HomeBlogMama, perut adik sakit!

Mama, perut adik sakit!

Kanak-kanak boleh jadi cerewet makan atau gemar makan- sehinggalah mereka akan mengadu sakit perut. Sakit perut adalah aduan yang biasa didengari di kalangan kanak-kanak, dan kebanyakannya adalah kerana terlalu banyak makan, tidak makan ataupun ingin ke tandas. Adakah anak anda pernah mengalami masalah penghadaman?

Kenalpasti masalah penghadaman di kalangan kanak-kanak

Kanak-kanak yang sedang membesar mudah untuk mendapat penyakit seperti batuk, selesema dan demam. Jika anak-anak dijangkiti penyakit, ibu bapa akan mula risau dan mencari jalan bagi mengubati penyakit yang dihadapi anak. Salah satu caranya adalah dengan memberikan vaksin dan makanan tambahan sebagai perlindungan dan menguatkan daya tahan tubuh badan anak.

Namun, jangan pula terlepas pandang kepada masalah penghadaman di kalangan kanak-kanak. Masalah yang melibatkan sakit perut ini sering dialami oleh kanak-kanak sehingga memberi kesan kepada hari-hari mereka. Jangan ambil ringan jika anak anda mengadu sakit perut kerana ia mungkin membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius di masa hadapan.

Sembelit

Antara masalah penghadaman yang sering dialami oleh kanak-kanak ialah sembelit. Sembelit berlaku apabila pergerakan usus kurang atau apabila najis kering dan sukar untuk keluar. Sembelit di kalangan kanak-kanak lazimnya tidak akan menyebabkan kesan berpanjangan. Akan tetapi, ia boleh memberi kesan kepada kualiti hidup si kecil (bergantung kepada tahap ketidakselesaan mereka).

Kanak-kanak mungkin mengalami sembelit kerana kurang air atau tahan membuang air besar. Antara sebab kanak-kanak menahan untuk membuang air besar adalah kerana tidak selesa menggunakan tandas (terutama bagi kanak-kanak yang baru diajar bercerai lampin) atau menghadapi masalah untuk membuang air besar kerana masalah pergerakan usus tadi.

Kanak-kanak yang mengalami sembelit selalunya menunjukkan simptom-simptom seperti di bawah:

• Sakit perut dan senak

• Najis kering dan keras

• Kesan najis pada pakaian dalam kanak-kanak

Cara merawat sembelit

Sembelit selalunya adalah disebabkan oleh masalah pemakanan. Dengan bertukar kepada pilihan makanan yang sihat dapat membantu pergerakan usus yang lebih baik. Memilih makanan sihat termasuklah dengan memakan lebih makanan tinggi serat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain itu, ajar anak anda untuk minum air masak secukupnya setiap hari. Kurang minum air hanya akan menyebabkan masalah sembelit semakin serius.

Rawatan perubatan pula bagaimanapun boleh diberikan bergantung kepada usia kanak-kanak dan keseriusan masalah sembelit. Bagi rawatan segera, doktor akan memberikan ubat untuk memudahkan si kecil membuang air besar dan ubat tahan sakit untuk mengelakkan mereka berasa sakit semasa membuang air. Pemberian kapsul probiotik juga akan diberikan bagi membantu penghadaman di bahagian usus kanak-kanak dan melancarkan pembuangan najis. Probiotik adalah bakteria baik yang berfungsi untuk menghalang bakteria bahaya daripada menyerang usus.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan