengah bijirin sarapan pagi juga mengandungi asid folik di dalamnya.

Vitamin D

Vitamin D berfungsi untuk menyerap kalsium dan fosforus, yang diperlukan untuk memastikan tulang dan gigi bayi kuat serta sihat. Anda memerlukan vitamin D semasa hamil untuk menyediakan bayi anda mendapat vitamin D yang mencukupi semasa bulan-bulan terawal kelahirannya. Justeru, anda memerlukan 10mcg suplemen vitamin D setiap hari semasa hamil sehingga semasa anda menyusukan si manja.
Vitamin D boleh didapati secara semula jadi dalam ikan berlemak seperti salmon, makerel dan sardin, telur serta daging. Selain itu, vitamin ini juga terdapat dalam sesetengah bijirin sarapan pagi, produk soya dan tenusu.

Zat besi

Jika anda mengalami masalah kekurangan zat besi dalam badan, anda akan mudah letih dan mungkin mengalami anaemia. Oleh itu, amat penting bagi wanita hamil untuk mendapatkan sumber zat besi dalam makanan seperti daging merah, sayur-sayuran hijau dan kekacang.

Vitamin C

Vitamin C berfungsi untuk melindungi sel dan memastikan sel bayi yang terbentuk sihat. Sumber vitamin C ialah buah-buahan dan sayur-sayuran termasuklah brokoli, tomato, buah sitrus, blackcurrant dan oren.

Kalsium

Kalsium penting untuk tumbesaran tulang dan gigi bayi. Produk tenusu dan ikan seperti sardin adalah kaya dengan kalsium. Selain itu, bijirin sarapan pagi, buah-buahan kering seperti aprikot dan buah ara, roti, kacang badam serta tauhu juga merupakan sumber baik kalsium.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan