HomeBlogManfaat Bercerita sebelum Tidur

Manfaat Bercerita sebelum Tidur

Ingatkah anda, dulu ibu bapa anda akan membacakan buku cerita untuk anda sebelum tidur? Bedtime stories atau cerita sebelum tidur memberi kesan yang besar terhadap perkembangan anak anda. Inilah juga masanya untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama si manja.

Cerita sebelum tidur – jadikan amalan

Senario masa kini, kedua-dua ibu bapa lazimnya bekerja dan hanya sempat meluangkan masa bersama anak-anak mereka pada waktu malam terutama pada hari-hari biasa. Justeru itu, penting untuk ibu bapa mengamalkan rutin harian bersama anak-anak sebagai salah satu cara untuk memanfaatkan masa bersama si manja. Tambahan pula, kanak-kanak wajar dididik untuk mengikuti rutin harian bagi mendisiplinkan diri mereka selain dapat mengajar mereka untuk mematuhi jadual.

Salah satu cara untuk meluangkan masa berkualiti bersama dengan anak-anak adalah melalui sesi bercerita sebelum tidur. Cerita sebelum tidur merupakan suatu proses yang memberikan memori istimewa buat anda dan anak, di mana ketika inilah si manja akan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap buku cerita yang anda bacakan, selain turut memupuk komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Semasa bercerita, kanak-kanak akan turut serta dalam sesi tersebut dengan bertanyakan mengenai cerita yang dibacakan kepada mereka seperti, “Apa nama kakak Cinderella?” atau “Kenapa gigi serigala tajam?” Dengan cara ini, minda si kecil anda akan berfikir dan tidak takut untuk meluahkan pendapat.

INFO: Pilihlah buku yang bersesuaian untuk dibacakan kepada anak anda. Jangan pilih buku yang menakutkan seperti cerita hantu atau cerita sedih yang akan membuatkan si manja takut atau termimpi-mimpi.

3 manfaat cerita sebelum tidur

1. Membina daya imaginasi

Melalui pembacaan, kanak-kanak perlu membayangkan cerita kerana visual yang ditunjukkan berbentuk statik. Jadi, si kecil perlu berimaginasi tentang perkara yang diceritakan seperti kancil sedang melompat di atas badan buaya dan sebagainya. Perkara ini dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi apabila mereka semakin meningkat usia.

2. Erat hubungan

Bercerita sebelum tidur merupakan cara terbaik untuk anda membina hubungan erat dengan anak. Sesi ini dapat membantu anda mencipta ikatan istimewa antara anda berdua. Semasa anda bercerita, anda menyediakan diskusi terbuka kepada si kecil tentang karakter yang ada dalam cerita, gambaran lokasi cerita, bagaimana setiap karakter berinteraksi dengan satu sama lain, masalah plot dan penyelesaiannya serta pengajaran dan nilai penting yang terdapat dalam cerita tersebut. Inilah masa terbaik untuk anda mendengar pendapat anak anda dan mereka mendengar pandangan anda.

3. Persediaan membaca

Membaca sebelum tidur dapat mempersiapkan si kecil untuk mula membaca. Selain dapat memperkenalkan buku kepada mereka, anda juga berpeluang menyemai sikap cintakan buku terutama apabila anak anda mendapati kandungan yang terdapat dalam setiap buku berbeza dan menarik. Pada peringkat ini, minda mereka sedang berkembang dan inilah waktu yang penting untuk mendedahkan mereka kepada banyak buku, perkataan dan sebutan supaya si kecil anda dapat menguasai pembacaan.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan