HomeBlogMasalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Dalam pada anda sibuk dengan aktiviti untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan bayi, ibu baru juga tidak terkecuali daripada mengalami masalah perubahan tubuh lepas bersalin. Bukan perut, pinggul dan peha sahaja perlu ditumpukan kerana ‘mahkota’ anda yang satu ini juga akan terkena tempiasnya.

Tahukah anda bahawa keguguran rambut juga merupakan salah satu masalah yang akan ibu baru hadapi selepas bersalin? Hah! Usah risau ibu, kerana masalah ini hanya sementara sahaja, dan tidak akan membuatkan kepala anda botak. Semasa kehamilan, tahap estrogen yang meningkat pada badan ibu menyebabkan rambut berada dalam fasa ‘rehat’ daripada tumbuh. Jadi, rambut yang lazimnya akan gugur ‘berehat’ dan kekal pada kulit kepala, sekali gus menyebabkan rambut anda semasa hamil lebih tebal daripada biasa. Selepas bersalin pula, tahap estrogen anda akan menurun, jadi rambut anda yang sebelum ini pada peringkat ‘rehat’ akan kembali luruh.

BILA?
Rambut anda mula gugur selepas dua atau tiga bulan anda melahirkan bayi dan akan berakhir pada bulan keenam selepas anda bersalin. Pun begitu, ada juga ibu yang mengalami masalah keguguran rambut sehingga setahun selepas bersalin.

FAKTA @ MITOS?

Ramai yang mengaitkan keguguran rambut selepas bersalin adalah disebabkan kekurangan nutrien atau vitamin. Namun, jika keadaan ini bersifat sementara, punca keguguran rambut ibu baru adalah disebabkan oleh perubahan hormon.


Tips penjagaan rambut semasa hamil dan selepas bersalin

•  Berjumpa dengan doktor untuk mengetahui tentang keseimbangan hormon anda. Dapatkan nasihatnya dan rawatan jika anda mengalami hormon tidak seimbang

•  Elakkan mengikat, membuat tocang rambut ataupun melakukan rawatan rambut yang menyebabkan rambut ditarik kuat daripada kulit kepala

•  Amalkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi flavanoid dan anti-oksidan- yang memberikan perlindungan pada folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut

•  Gunakan syampu dan perapi yang mengandungi biotin dan silika

•  Rambut yang basah adalah bersifat rapuh. Jadi, elakkan daripada mengelap rambut dengan tuala terlalu kuat dan elakkan juga daripada menyikat rambut menggunakan sikat bergigi rapat

•  Ambil suplemen yang mengandungi nutrien vitamin B kompleks, biotin, vitamin C, vitamin E dan zink

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan