HomeBlogMyopia di Kalangan Kanak-kanak

Myopia di Kalangan Kanak-kanak

Rabun atau myopia sering dialami oleh orang dewasa. Namun, jangan terkejut jika anda mendapati segelintir kanak-kanak turut mengalami gejala ini. Jika dibiarkan, masalah ini akan menjadi semakin parah dan sekaligus memberi kesan kepada masa depan kanak-kanak.

Apa itu Myopia?

Myopia atau bahasa mudahnya rabun jauh adalah ketidakupayaan untuk melihat dengan jelas pada satu-satu titik. Kanak-kanak yang mengalami myopia memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Cahaya yang masuk akan difokuskan ke bahagian hadapan retina mata. Ini menyebabkan objek yang kelihatan akan kabur dan sukar dilihat.

Gejala myopia boleh berlaku disebabkan oleh cara kanak-kanak menggunakan mata mereka, contohnya, meneliti kerja, melihat skrin televisyen atau komputer terlalu lama, aktiviti yang memerlukan konsentrasi pada mata dan juga perbuatan membaca atau melakukan kerja dalam keadaan yang tidak cukup cahaya. Sekiranya perlakuan ini dibiarkan, anak anda sedang menempah tiket untuk bergelar rabun.

Walau bagaimanapun, myopia juga boleh terjadi disebabkan keturunan. Ibu bapa yang mengalami masalah rabun berkemungkinan mendapat anak yang turut mengalami masalah yang sama.

Kanak-kanak yang duduk di rumah dan kurang terdedah kepada cahaya matahari turut menjadi salah satu faktor mereka mengalami gangguan penglihatan.

Adakah anak anda mengalami myopia?

Kanak-kanak pastinya tidak tahu jika mereka mengalami gangguan penglihatan! Contohnya, seorang kanak-kanak, Ahmad, 7 tahun cuba memakai spek mata kepunyaan kakak saudaranya. Ahmad memberitahu ibunya pandangan dia menjadi lebih jelas dengan memakai spek tersebut. Tahukah anda, itu mungkin tanda-tanda kanak-kanak itu mengalami masalah gangguan penglihatan? Ternyata selepas Ahmad dibawa berjumpa pakar mata, memang dia mengalami masalah rabun jauh yang kuat sehingga memerlukannya memakai kaca mata yang berpreskripsi tinggi!

Kes-kes seperti Ahmad sebenarnya adalah biasa dihadapi oleh kanak-kanak masa kini dek kerana terlalu banyak punca-punca yang menjurus kepada gangguan penglihatan mereka.

Sebagai ibu bapa, anda pastinya tidak mahu kes Ahmad berlaku pada anak anda. Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mengalami myopia, jalan terbaik adalah dengan memastikan aktiviti anak anda dikawal pada tahun pertama mereka, dan berterusan memantau kesihatan mata mereka dengan membawa berjumpa pakar pada usia mereka 3 tahun, dan sekurang-kurangnya dua tahun sekali selepas itu.

6 tanda anak anda perlu berjumpa pakar mata

Kebanyakan kanak-kanak tidak mahu memberitahu ibu bapanya jika mengalami masalah gangguan mata. Justeru itu, anda sendiri perlu peka mengetahui tanda-tanda mata mereka mengalami gangguan.

1. Gemar menggosok-gosok mata

2. Sensitif terhadap cahaya matahari

3. Jangka pemerhatian pendek

4. Sukar melihat objek dalam jarak jauh atau dekat

5. Kemerahan pada mata yang kronik

6. Mata kerap berair (bukan disebabkan menangis)

Jumpalah pakar

Pastikan anak anda dibawa berjumpa dengan pakar mata bagi mengetahui tahap kesihatan mata sekurang-kurangnya sekali atau dua kali setahun. Sebarang masalah mengenai gangguan mata perlu diketahui segera supaya tidak terlambat untuk dirawat.

Panduan memilih kaca mata yang tepat

Jika anak anda dikenalpasti mengalami masalah myopia, jangan berlengah untuk membeli kaca mata untuknya. Pemilihan cermin mata yang sesuai adalah penting bagi memastikan keselesaan kepada kanak-kanak.

1 Pilih bingkai yang sesuai

Pilih saiz bingkai yang sesuai dengan muka anak anda bagi mengurangkan ketebalan kanta setelah kaca mata siap dipasang. Jika anak anda mengalami prekripsi tinggi, kanta yang akan digunakan adalah tebal. Justeru itu, bingkai yang besar akan menyebabkan ketebalan kanta bertambah, sekaligus menyebabkan ketidakselesaan kepada kanak-kanak akibat kanta yang berat.

Jenis bingkai juga memainkan peranan bagi memastikan keselesaan dan ketahanan kaca mata. Selain itu, pilih bingkai yang terletak kemas pada batang hidung supaya kanak-kanak tidak akan berasa rimas semasa memakai kaca mata.

2 Pilihan anak

Biarkan anak anda memilih bingkai yang digemari kerana merekalah yang akan memakai kaca mata tersebut.

3 Kanta tahan lasak

Selain daripada bingkai, pemilihan kanta juga perlu dibuat dengan betul. Kanta yang baik perlulah mempunyai daya ketahanan yang tinggi, ringan dan mempunyai perlindungan UV.

4 Jaminan

Menjadi tabiat kanak-kanak bersifat lasak dan lincah. Justeru itu, pastikan kanta dan bingkai mempunyai jaminan semasa membeli kaca mata. Jika anda memilih kanta anti pecah, anda perlu dapatkan perakuan jaminan daripada kedai tersebut.

5 Pertimbangkan dua kaca mata

Kanak-kanak yang mengalami preskripsi tinggi perlu disediakan kaca mata tambahan kerana dikhuatiri kaca mata utamanya akan hilang atau pecah. Aktiviti harian mereka akan terganggu tanpa kaca mata. Anda mungkin boleh pertimbangkan untuk membeli sepasang kaca mata lasak untuk aktiviti luarnya dan sepasang lagi untuk kegunaan belajar.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan