HomeBlogMuzik Bentuk Perkembangan Minda

Muzik Bentuk Perkembangan Minda

Sejak lahir lagi, ibu bapa sudah mendedahkan anak-anak dengan zikir, alunan selawat atau dendangan lagu semasa menidurkan anak. Kuasa muzik secara tidak langsung pada ketika itu sudah dapat dirasai apabila bayi anda menjadi tenang dan tidur dengan lena apabila mendengar suara anda. Tidak dapat disangkal lagi, muzik berupaya menjadi terapi buat bayi dan kanak-kanak.

Muzik sebagai terapi

Muzik mempunyai kemampuan yang hebat dalam membentuk emosi seseorang tidak kiralah gembira, marah, sedih, geram atau sebagainya. Selain itu, keistimewaan muzik sebagai terapi telah lama digunakan dalam kehidupan tanpa kita sedari. Kajian membuktikan muzik berupaya memantapkan perkembangan bahasa, keupayaan pembelajaran dalam matematik, meningkatkan keupayaan memori dan intelektual kanak-kanak.

Memandangkan muzik itu sendiri menawarkan pelbagai manfaat kepada pendengarnya, terapi muzikal turut menggunakan muzik dalam hubungan terapeutik bagi masalah fizikal, emosi, kognitif dan keperluan sosial individu. Dalam terapi muzikal, muzik digunakan sebagai medium atau alat untuk mencapai sesuatu matlamat, termasuklah rangsangan kognitif, perasaan kendiri, kesedaran diri, interaksi sosial, komunikasi dan peningkatan perkembangan motor. Kesemua rangsangan ini memberikan nilai-nilai yang positif dalam perkembangan minda bayi dan kanak-kanak.

Tahukah anda?

Kajian menunjukkan terapi muzik menyokong keberkesanan dalam pelbagai bidang seperti:

• Pemulihan keseluruhan jasmani

• Meningkatkan motivasi dalam menghubungkan aktiviti pendidikan

• Menyediakan sokongan emosi untuk kanak-kanak

• Menyediakan medium untuk melontarkan perasaan

Muzik sebahagian daripada kehidupan

Kebanyakan pakar kanak-kanak bersetuju apabila bayi didedahkan kepada muzik, asalkan muzik tersebut bersesuaian, iaitu tidak terlalu kuat sehingga menyakitkan telinga bayi. Secara amnya, bayi mempunyai naluri yang kuat terhadap muzik. Lihatlah sahaja gelagat bayi yang semakin membesar apabila mereka mendengar muzik. Secara automatik mereka akan bergoyang dan menari apabila mendengar alunan muzik.

Menyedari akan hal itu, sewajarnya ibu bapa mendedahkan muzik kepada anak mereka dengan menjadikan muzik sebagai sebahagian dalam kehidupan.

Selain daripada memainkan muzik di corong radio atau televisyen, terdapat banyak lagi perkara yang melibatkan muzik boleh anda terapkan di rumah. Antaranya ialah:

Kegemaran muzik

Perhatikan minat anak anda terhadap muzik. Galakkan anak anda untuk merasai keistimewaan muzik dengan cara mendedahkan kepada mereka pelbagai genre muzik, dan lihatlah jenis muzik yang diminati.

Dalam hal ini, anda perlu memantau anak anda dan boleh memberikan saranan jenis muzik yang boleh mereka dengari.

Rasai keseronokan bersama

Semasa mendengar alunan muzik, anda tunjukkan minat yang sama dengan anak anda seperti bergoyang atau berdansa bersama mereka. Boleh juga memahami penggunaan pelbagai teknik muzik atau melakukan aktiviti semasa mendengar muzik bersama.

Menyanyilah

Sesekali hiburkan anak anda dengan alunan suara merdu anda. Anda boleh menyanyikan lagu kegemaran anak anda atau mengajak anak anda menyanyi bersama.

Sediakan alat muzik

Belikan instrumen muzik atau mainan muzikal untuk anak anda di rumah supaya dia boleh bermain atau meneroka alat muzik tersebut. Pendedahan awal muzik kepada kanak-kanak tidak dapat disangkal lagi akan manfaatnya. Jadi, pembelian alat muzik atau mainan muzikal tentunya bukanlah sesuatu yang membazirkan wang. Antara alat yang boleh anda pertimbangkan ialah harmonika, maracas, tamborin, dram, seruling, xylophone, piano, gitar atau ukulele.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan