HomeBlogMak, adik sakit perut!

Mak, adik sakit perut!

KETIDAKSELESAAN PERUT
Kanak-kanak yang mengalami sakit perut lazimnya akan menangis bagi menunjukkan ketidakselesaan mereka. Biarpun gejala sakit perut kelihatan remeh bagi sesetengah ibu bapa, namun ia tidak boleh dipandang ringan kerana kesannya amat besar kepada kanak-kanak terutama apabila dia dewasa kelak.

Gejala ketidakselesaan perut lazimnya berkait rapat dengan kesihatan penghadaman. Salah satu masalah penghadaman yang sering dihadapi oleh kanak-kanak ialah sembelit. Sembelit boleh terjadi apabila usus tidak banyak bergerak dan najis kering serta sukar dikeluarkan. Gejala sembelit ini jika dibiarkan akan memberi kesan kepada kualiti kehidupan seseorang kanak-kanak.

BAGAIMANA ATASI SEMBELIT
Cuba fikirkan apakah makanan yang sering diambil oleh si manja? Tahukah anda bahawa amalan pemakanan yang tidak sihat turut menjurus kepada masalah sembelit. Jadi, bertukarlah daripada makanan yang tidak sihat kepada diet berkhasiat untuk menbantu memastikan pergerakan usus anak berjalan lancar. Contoh diet yang perlu diambil ialah makanan yang kaya dengan serat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain itu, anak anda juga perlu mendapat air yang mencukupi setiap hari. Pengambilan air yang tidak mencukupi akan menyebabkan masalah sembelit semakin teruk.

Probiotik juga dapat mengelakkan masalah sembelit dan membantu melancarkan pergerakan usus. Probiotik merupakan bakteria baik yang membantu tubuh menghalang bakteria jahat daripada menyerang usus.

KENAL PASTI MASALAH
Kanak-kanak yang kurang air dalam badan dan gemar menahan daripada membuang air besar selalunya akan mengalami masalah untuk membuang air besar. Ada kemungkinan, kanak-kanak ini culas untuk ke tandas kerana terlalu asyik bermain atau mungkin juga mereka mengalami masalah pergerakan usus.

Jika anda sedar si manja mengalami masalah sembelit, segeralah membawa mereka berjumpa dengan pakar bagi mengenal pasti punca dan cara penyelesaian yang boleh dilakukan.

 

Tahukah anda?

Usus yang sihat amat penting untuk tumbesaran kanak-kanak kerana 80 peratus sel penghasil antibodi terdapat pada usus.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan