HomeBlogManfaat Melukis dan Mewarna

Manfaat Melukis dan Mewarna

Faedah melukis dan mewarna
Tahukah anda, kebanyakan pertandingan atau aktiviti yang melibatkan kanak-kanak adalah berkaitan dengan lukisan dan mewarna. Hal ini kerana, kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti tersebut dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Selain itu, aktiviti ini juga memberikan kanak-kanak pengalaman untuk membina serta mengembangkan kreativiti, mengenal warna dan membantu meningkatkan fungsi deria. Berikut merupakan manfaat melukis dan mewarna untuk kanak-kanak:

1) Merangsang kemahiran motor halus. Semasa melukis atau mewarna, anak anda perlu memegang pensel atau pensel warna. Hal ini sekali gus dapat merangsang dan melatih kemahiran motor halusnya kerana otot-ototnya iaitu jari, tangan dan pergelangan tangan bergerak semasa melukis atau mewarna.

2) Membantu meningkatkan daya tumpuan. Sedarkah anda, semasa anak anda melukis atau mewarna, dia akan memberikan sepenuh perhatian kepada kerjanya itu.

3) Berlatih memegang alat tulis. Si manja anda akan belajar cara yang betul dan selesa untuknya memegang alat tulis semasa melukis atau mewarna.

4) Membentuk kordinasi tangan-mata. Semasa mewarna, anak anda akan belajar untuk bersabar terutama apabila memerlukannya mewarna kawasan spesifik supaya warna tersebut tidak terkeluar daripada garisan.

5) Medium hiburan. Melukis dan mewarna membolehkan anak anda untuk rasa relaks dan selesa semasa menghasilkan dan menyiapkan kerja tersebut.

6) Belajar merancang. Kanak-kanak akan belajar merancang untuk memilih warna apa yang akan digunakan bagi mewarna gambar tersebut.1. Mengeratkan hubungan. Semasa anak anda melakukan aktiviti sebegini, dia memerlukan anda untuk bertanyakan pendapat tentang warna apa yang perlu digunakan atau benda yang perlu dilukis. Ketika inilah merupakan waktu yang terbaik untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan