HomeBlogMemilih Prasekolah Terbaik

Memilih Prasekolah Terbaik

Lazimnya, ibu bapa akan mula memasukkan anak mereka ke prasekolah sewaktu usia empat atau lima tahun. Jadi, semasa umur kanak-kanak tiga tahun lagi, ramai ibu bapa yang sudah mula mencari-cari prasekolah yang sesuai untuk anak mereka.

Mengapa perlu risau?

Tidak dinafikan, ramai ibu bapa yang bimbang untuk memasukkan anak mereka ke prasekolah. Selain memikirkan sama ada bolehkah anak menyesuaikan diri di sana, ibu bapa juga risau untuk membuat keputusan memilih prasekolah yang terbaik buat si kecil. Semestinya, selepas membuat pelaburan dengan menghantar anak ke prasekolah, ibu bapa inginkan anak-anak mereka mendapat ‘sesuatu’ melalui pembelajaran dan aktiviti di sana. Tidak dinafikan juga, pemilihan prasekolah yang baik dapat mengasah dan merangsang perkembangan kanak-kanak. Jadi, inilah sebabnya mengapa ibu bapa pening untuk membuat keputusan tentang hal ini.

Pokok pangkalnya, dalam pemilihan prasekolah terbaik, ibu bapa perlu berfikir apakah pencapaian anak yang ingin dilihat melalui pengalaman bersekolah di prasekolah. Ingatlah bahawa dengan persediaan yang rapi bukan sahaja dapat membantu para ibu bapa untuk membuat keputusan yang betul, bahkan juga memberi makna yang mendalam tentang erti persekolahan kepada kanak-kanak.

TIPS UNTUK IBU BAPA

Langkah 1: Fikirkan perkara asas

Cara terbaik untuk memastikan anda memilih prasekolah yang terbaik adalah dengan memikirkan tentang bagaimana prasekolah tersebut sesuai dengan rutin harian anda.

Maksudnya, anda perlu tanya diri anda perkara ini:

  • Di mana lokasi prasekolah tersebut? Adakah dekat atau jauh daripada rumah anda?
  • Perlukah prasekolah tersebut dekat dengan tempat kerja anda?
  • Adakah prasekolah itu menyediakan transit atau menawarkan khidmat penjagaan kanak-kanak selepas habis sekolah?

Soalan-soalan ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan dan mengenal pasti lokasi spesifik prasekolah anak anda. Dengan mengklasifikasikan pilihan dapat membantu anda melancarkan proses perbandingan prasekolah.

Langkah 2: Ambil tahu tentang kurikulum pilihan

Kebanyakan ibu bapa keliru tentang beberapa istilah yang digunakan di prasekolah seperti pendekatan Montessori, pendekatan Waldorf dan pendekatan Reggio Emilia. Jadi, sebelum membuat keputusan, anda perlu tahu apakah maksud istilah-istilah tersebut dan manfaatnya kepada anak anda.

Pendekatan Montessori – Kaedah ini tertumpu kepada keperluan perkembangan penting kanak-kanak. Elemen yang diterapkan ialah kebebasan tanpa batasan dan persekitaran yang lengkap dan teratur yang dapat memastikan kanak-kanak terdedah kepada pengalaman dan material yang diperlukan. Selain itu, kanak-kanak turut didedahkan dengan kehidupan realiti sebagai salah satu proses pembelajaran mereka seperti diajar cara membutangkan baju, mengikat tali kasut dan mengasingkan baju kotor.

Pendekatan Reggio Emilia – Pendekatan Reggio Emilia percaya bahawa kanak-kanak berupaya, penuh keinginan dan mampu untuk membesar serta membentuk pengetahuan mereka sendiri. Di sini, kanak-kanak akan belajar melalui interaksi dengan orang lain termasuk ibu bapa, kakitangan dan rakan-rakan. Salah satu aktiviti yang dijalankan di sini ialah guru akan berbual dengan kanak-kanak secara perseorangan atau kumpulan kecil dan meminta pendapat mereka tentang sesuatu topik yang diberikan.

Pendekatan Waldorf – Pendidikan Waldorf bertujuan menggalakkan persekitaran pembelajaran yang sihat kepada kanak-kanak. Antara aktiviti yang diterapkan ialah permainan imaginatif, aktiviti bercerita dan seni. Kanak-kanak akan diletakkan di dalam satu kelas dan menjalani aktiviti pembelajaran dengan cara pembelajaran kreatif seperti membaca, berlakon dan menyanyi. Selain itu, kanak-kanak juga akan diajar menjalani rutin kehidupan seperti memasak dan berkebun. Menariknya, sistem pembelajaran di sini tidak menggunakan bahan akademik untuk kanak-kanak seperti tiada kerja rumah akan diberikan kepada mereka.

Justeru, dengan mengenali perbezaan bagi setiap pendekatan di prasekolah dapat membantu anda untuk membuat keputusan tentang pendidikan awal anak anda.

Langkah 3: Selidik

Sebaik sahaja anda sudah membuat keputusan tentang dua perkara yang disebutkan sebelum ini, anda perlu melakukan penyelidikan. Beberapa perkara di bawah dapat membantu anda untuk membuat pilihan:

Bertanyakan pada ibu bapa yang menghantar anak ke prasekolah tersebut. Anda boleh tanya pengalaman jiran atau rakan sekerja anda yang pernah/ sedang menghantar anak ke prasekolah tersebut. Kebanyakan ibu bapa tidak kisah untuk berkongsi cerita tentang perkembangan anak di prasekolah.

Melalui internet, anda boleh baca pendapat komuniti tentang prasekolah yang disebutkan. Ada kalanya ibu bapa akan meluahkan pendapat mereka di dalam blog, forum atau media sosial tentang pengalaman anak mereka di prasekolah.

Langkah 4: Melawat

Selepas mendapat maklum balas dan pendapat daripada umum, jangan terus membuat keputusan. Sebaliknya, perkara terakhir yang perlu anda lakukan adalah dengan melihat sendiri keadaan dan persekitaran prasekolah. Ambil peluang untuk berjumpa dengan guru atau kakitangan di situ bagi melihat persekitaran dan cara pembelajaran di sana.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan